Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak nangis teruk pun. Under control lagi hahahaha. Okay takpe, kita cerita semester lepas punya dulu. This sem aku cerita dalam entry lain.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hi korang wkwkwkwkwkw. Weh sekarang tengah cuti sem semester 4. Lama naw nak update segala benda huhuhuhu. Tak sempat do sem 4 ni srs. Takpe, pasal sem 4 kat entry lain. Sekarang ni pasal sem 3. Aku azam cuti sem ni nak siapkan semua entry tertangguh yang aku nak tulis tapi tak tulis tulis / tak sempat nak habiskan. Tak pasti la sempat habiskan ke tak en sebabnya aku busy dok tengok kdrama la, movie laa, malay drama laa apa semua tapi kalau boleh srs nak habiskan sebab aku jadi malas nak update kat blog ni sebab aku rasa macam nak cerita pasal benda yang baru jadi dalam life aku tapi benda-benda lama tak settlekan lagi so macam haih malas naw. Tapi takpe, aku akan berjuang menghabiskan masa menulis entry entry tertangguh ni π£π¦Ύ
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Update September 9, 2022: got my result and Alhamdulillah, thanks to Allah, aku dean list lagi! πππ
Tadaaaa! Result aku. Pointer turun satu, last semester 3.55, this semester 3.54.
Honestly, aku macam puas hati jugak dengan result aku sebab ada dua tiga subject yang aku rasa susah macam ELS203: Workplace Writing dengan ELS204: Proofreading. Tu yang terpaling risau sebab dua dua ni tough jugak untuk aku. Workplace writing tu, awal-awal lecturer aku dah kasi warning yang dia memang kedekut markah + suka reject idea untuk business proposal and it is true gang π hampir give up jugak laa aku. Itu group punya assignment, yang individual tu lagi laaa ya Allah kecut perut, jantung ngan ulu hati aku. Takuuuuut sebab kita dah memang tahu lecturer tu jenis kedekut markah en, mesti laa cuak. B- for this subject for me, aku dah cukup bersyukur sebab she said for her subject, memang jarang jarang orang dapat A and only if dapat B pun, itu kira nasib kau dah cukup baik laa sangat tu. Ada kawan aku yang dapat C so aku memang bersyukur ya even dapat B- sekalipun. Bila ingat-ingat balik, salah aku jugak sebenarnya sebab dari mula kelas dia, memang aku tak fokus. First, dia ajar laju. Tak laa laju gila cumanya lebih kepada simple laa cara dia mengajar tu and tau-tau dah habis kelas. Second, dia tak record kelas dia masa awal-awal semester dulu sampai laa habis semester. Cuma dah lepas mid sem and cuti raya tu, kan aku masuk kampus so bila dah kelas face to face ni, kau faham faham laa. Kelas tu sekali pandang je, dah tak boleh rewatch macam kelas online. Madam aku ni guna Google Meet sebab apatah aku tak ingat tapi for sure, memang Google Meet time tu dah start tak boleh record so memang beliau takde record langsung kelas dia. Masa aku semester 2 dulu, ada satu madam ni nama dia Madam Sumarni. Madam Sumarni ni memang paling bagus and terpaling komited, aku suka dia. Shout out for Madam Sumarni π₯ Madam Sumarni buat kelas dekat Webex and setiap kali habis kelas dia, dia akan share recorded video dekat Google Classroom which is sangat membantu saya ya madam. Kelas madam pulak dalam seminggu tu dua kali, sekali tu kitorang facetime, sekali lagi tu either madam kasi kerja or memangtime tu takde kelas. Recorded video ni sangat-sangat membantu aku ya guys. Subject Madam Sumarni ajar ni pun one of subject yang aku rasa macam benda baru aku belajar dalam hidup. Why? sebab she taught us voiced and voiceless alphabets pastu apa lagi lexical laa apa laa ya Allah macam-macam benda baru and pelik aku belajar. Berkat rajinkan diri rewatch recorded video dia, aku dapat B for the subject which is benda yang aku banggakan jugak sebab aku tahu subject tu tak senang untuk aku and aku struggled a lot even nak rewatch the recorded video pun. Kau ingat senang nak lawan rasa malas untuk tengok balik videos tu semua? Uish challenging jugak sebenarnya. Nak mencari dan mencipta semangat yang hilang tu perit mat. Okay sambung!
Selain tu, subject yang aku rasa susah adalah subject proofreading. Proofreading ni boleh jadi senang kalau kau jenis pandai Grammar which is aku tak pandai sangat Grammar. Too many rules, kena amik masa untuk belajar. Proofreading ni best sebenarnya and aku macam rasa tergerak hati jugak nak jadi proofreader one day BUT only if my grammar masa tu dah gempak gila. Subject ni risau sikit sebabnya ada benda yang kau rasa salah tapi sebenarnya benda tu betul je. Ada benda yang kau rasa betul tapi sebenarnya salah. Haaaa camtu. Subject ni tricky sikit. Madam Aqilah sangat membantu. She checked all my assignments right before I submit it to her. Ada satu assignment tu aku dah buat elok dah, cantik semua then when I ask her to check it, dia kata kena tambah satu column lagi for the table. Dekat situ macam dah tolong laa aku jugak nyah. Cuba imagine kalau aku confidently submit my task and it turns out salah + the format tak sama dengan apa yang madam nak, haaa kau. Tak ke kacau kalau camtu.
Subject lain macam CTU271 ni pun aku macam cuak jugak sebabnya ustaz yang mengajar subject ni is the same ustaz yang ngajar kitorang masa semester 1. Dia memang strict sikit bab markah tapi jenis tak tunjuk, jenis dalam diam. Ada sekali masa tu untuk assignment apatah, kitorang kena do the presentation in front (virtually) of him through Google Meet and kau bayangkan eh, lepas semua student dah present lepastu baru dia tegur pasal pemakaian laa, markah presentation laa semua tu. Patutnya briefing laa dulu en before presentation. Beliau kata masa awal-awal semester dulu saya dah pesan pada pelajara ya, jadi pelajar semua kena terima dengan redho markah yang saya nak berikan pada kamu semua. Aku macam ustaz, awal semester siapa je ingat π Lagi satu, kelas ustaz, ustaz chose untuk buat virtually even masa tu kitorang semua dah masuk college sekalipun. Maybe he wanna ease us kot, entah ah weh aku tak ingat ustaz cakap sebab apa masa tu. Kelas ustaz, seminggu sekali, hari khamis pagi, 8 sampai 10 pagi. Punya mengantuk laa weh ya Allah taktau nak cakap. Aku memang tak boleh ah kelas pagi-pagi ni. Tak kena dengan jiwa. Sudahnya aku bukak je google meet tu lepastu tahan 5 minit je then tertidur balik hsgshsgshsghsgs. Atas katil je weh memang ah HAHAHAHAHA. Untuk final test ctu ni, tak tipu laa memang aku cuak jugak sebab hhampir semua kelas ustaz kan aku tidur tapi aku macam tenangkan hati by saying 'alaa takpe, jawapan boleh hentam. Dulu yang hg belajaq pqs dengan psi tu, haaa guna jawapan yang tu' haaa gitu lah alasan aku selalu. Okay, this is the tips. Kalau kau terlepas satu kelas, tak kisah laa tertidur ke ataupun kau terskip tanpa sengaja (or sengaja), jangan tangguh untuk ulang kaji balik kelas tu. Kalau tak akan drag tak sudah sampai lah tahu-tahu je banyak benda kau kena study so kau akan jadi malas gila. That's the thing. Punya laa tak masuk kelas sampai laa ada satu soalan ni masa final exam en, I thought kalau google tu kira jawapam dah betul laa en, rupa-rupanya answers for those questions ada kat buku ya Allah sabar je lah. Untuk final exam ctu kali ni, ustaz tak kasi marks so aku pun taktau laa aku dapat score ke tak soalan tu sebab jawapan yang aku amik kat google dengan jawapan dalam textbook tu lain so faham faham je laa eh. Alhamdulillah, dapat A- for CTU.
Overall untuk result kali ni, aku bersyukur aku dapat dekan, alhamdulillah terima kasih ya Allah cuma next sem aku kena struggle lebih lagi laa sebab CGPA aku sekarang 3.49. Kalau nak dapat anugerah dekan kena pointer 3.5 ke atas. Doakan aku tau! Aku sebenarnya confuse lagi tau all the anugerah kat UiTM ni. Yang aku tahu anugerah naib canselor which that one kalau kau dapat dekan every sem. Anugerah dekan ni aku tak sure laa. Aku rasa kalau dapat CGPA 3.5 above kot? Entah.
Apa-apapun doakan aku untuk result next semester. Next semester aku kena amik MUET. Tachod. Doakan aku tau!