Skip to main content

/ˌəʊvəˈʃeə(r)/

 Hi guys. Penatnya harini ya. Nak kata kelas lama, tak sangat. Tak kira kelas pun aku rasa? sebabnya harini ada idea pitching untuk program sulam untuk semester 5 (yeay, dah nak habis Diploma 😭❤). Idea pitching nya sekejap je dalam sejam lebih tapi lepastu top 5 committee members nak jumpa laa dak-dak kelas dorang sebabnya nak explain the things yang kitorang kena take actions, haa macam tu laa lebih kurang. Takpe weh, tu tak penting. Yang penting perasaan overwhelm aku pada hari ini. So, how this thing happened?

Aku akan pendekkan (i mean, aku cuba pendekkan, tak janji wkwkwkw)

Ceritanya macam ni.

Semalam, aku randomly mesej crush aku. Saja-saja mesej tu sebabnya semalam masa mesej tu, aku on the way balik melaka from penang, due to umi abi baru balik umrah. Mula-mula tu aku pergi rumah sepupu aku kat Bangi je plan nya. Aku pun taktau umi abi decided nak angkut aku balik Penang sekali. Sepupu aku kat Bangi tu pun pergi umrah dengan umi abi jugak so bila dah semua sampai tu, tiba-tiba abi macam semangat nak balik Penang malam tu jugak even baru je sampai Malaysia petang tadi (Jumaat, May 31st, 2023) sebabnya abi kata rehat kat rumah sendiri lagi best + esok-esok nak kena balik jugak and takut nanti dah letih and malas nak balik tapi at the same time kena balik jugak sebab awkward stay rumah orang lama-lama even tu sepupu sendiri, haa faham tak? Umi pulak okay je sebab betul gak, nak punggah beg lagi amik baju apa semua so bersetujulah mereka berdua untuk bertolak dari Bangi ke Penang malam tersebut jugak. Yang aku boleh ter ikut ni sebabnya semester 5 ni, aku punya kelas memang on Rabu and Khamis sahaja. Rabu tu pun tak tentu sebab kelas hari Rabu ni subjek SULAM so mostly bincang-bincang macam tu je. Kelas hari Khamis pulak kelas academic writing. Ni memang ada kelas sampai habis silibus dia laa camtu pastu lagi satu subjek (ya, semester 5 aku ada 3 subjects sahaja) tu macam fyp kitorang. Mostly jumpa supervisor (sv) untuk bincang what project kau nak buat pastu haa proceed laa kerja camtu. Okay, cukup sampai sini untuk intro.

Mulanya, memang dari awal ya aku nak mesej crush aku ni sebab nak mintak tolong amik dari ktm tampin hantar kat uitm cuma aku macam entah laa, rasa macam menyusahkan walaupun at the same time, memang kalau aku mesej dia jugak untuk mintak hantarkan balik uitm, memang aku nak kasi duit ler, alaa macam naik grab laa. Ko ingat aku ni tak malu sangat ke nak mintak dia amik free-free? Memang tak laa en. Sejujurnya, aku taktau laa kenapa aku rasa macam berat hati nak mintak dia amik. Macam aku cakap tadi, aku takut aku mungkin menyusahkan dia even aku bayar. Lagipun, ni bukan emergency, saja gedik-gedik je. Lain laa kalau emergency, memang aku tak fikir apa dah nyah, memang aku cari gak dia tapi ni tak emergency pun and aku dah tempah student grab dekat uitm ni so memang tak urgent ya. Pendek cerita, aku tak mintak tolong dia pun tapi dalam kepala otak aku ni giat ler dok memikior (fikir in Perak slanga) macam mana laa nak keluar lagi ngan dia HAHAHAHAHA YA ALLAH BULAN PUASA NI sebabnya yang keluar first time tu srs tak puas do hsgshsgshsgshsg. Dia bukan tak puas apa tau cuma aku rasa masa yang aku spend dengan dia masa tu macam kelam kabut tau sebab sekejap je so macam kena rush la. Haritu sekali aku ada pesan kat dia nanti kalau nak gi bazaar pastu takde kawan nak ajak teman, try la ajak aku. Ye laa sebab semester ni kan aku tak banyak kelas so macam aku boleh spare anytime for him laa lagi petang, aku takde pun kelas petang. Selain tu, aku teringin gak nak gi bazaar kat melaka ni. Macam this year kan aku tahun akhir diploma dekat Melakaw ni so teringin ler gitchuw. Okay, berbalik kepada point sebenar entry ni diwujudkan.

Finally, aku buat keputusan untuk chat Zarif (crush aku, not in real name) masa otw balik Melaka tu selepas beberapa kali memikir alasan apa nak bagi. Kan aku balik Penang pastu umi ada pack sikit (2 bekas) kurma + kacang + kismis untuk aku satu, lagi satu bekas tu untuk sepupu aku yang stay Melaka ni sebabnya dia kata nak pick up this weekend. Saja laa nak amik bawak balik tidur rumah dia, bukak puasa kat rumah dia. So umi dah pack satu bekas untuk dia. Yang aku ni pulak, memang sejujurnya kan, aku dah niat dari awal nak mintak satu bekas kat umi cakap nak kasi kawan-kawan kat kolej benda tu en, tapi actually aku nak kasi Zarif sebenarnya HAHAHAHAHA. Rasa bersalah pulak sebab menipu huhu tapi I got my own reasons actually. Aku terfikir kalau aku bawak, nanti dorang ni makan sampai ke tak eh? sebabnya macam aku pun, aku makan kacang-kacang je. Kurma and kismis aku tak makan so aku takut dorang pun macam aku, kurang makan kismis and kurma pastu ended up benda tu tak habis pastu ko dah taktau nak buat apa dengan benda tu. Dah laa mak ayah aku sendiri, guna duit sendiri beli benda tu dekat Mekah / Madinah (I'm not sure which one) so ko faham tak benda tu for me macam bernilai laa sebab beli sendiri dekat tanah suci (wuuu tanah suci wkwkwkw). Selalunya kan dapat orang kasi punya je ataupun beli sendiri dekat kedai kat Malaysia ni. Tak sama laa for me, that's it. Konsep dia sama macam kecik-kecik dulu kau bawak makanan gi jamuan kelas tapi no one / only few people yang makan makanan kau bawak tu. Sedih kan? Haaa gitu laa so aku rasa macam daripada aku kat kawan-kawan aku tu, baik aku kasi kat Zarif kan. Like, at least kita tau dia ada parents kat rumah (yeap, he's staying with his parents and 2 adiks) so in Syaa Allah benda tu habis laa kot? Entah lah. Lagi satu sebabnya aku macam dah jarang lepak-lepak dengan kawan-kawan aku ni. Still the same friends masa semester 3 dulu and they are also the one yang duduk kat rumah sewa tu. Pernah sekali dua kitorang bukak puasa sama-sama. Masa tu awal-awal Ramadhan laa. First time tu aku rasa uwuu happy camtu tapi ko faham laa bila kau kinda terlepas a whole chapter of their life, I mean ye laa dulu kan dorang duduk rumah sewa so they have their own memories so kadang tu ada je jokes and matters yang kau macam tak boleh relate sebab kau takde kat situ, faham tak? Bila sometimes keluar like 'Korang ingat tak masa dekat rumah sewa dulu bla bla bla' pastu yang kau duduk je situ macam nak join sekali tapi tak boleh nak 'click' dengan apa yang dorang tengah cakap sebab you have zero knowledge about the things they talk about, FAHAM TAK?! Okay, aku mention pasal ni sebabnya, honestly, memang laa kau nak kasi kawan-kawan merasa apa-apa yang kau bawak dari rumah kan, contoh kau bawak food ke, gula-gula or chocolates lebih so nak kasi them, I mean more to share it with them laa tapi faham tak the awkward feeling bila korang meet each other? Makanya, I decided nak kasi dekat Zarif bekas lagi satu tu. 

Aku chat laa dia kat WhatsApp.

🍪: hi awak. parents awak dekat rumah tak?
Zarif: hii. ada je knp awak?
🍪: nak ajak kahwin boleh ke?
Zarif: meh lahh
🍪: okay, jom buat deal. 2026 kalau awak dengan saya tak kahwin lagi, kita kahwin
Zarif: hahaha 3 thun lagi lah nii. boleh awk. awk ade kt melaka ke
🍪: sebab saya habis degree masa tu 😜 otw balik melaka
Zarif: hahaha okay. owh otw dahh. ayh awak hantar ke?

Okay dah, sampai situ je aku nak reveal conversation kitorang sebab yang lain lain macam tak penting sangat sebab just a basic questions and answers. Aku suruh dia datang amik that one bekas of kismis + kurma + kacang yang aku nak kasi kat dia tu then he said okay nanti saya datang amik pastu aku ajar laa dia tricks nak masuk uitm lendu ni nyah sebab sini pb kitorang macam strict sikit lol 😒 like kalau lelaki and perempuan naik satu kereta dorang tak kasi masuk (drop je dekat main gate tu pastu naik shuttle balik hostel kau) ataupun kalau macam kau kata tu adik beradik or abang ke pakcik ke apa ke, dia nak tengok ic. Complicated laa ish maleh aku. Macam ada sekali tu abang aku hantar balik Melaka pun, kitorang masuk ikut gate lagi satu ni, near to Dewan Taming Sari (dts) sebab kebetulan time tu gate tu still bukak. Aku rasa gate tu bukak masa hari bekerja sahaja, tak macam main gate. Main gate tu memang itu je lah laluan masuk uitm lendu ni nyah kalau gate lagi satu tutup. Pastu pb tu tanya laa nak gi mana. Aku kata nak balik kolej pastu dia tu siapa (merujuk kepada abang saya as the driver) pastu aku kata laa abang saya pastu dia macam hesitate tau pastu aku kata laa betul ni abang saya, nak tengok ic ke? pastu dia kata takpe takyah takyah, kalau nak keluar ikut gate ni cepat sikit sebab dah nak tutup pastu kitorang macam okaay. Nasib ler yang ini macam okay jugak, like takde nada-nada menyindir ke apa ke, just okay and ada senyum also. Dengar cerita pb perempuan kat sini yang macam seeyal sikit (taknak carut sebab bulan puasa wkwkwkwkw). Dengan muka nya, dengan cara tanya nya ish menyampah aku 💀 Dah laa sini grab tak boleh hantar sampai dekat kolej. Kalau kau nak naik grab pun kau kena tunggu dekat luar, which is ada bus stop dekat luar uitm, haa tunggu situ melainkan grab yang kau naik tu student grab which is dia ada student card so dia boleh laa masuk senang-senang je. Okay sambung.

Macam tiber kan aku cakap nak kahwin tu dekat dia? Macam aku bagitau laa dekat entry sebelum ni, memang aku jenis straight-forward ya dengan beliau. Dari dulu memang macam tu. Tapi nak kahwin tu sumpah random ya 😭 Tujuan aku tanya parents dia ada rumah ke tak tu sebabnya kalau dia sorang kat rumah (tak kisah laa kan mak ayah dia gi mana, balik kampung ke apa ke) aku macam tak berapa plan nak kasi kat dia bekas tu. Ye laa sebab dia sorang kan. Okay, memang boleh je dia amik benda tu pastu letak je laa kat rumah pastu kalau mak ayah dia dah balik ke apa (kalau parents dia takde kat rumah) nanti dorang makan je laa en tapi entah. Time tu aku rasa macam, kalau parents Zarif takde kat rumah aku taknak ah kasi kat dia bekas tu and aku plan nak kasi dekat lecturer aku, which is my 'guru kelas' and also known as 'PA' kat uitm ni. PA tu penasihat akademik. Tapi dah dia kata parents dia ada kat rumah, aku pun saja saja laa gedik-gedik kata nak ajak kahwin AND AKU TAK EXPECT YA DIA AKAN REPLY 'meh lahh' YA ALLAH NYAH, TERSIPU-SIPU MALU YA SAYA DALAM ETS TU HSHGSSHGHSGHSGHSG. Okay, enough. Nampak naw excitednya ya 😏 Kenapa aku excited selain sebab dia reply macam tu? sebab aku dah lamaaaaa sangat tak flirt dia ya sejak-sejak dia ada girlfriend. Ya, sadly sekarang dia ada girlfriend and almost 3 years dengan awek dia tu. Sedih ya aku 😪 Takpe laa kan, kita try je dulu nyah. Kot ada rezeki kannn, mana nak tahu? hsgshsgshsgs. Aku serba salah sebenarnya ngan awek dia sebab still minat boyfriend dia tapi since pangkat Zarif still lagi 'boyfriend' and not a 'husband' yet so why not kan? YA ALLAH JAHATNYAAA 😣 Tak tak wehh sebabnya lepas aku tahu gf dia ni jenis kaki kongker (conquer) life dia, aku terus macam eh wait, he deserves better siaa srs tapi dalam masa yang sama aku rasa macam, kalau Zarif tak rela dikongker sampai macam tu, mesti dia dah lama break dengan perempuan tu, kan? Haih, takpe laa. Biar je dia dalam toxic relationship tu. Kenapa aku kata toxic relationship? sebab dalam berpasangan, kena ada kebebasan tapi entah lah. Macam aku mentioned, Zarif mesti tak kisah dikongker sebab tu dia still lagi in relationship dengan perempuan tu. Okay dah abaikan cerita dia dengan his partner. Okay so aku terkejut dia kata meh lahh tu pastu kan aku terus proceed dengan deal 'okay, jom buat deal. 2026 kalau awak dengan saya tak kahwin lagi, kita kahwin'. Saja-saja je ni sebenarnya tapi member reply 'hahaha 3 thun lagi lah nii. boleh awk. awk ade kt melaka ke'.Aku ada few theories pasal ni sebenarnya tau. First, dia memang takde feelings langsung kat aku + aku kan dah selalu try dia, so dia tak rasa apa-apa agaknya. For the first theory aku rasa macam em betul jugak en. Kadang laki ni layan sebab dia malas nak layan, haa ko faham tak? My second theory is he's about to break with his girlfriend. Untuk second theory ni sebabnya highlight dekat ig dah takde gambar awek dia. Dulu ada satu je highlight kat profile dia, itupun pasal awek dia. Theory kedua ni sebenarnya meng-lead kan ke theory ketiga which is dia nak maintain private relationship dia dengan awek dia. Dia ni memang jarang expose awek dia, as far as I know laa sebab aku pun jarang on ig kan so aku taktau dia selalu expose ke tak tapi selalunya dia expose pun, jenis expose yang private camtu. Yang tutup-tutup muka, yang posing nampak belakang je camtu laa so aku rasa memang dia nak maintain private relationship. Entah lah.

For this one, aku saja-saja try jew guys. Kalau berjodoh, mesti ada rezeki tu. Kalau tak ada jodoh, then benda tu as pengalaman aku laa mengorat manusia bernama Zarif kan HAHAHAHAHA. Aku faham and hormat je status girlfriend dia tu. For me, as Zarif's girlfriend, dia ada hak untuk kongker Zarif. Tu hak dia weh. Aku ni pun. Memang laa aku cakap dalam relationship ni kena ada kebebasan tapi nyah, kita tak pernah tahu how we will behave in future. Mungkin harini aku rasa macam relationship dorang ni kinda toxic tapi silap-silap one day pun aku macam tu, who knows kan? Maybe girlfriend dia ada trauma apa-apa laa kot sebab tu dia kongker life Zarif? and Zarif also dah biasa dikongker oleh girlfriend dia so he doesn't care at all? Entah lah. Aku tak ada jawapan untuk ni. Aku doakan yang baik-baik je untuk dorang. Like, kalau korang kaji kembali ya, yang nampak tak ada harapan ni is relationship aku dengan Zarif, bukannya relationship dia dengan girlfriend dia. At least, they are having a relationship, daripada aku dengan Zarif? Setakat flirt, semua orang boleh. Tapi dalam masa yang sama kan, aku macam terfikir laa. Dulu masa 2018 awal-awal aku kenal Zarif tu kan, ada jugak dia ajak keluar tau and aku cakap laa something yang macam 'kalau ko nak kena tibai ngan umi aku, haa jom ah keluar sekali' camtu and tak pernah terfikir yang aku akan keluar spend time dengan dia betul-betul dalam kehidupan dekat dunia ni. Berangan pernah laa kan. Tapi ended up, 2023 aku keluar dengan dia. After 5 years ya, Allah rezekikan aku jumpa face to face, ko ghase?! Itu laa aku kata, tak ada benda mustahil dalam dunia ni. Kalau Allah kata, ya aku izinkan, then benda tu tetap jadi walaupun kau letak any effort pun meanwhile kalau kau letak laa bermaca jenis effort pun tapi kalau Allah tak izin, benda tu tetap tak akan jadi walau macam mana pun kau rancang. Maka, kesimpulannya untuk paragraph ini saya ingin mengatakan bahawa saya dah redho dan tawakal dengan Zarif. Tu je. Dah taknak berharap. Menurut sebuah quotes yang pernah aku baca dekat TikTok katanya 'Allah Taala akan gerakkan hati kedua-duanya. Bukan satu hati sahaja' Okay so aku berpegang dengan quotes ini.

Okay, so here's the paragraph yang merupakan sebab utama entry ni dikeluarkan dan diterbitkan serta ditulis (ditaip sebenarnya hsgshsgshsgs). Dah excited-excited aku chat macam tu dengan Zarif, aku chat best friend aku. Aku cakap macam ni 'Aku ni kadang-kadang rasa macam nak tendang-tendang diri sendiri, rasa macam nak gigit-gigit diri sendiri' haa camtu laa lebih pastu lama sikit dia reply 'asal?' pastu aku send laa screenshot chat aku ngan Zarif. Yaaaaa, kat sini laa silap aku. Silap aku bila aku nak share benda yang buat aku happy walaupun takde laa happy sangat-sangat sampai nak rampas Zarif dari girlfriend dia, just happy sebab aku boleh flirt dia lagi setelah sekian lama tak buat benda tu wkwkwkw. Responses yang aku terima dari best friend aku ni tak macam yang aku harapkan laa. Dia kata 'jangan berharap sangat weh, nanti sakit' aku macam, eh? berharap apanya? dia ingat aku flirt Zarif pastu nak buat Zarif break ngan gf dia ke? Haaa kat sini laa aku rasa macam aku dah overshare dengan best friend aku. Ya, betul dia best friend aku tapi entah masa tu kan, aku rasa macam ish apahal aku cerita kat dia ek? haaa camtu. Sebab responses yang aku dapat tu entahlah, somehow buat aku rasa macam sakit hati pastu aku tak cakap banyak dah, aku just cakap laa macam 'nanti kau nak ngorat laki bagitau laa aku boleh ajar' camtu aku cakap (in bergurau way laa of course) pastu dia kata 'entahlah wehh sekarang takde rasa lagi nak try sesiapa' aku terus macam eh? patutnya kau reply laaa 'wuuu okaaay nanti kalau aku rasa nak cari boyfriend aku cari kau' aaa ko faham tak yang dimana, disini aku telah meletakkan high expectation terhadap response yang akan diberikan oleh beliau yakni best friend aku. Oh yaa, aku ada jugak cakap macam ni 'ni kalau aku tak kahwin ngan dia nanti, aku nak install omi' so ayat tu menampakkan aku macam wahh despreate naw nakkan si Zarif ni sampai kalau tak dapat aku nak install dating apps. Haih. Tak macam tu pun sebenarnya. Niat aku nak gurau je. Entah lah. Maybe orang tak faham niat kita yang betul apa. Kita memang niat nak gurau tapi when we tell them, dorang akan rasa macam eee teruknya, padahal kawan tu dah ada gf dah haa ko faham tak. Masa aku cerita aku keluar dengan Zarif pun sebenarnya best friend aku ni macam tak kasi response yang aku nak tau. Time tu lagi laa, kitorang cakap phone masa tu. Memang dengar biasa-biasa je like tak excited sangat. Kat sini laa aku rasa macam aku overshare things dengan best friend aku. Start dari reply macam tu malam tu pastu last conversation kitorang untuk that day adalah bila aku cerita dengan dia aku dah preorder buku impiana ain maisarah. Aku preorder awal masa tu so dapat laa RM150 time tu dengan segala merchandise, beg laa, file apa semua pastu dia kata, uish murah ek pastu dah aku tak reply apa-apa. Start daripada tu laa sampai esoknya nak dekat maghrib macam tu, apa benda yang aku share dekat best friend aku tu, berpusing-pusing dalam otak ni. Benda tu buat aku rasa tak tenang. Setiap masa weh. Bila aku berjaya distract otak aku, eh tetiba tak sampai 5 minit aku teringat balik. Tengok TikTok pun tak tenang weh. Even aku dok scroll TikTok tapi still, benda tu ada dalam kepala. Aku rasa macam ya Allah apahal kau share pasal Zarif kat dia ek? She seems unhappy tau. Aku taktau laa perkataan unhappy tu sesuai ke tak en cuma maybe dia taknak aku sakit sebab letak harapan kot? or maybe dia taknak aku jadi penyondols kot? Huwaaaa taktau nak cakap macam mana 😫😭 Lepas solat maghrib tak silap (eh ke solat Asar), lepas aku baca Quran few pages baru laa hati ni tenang sikit Ya Allah. Sungguhlah, Allah yang pegang hati-hati manusia dan Allah jugak yang menenangkan kita apabila kita dalam keresahan walaupun hanya sekadar mebaca ayat-ayatnya.

Maka, ini pesanan untuk diri kau ya 🍪

Lepas ni tolong laaa jangan share anything pasal Zarif dekat best friend kau ataupun sesiapapun sebab nya kau akan menyesal. Srs menyesal. Bukan kau nak letak dia tepi soal benda-benda macam ni cuma kau sendiri tahu response dia tak akan sama dengan expectation kau. Lagipun, kau sendiri dah banyak kali kena kan. Bila cerita dekat orang, plan tu mesti tak jadi. Ada je yang jadi cuma boleh kata 87 percent tak jadi, kan? Satu kau kena ingat. Bila kita cerita dekat orang benda yang buat kita happy, belum tentu orang akan happy. Boleh jadi dia dengki atau mendoakan benda yang buruk untuk kita. Mungkin dia rasa macam 'eh riak laa dia ni' pastu dia doa yang bukan-bukan kat kita. Bukan nak ajar kau bersangka buruk dengan orang cuma jangan mudah trust people. Selagi benda tu tak jadi, selagi tu jangan cerita dengan sesiapa. Cuba imagine dah beriya cerita sana sini pastu tak jadi, malu kan? Apa-apa cerita sekalipun, bukan pasal Zarif je tapi pasal semua benda yang belum tentu jadi lagi dalam hidup kau. Kahwin ke, study ke apa ke LITERALLY ANYTHING YA PLEASE, TOLONG LAH. Ingat laa perasaan kau tak tenang almost sehari haritu nyah. Kau nak rasa macam tu lagi ke? MESTI TAKNAK KAN?! Jangan seksa jiwa kau weh tu je nak cakap. Macam mana pun someone sayang kau, kau kena jadi individu yang terpaling sayang diri kau sendiri, okay? Bukan taknak share benda baik yang jadi kat kau cuma nasib semua orang tak sama. Kau mungkin lucky tapi orang lain? Tak sama weh macam kau. Mungkin kau berniat nak share your own happiness tapi orang lain? Dorang mungkin tak rasa macam tu and boleh jadi kalau dorang rasa macam kau ni berlagak je sebenarnya walaupun kau tade niat to do so.

Oh yaaaa. By the way, aku rasa nak tukar semua nama aku dalam ni jadi cookies subway hsgshsgshsgs sebab aku tak selesa laa kalau orang tahu aku ni siapa. Macam sekarang ni kan ada je aku cerita pasal crush aku kat blog ni, aku just risau kalau ada anyone yang baca pastu dia macam, eh macam kenal je owner blog ni. Aaaaa sudah. Nanti aku buat entry baru pasal pertukaran nama ni walaupun aku tau no one cares tapi ada aku kisah? Blog aku bukan blog kau so takyah nak triggered sangat HAHAHAHAHA okaay bye!

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM 💦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: 📌Gambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n