Skip to main content

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

 Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin!

Disclaimer:

πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Januari 2023.

πŸ“ŒEntry ni hanyalah sekadar aku menceritakan pengalaman aku stay sini for a few months. Pengalaman masing-masing tak sama ya!


macam biasa nyah, letak gambar dulu hehe

P/s: Aku akan banyak masukkan gambar-gambar supaya korang dapat tengok dengan jelas macam mana Kolej Tun Fatimah ni okay! 

Kita start dengan masuk-masuk je korang akan nampak nampak bangunan warna macam merah bata ni. Ni laa Kolej Tun Fatimah. Nama pendek ialah tfh (tun fatimah) and lagi pendek sikit budak kelas aku panggil Fatty hsgshsgshsgsh. Senang sikit nama pendek macam Sabby (Kolej Tun Sabariah dekat sini). Jangan jadi macam aku ya, mula-mula tu aku gi kolej warna biru dekat sebelah Fatty, rupanya Kolej Tun Teja ya 😭

Wing 1 ada 4 tingkat (tak termasuk ground floor) and Wing 2 ada 3 tingkat (tak termasuk ground floor). Sebenarnya aku pun kurang pasti kenapa Wing 1 ada lebihan satu tingkat berbanding Wing 2, like asal kau tak buat sama je? Entah, aku takde jawapan untuk tu. Okay, kita zoom dekat sikit.

Tangga tengah ni laa yang memisahkan Wing 1 dengan Wing 2. Kalau korang masuk dari depan, memang guna tangga ni laa. 

Ni tangga tengah belah belakang. Gambar diambil dari ampaian baju belakang blok.



Haaa ni laa wing-wing yang aku cakap tu. Macam mana nak tahu saya wing 1 ke wing 2? Ya, dulu pun aku alami masalah yang sama; tak pandai tengok nombor bilik. 


a. Korang akan 2 nombor je untuk nombor mula-mula ni; 1 / 2. Kalau dapat 3 tu hm, hati hati la ek, tu bukan alam manusia dah.
b. Tingkat berapa: Kat sini akan tulis nombor 1 / 2 / 3 / 4 sahaja. Kalau korang Wing 1, dia akan tulis 1 sampai 3 je laa. Kalau korang Wing 2, dia akan tulis 1 sampai 4.
c. Pintu ke berapa: Haaa ni laa nombor pintu bilik korang. Untuk nombor pintu bilik ni kan, aku masa ni bilik hujung sekali, nombor 16 so aku rasa memang satu floor 32 pintu je (16 pintu untuk Wing 1 and 16 pintu untuk Wing 2). Kalau tak silap aku gitu laa. 


Macam aku cakap tadi, bilik aku hujung sekali. Hujung ni ada dua, either kau menghadap tasik ataupun kau akan menghadap jalan and aku punya menghadap tasik. Tak seram ke duduk tepi tasik? Ya. Seram. Tapi aku boleh buat apa weh, nak mintak tukar, takkan nak kasi alasan sebab takut? macam tak legit je alasan tu en. Kalau cakap pasal takut, semua orang ada ketakutan dia sendiri. Apa yang aku sendiri alami is malam-malam takut nak gi tandas even tandas depan bilik je HAHAHAHAHA. Masa the first 2 weeks tu laa kau takut sikit. Aku akan make sure malam-malam tu aku dah tak keluar bilik. Kalau nak shishi pun aku tunggu sampai pagi 😞 tapi tak elok do camtu. Lagipun, aku tahu jenis yang boleh adapt dengan environment tapi i need time. Ada orang mungkin on the spot dia boleh sesuaikan diri, tapi tak untuk aku. Oh ya, lupa nak bagitau. Satu floor ni (Wing 1 and Wing 2) ada 4 tandas. Dua tandas kat Wing 1 and 2 tandas kat Wing 2. Tandas ni terletak dekat hujung bilik paling depan and hujung bilik paling belakang which is bilik aku. Cuma, maaf ler. Tak sempat pulak aku nak tangkap gambar kat tandas. Ada satu je nyah, tu pun mirror selfie.


Tandas dia so far okay. Tengok floor dengan wing mana rasanya. Ni tandas dekat wing 2 tingkat 3 depan pintu 16 (bilik aku ler hahahahaha). Boleh kat 3 ke 4 kali jugak ler takde air tapi nak buat macam mana kan. Aku tak rasa pihak kolej boleh buat apa-apa kalau takde air. Maka, pesanan aku sila baca gayung and baldi sendiri so that senang laa nak mandi kalau takde air. Oh lupa nak bagitau, tepi pintu bilik semua orang ada rak kasut. 


Tadaaa! Ni laa rak kasutnya. First, abaikan plastik twiggies tu, aku nak buang masa ni hsgshsgshsgh. Second, kasut aku letak bawah kasut sebab aku memang tak bawak banyak kasut. Malas laa. Aku gi kelas everyday pakai kasut yang sama je which is kasut sukan warna hitam. Kalau macam ada presentation ke apa ke yanhg macam official sikit aku pakai kasut kulit warna hitam. Aku bawak kasut sukan lebih warna grey. Aku ada satu selipar tandas warna biru macam dalam gambar kat atas and lastly, aku ada kasut yang aku pakai dalam bilik sebabnya tfh ni lantai dia simen biasa tau. Kadang time hujan tu, sejuk jugak ler lantai nya.

Okay, jom masuk bilik.



Inilah biliknyaaaaa. Bilik ni ya memang luas sebab bilik ni dulu dorang buat untuk 4 orang duduk sebilik tapi lepas pkp dorang tukar, make it only 2 people per room tapi case aku lain sikit. Aku takde roommate so imagine ler betapa luasnya kehidupan aku dalam bilik ni hsgshsghshshsg.

Kebaikan takde roommate;
a. Kau bebas buat apa-apa yang kau nak termasuk laa duduk kejap kat katil keringkan badan lepas mandi.
b. Boleh belajar and buat assignment anytime kau nak. 
c. Boleh Netflix and chill bila-bila masa yang kau nak. Kadang bukan semua orang suka tengok movie malam nyah. Malam tu kadang-kadang kita dah penat buat itu ini, pagi tu laa nak tengok Netflix ke, nak buat apa-apa ke kan. Tak semua orang morning person, macam aku night person hsgshsgshsgshgsh.
d. Boleh keluar masuk sesuka hati.
e. Boleh ajak anyone datang bilik kau, makan-makan ke, lepak buat assignment ke tanpa ganggu privacy sesiapa.
f. Boleh letak barang sepah-sepah HAHAHAHAHA. Nyah, taktau laa orang lain kan tapi kalau macam aku, ada jugak mood malas mood rajin. Kadang tu balik kelas kita just nak katil kita je so kita dah tak kisah kalau stokin berterabur, baju atas lantai.
g. Boleh jemur baju semua tempat yang kau nak tanpa 'maaf awak bilik bersepah sikit sebab baju saya tak kering lagi'. Aku pulak jenis basuh baju guna tangan. Kadang tu bila jemur kat ampaian tak kering, kita sangkut-sangkut ler kat locker bagi kena kipas.
h. Bilik sentiasa kemas. Yes, memang aku kadang jenis sepah-sepah letak barang tapi kebanyakan masa bilik aku kemas. Like 80 percent kemas, 20 percent pemalaih nak mampuih.

Kekurangan (not gonna say keburukan sebab i lurve dok sorang-sorang dalam bilik hihi)
a. Takut. Tipu laa sentiasa berani kan. Ada jugak masa-masa tu kita macam 'seram sejuk'.
b. Sunyi. Ya, sangat sunyi.
c. Bosan. 

Okay, next!


Ni laa kedudukan bilik ni yang lama. 4 orang sebilik. Korang tengok and kaji sendiri ler ya.


Belakang pintu bilik aku letak penyapu. Penyapu sampai 2 sebab mula tu aku beli penyapu panjang tu sebab aku tak dapat kolej, kena duduk rumah sewa tapi alhamdulillah rezeki, dapat rayuan kolej so aku bawak je laa sekali. Oh ya, lantai tun fatimah ni agak berhabuk sikit sebenarnya masa korang mula-mula masuk sebab ye laa takde orang duduk kan masa cuti semester so sila sapu and mop dulu sebelum menghuni dan bergolek-golek atas lantai okay. Sebelah tu aku sangkut baju korporat sebab orang lama bilik ni letak penyangkut dekat situ so aku sangkut je laa sana lepas iron. 






Kalau korang ada cadangan untuk aku tambah apa-apa maklumat dekat entry ni, jangan ler segan -segan email saya dekat raudhahrashids@gmail.com and only if aku rasa maklumat tu penting dan boleh pakai untuk jangka masa yang panjang, aku akan masukkan kat sini.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n