Skip to main content

Rumah Tak Jadi Sewa 😢

 Hellooo korang! Harini aku nak cerita sikit. Boleh dikatakan luahan perasaan gitu laa. Okay, letak gambar dulu.

Starting cerita ni is bila aku tak dapat permohonan kolej for Semester 4 diploma aku. Masa tu memang aku ngan kawan-kawan aku yang lain dah pakat start cari rumah sewa laa kan. Takut bila lambat semua rumah penuh, harga mahal, tak kena dengan budget student dsb. Dalam masa yang sama, kitorang buat rayuan kolej jugak, mana tahu rezeki dapat kan kolej tu walaupun kitorang dah sedia maklum yang kolej banyak ditutup untuk tujuan renovation. Cut it short, kitorang jumpa rumah sewa yang jarak dia 10 minutes from uitm, deposit Rm360 (individually) and monthly + electricity fee Rm180 (individually). Mula-mula parents aku bising jugak sebenarnya sebab mahal laa satu kepala amik Rm180 kan. Kitorang ni dah laa student tapi dah kalu terpaksa tu nyah kan, nak buat cemana. Baik pilih rumah ni daripada taktau nak stay mana kat Melaka tu kan. Dah bayar deposit Rm360 and aku pun dah plan nak bawak motor gi sana tiba-tiba dapat tahu yang aku rayuan kolej tu, Alhamdulillah. Kitorang sewa rumah tu 8 orang (semua my classmates). 4 of us dapat rayuan tu. Tak semua nak masuk pun, 2 orang masuk, lagi 2 chose untuk stay rumah sewa. Aku sedih jugak sebenarnya tapi nak buat macam mana. Yang dok menanggung nak bayar nak bayar yuran sewa rumah tu monthly, nak bayar yuran kolej lagi, yuran study lagi, mahunya nak dekat dua ribu untuk permulaan ni. Tu benda yang wajib bayar tau, belum masuk lagi kos belanja untuk makan, nak beli buku ke apa ke kan so aku chose untuk duduk kolej walaupun hati ini perit dan pedih kerana terpaksa meninggalkan kawan seperjuangan di rumah sewa (ceh ayat HAHAHAHA). 

    Kalau ikut aku, memang aku nak tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan yang lain tapi cost stay rumah sewa ni tinggi even kau student, nak nak pulak tu bukan duit kau. Percayalah cakap aku rasa segan untuk mintak duit dengan mak ayah tu membuak-buak ya. Tu pakai duit parents. Cuba kalau pakai duit sendiri, lagi laa kau berkira-kira nak keluarkan duit. Parents aku kata kalau stay kolej laaaaaagi jimat + dorang tak risau sangat laa. Ye laa weh aku ni jauh, stay Penang. Apa-apa jadi mesti laa risau. Anak dara nak bawak motor lagi. Parents aku taknak kasi kereta sebab for them kereta ni macam benda besar laa. Kalau rosak tepi jalan ke apa ke, benda tu akan susah balik dekat aku and dorang themselves. Belum kira minyak kereta lagi wehh. Kau kalau pandai bawak kereta, kau akan faham apa maksud aku ni. Kau ingat senang ke nak mintak duit minyak kat orang especially your friends? Susah weh. Takut orang kata kita ni berkira ke apa ke kan tapi dalam masa yang sama kau kena mintak gak sebab tu kereta parents kau, bukan kereta kau and kau sendiri takde duit nak isi minyak kereta. Motor pulak senang bagi aku sebab minyak dia kau memang boleh tanggung sendiri. Sehari makan, paling minumum Rm5 kalau kau puasa siang tu, makan untuk bukak puasa je. Rm5 tu isi minyak motor, penuh / hampir penuh tank ya (depends kau pakai motor apa). Kalau rosak ke apa, takde laa koyak sangat nak kena bayar. Bayar pun pakai duit mak bapak weh bukan duit kita haih.

    Antara cost yang aku kena tanggung is (jap bukan aku, parents aku):

  1. Kolej: Rm420 (depends kolej mana yang kau dapat sebab kat uitm [tak sure laa lendu je ke or semua uitm] bayar yuran ni lain lain amount dia. It depends on which college yang korang duduk)
  2. Yuran pengajian: So far yuran aku masa mula mula masuk je mahal sikit, nak dekat tujuh ratus macam tu. Bila dah sem 2 dan keatas, semua jadi Rm540
  3. Duit belanja kat sini: Selalunya ayah aku kasi duit belanja Rm300 masa mula-mula masuk tu. Tu yang bank in. Yang tangan selalu dia kasi Rm100 camtu. Dia akan tambah time by time laa. Kadang bila call dia tanya 'duit cukup lagi tak' aku mesti laa jawab 'cukup abi' sebab takkan kau nak kata tak cukup kan nyah. Lagipun sebab ayah aku jenis bank in time by time so sebab tu aku tak rasa macam aku nak kena cakap yang aku takde duit. Duit yang ayah aku kasi tu laa aku buat belanja kat sini, print out apa-apa yang patut and bayar duit shuttle. Aku beli buku guna duit ni jugak kadang-kadang sebab aku memang tak mintak duit kat parents aku kalau aku nak beli buku. Aku pakai je mana duit yang ada dalam bank aku.

    Tiga benda yang aku list dekat atas tu is fee yang wajib. Yang wajib dua je lah sebenarnya; total Rm980 +/-. Untuk duit belanja tu pulak tengok laa rezeki aku dapat berapa. I'm not complaining yet rasa tak bersyukur. Point yang aku cuba nak sampaikan ni adalah kalau dapat masuk kolej, masuklah. Ringan beban parents nak keluarkan duit untuk kita. Kita ambil contoh rumah sewa tadi laa. Monthly kena bayar Rm180. Rm180 (per month) x 6 months (1 semester) = Rm1080. Deposit Rm360 = Rm1440. Okay jap, tolak Rm180 sebab bulan pertama takyah bayar (Rm360 tu deposit + sewa bulan pertama) so total Rm1260. Ni total 1 semester ya, tak masuk lagi segala duit belanja and yuran study. Okay jom campur. Rm1260 + Rm540 = Rm1800. See? Banyak kan belanja nak pakai. Ouh ya dalam kes aku ni, aku ada mention nak bawak motor kan kalau aku stay rumah sewa. Nak bawak motor dari Penang ke Melaka, naik bus (Intercity). Disebabkan aku tak naik bas tu, motor je naik so harga dia Rm180 (kalau aku naik sekali taktau harga berapa). So tambah lagi. Rm1800 + Rm180 = Rm 1980. Kitorang planed monthly nak invest Rm20 untuk beli barang rumah. Apa-apa barang rumah je lah macam beras ke, lauk basah ke apa ke. So Rm1980 + Rm120 (total for 6 months) = Rm2100. Kau nampak tak sekarang ni cost tu?

    Berbanding kalau stay kolej. Yang wajib bayar yuran kolej + yuran pengajian = Rm540 + Rm420 = Rm 980 tak termasuk duit elektrik kena bayar kalau stay kat kolej. Benda ni actually kau boleh macam tong-tong sikit. Kalau kau bawak iron and satu bilik kau pakai iron tu, kau bahagi laa Rm10 dengan siapa yang pakai iron kau so kat situ dah jimat. Benda lain macam barang peribadi tu nak taknak memang kena bayar sendiri. Rm10 per barang. Last semester barang elektrik aku Rm30 sebab 3 barang so Rm980 + Rm30 = Rm1010. Cost ni tak termasuk duit belanja laa. Banyak kan kurang dia? Itu belajar sahaja tau. Tak masuk lagi duit minyak duit tol dari Penang nak ke Melaka tu nyah. Pergi balik tu mahal nyah. Alhamdulillah aku ada cousin yang stay kat Bangi. Jimat sikit duit daripada nak bermalam kat mana-mana hotel tu kan. Memang kalau nak hantar aku kat uitm, parents aku akan pergi sehari awal. Contoh, Sabtu gerak dari Penang gi Kl. Hari Ahad gerak dari Kl ke Melaka. Tak penat sangat ayah aku nak drive kan. 

    Pandang duduk kolej ni as a thing yang sedikit sebanyak boleh ringankan beban mak ayah kau. Memang laa, betul duduk rumah ngan kawan tu seronok, aku tak deny benda tu. Benda tu boleh jadi kenangan weh. Stay rumah sewa dengan kawan kawan tak sama dengan stay kolej tapi berjumpa everyday. Tapi entahlah. Cuba tanamkan dalam fikiran kita, kita nak senangkan mak ayah kita, tu je. Aku cakap ni bukan untuk korang je, tapi untuk aku jugak. In fact, aku tulis semua ni untuk aku ubat sedih aku sebab tak dapat nak stay rumah sewa ngan kawan-kawan aku, untuk aku positive kan otak aku yang stay dengan orang yang kita tak kenal is not that bad sebab masa pra diploma, aku tak kenal sesiapa pun dalam bilik aku tu tapi it turns out dalam masa sehari tu, kitorang rapat. Semoga bakal roommate aku orang yang baik-baik, jaga solat etc. aamiin. Ouh ya lupa nak cakap. Korang yang mana tak dapat kolej tu and terpaksa duduk rumah sewa, takpe lah takde rezeki nak stay kolej, nak buat macam mana kan? In syaa Allah, aku doakan korang dipermudahkan semua urusan termasuklah urusan duit duit ni. Aku ni ayah aku dah pencen, pencen askar. Sekarang dia tak kerja tapi ada laa buat kerja sikit sikit kat masjid tu. Dia kerja bahagian pengurusan kubur kat masjid tu. Aku ni takde laa nak kata susah sangat, takde laa nak kata senang sangat, alhamdulillah semua Allah kasi cukup. Semua aku nak, aku dapat alhamdulillah rezeki dari Allah taala. Pernah ada sorang budak Pra Diploma ni dia pm aku kat Telegram nak tanya kenapa dia tak dapat elaun untuk pra diploma sebab gaji ayah dia Rm850 sahaja per month. Sedih aku weh bila tahu tu padahal ayah dia bekerja. Ayah aku even pencen, pencen dia every months masih lebih dan sangat cukup untuk kitorang sekeluarga. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. 

    Sedih tak dapat duduk sekali dengan kawan kawan tu ya betul tapi aku anggap semua ni jihad aku nak mudahkan urusan mak ayah aku, nak berkawan dengan orang lain dan belajar survive dekat kolej. Semoga berkat aku nak mudahkan urusan parents aku ni, Allah permudahkan urusan aku pulak, aamiin.

    Sebenarnya aku nak buat entry Kolej Tun Fatimah sebab aku dapat kolej tu next semester tapi aku takut bila cerita semua ni kat sana, entry tu jadi panjang so aku tulis laa kat sini. Aku banyak benda nak cakap sebenarnya tapi barang nak balik kolej Ahad ni tak habis kemas lagi. Nanti lah, kalau ada masa aku edit entry ni balik okay! 

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n