Skip to main content

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi. Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi). Result SPM teruk? Tak dapat UPU? Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM.


a. Matriks

b. Masuk uni (IPTA / IPTS)

c. Masuk kolej kemahiran

d. Politeknik

e. Pra Diploma

f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian

g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

h. IPG ; Institut Pendidikan Guru


πŸ”΄ Disclaimer! yang aku list kan ni adalah tempat yang aku tahu. Ada banyak lagi rasanya. Korang kena rajin survey tau πŸ˜‹


For now, kita ada 2 types of IPT (Institusi Pengajian Tinggi) which is IPTA and IPTS. Apa tu IPTA ? IPTA ni Institut Pengajian Tinggi Awam. Universiti awam laa pendek cerita. Contoh universiti awam macam UiTM, UM (Universiti Malaya), UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) and so on (boleh google untuk pengetahuan lanjut ya. Jangan malas sangat !) Next kita ada IPTS. Apa itu IPTS ? Institut Pengajian Tinggi Swasta.Universiti swasta ni banyak je. Terlampau banyak sebab dorang ni universiti berbayar and harga pun in Syaa Allah sangat mahal hsgshsgshgshsgshsg

(by the way, akak dalam poster ni pun dulu amik pradip. Sekarang dia dah master ke phd tak silap aku)


Apa tu budak Pra Diploma ? Pra Diploma ni khas untuk orang yang result spm dia tak gempak sangat ( macam aku laa ) tapi sebenarnya masih boleh go result dorang cuma nya sangkut dekat UPU.UPU ni salah satu platform yang memberi tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada universiti , politeknik , matriks atau kolej kemahiran mengikut result SPM korang. Korang kena apply tempat pengajian yang korang nak. Tapi dia pilih depends on result kita jugak. Haaa , satu lagi depends on berapa banyak subjek yang kita amik. Tu laa , sebenarnya tak rugi amik subjek banyak banyak macam budak sains tulen en ( kebiasaan nya dorang akan add on subjek) sebabnya walaupun result dorang biasa biasa je tapi disebabkan dorang amik subject tu so ada peluang untuk dorang apply tempat yang dorang nak sambung study tu. Kalau kau dah tau result kau biasa biasa je en , kau boleh try apply dekat politeknik / kolej kemahiran sebab peluang untuk kau dapat tawaran tu adalah sangat tinggi. Macam aku , aku sangkut dekat UPU sebab result aku biasa biasa je. Tapi yang menyebabkan aku lagi sangkut sebab maths aku D. Kebanyakkan kos , dia nak BM ngan Sejarah lulus , BI ngan Maths dia nak credit ( credit is result C dan kebawah ) Jadi , aku pun redho je lah kalau dapat sambung study kat mana mana asalkan aku boleh teruskan belajar. Tapi biasa lah dalam situation yang macam ni , bila kau dah redho kau akan sambung study kat mana mana je , parents kau adalah dua orang manusia yang tak berapa nak redho bila kau dah jadi se redho redho manusia. Aku tau pasal Pra Diploma pun sebab pakcik aku yang bagitau. Panjang do muqaddimah aku. Dah dah , jom start.


Apa tu Pra Diploma ?

Pra Diploma ni khas untuk orang yang result spm dia tak gempak sangat ( macam aku laa ) tapi sebenarnya masih boleh go result dorang cuma nya sangkut dekat UPU. Pra Diploma  ni memberi peluang laa kepada budak budak yang masih nak study tapi tak lepas bila result dorang dianggap teruk ( walhal okay je sebenarnya )


Pra Diploma terbahagi kepada 2 iaitu : 

  1. Pra Diploma Perdagangan : Khas untuk budak budak yang tak amik sains tulen masa kat sekolah dulu. Macam aku , aku sekolah agama dulu. Aku amik basic je + bahasa arab + quran sunnah + syariah islam. Sesuai lah ngan aku Pra Diploma ni.
  2. Pra Diploma Sains : Khas untuk budak budak yang amik sains tulen masa sekolah dulu. Kalau masa SPM kau punya subjek sains ( macam add maths , bio , kimia , fizik ) ada yang fail tapi kau memang teringin gila nak jadi doktor , haaaaaa sesuai lah apply Pra Diploma Sains ni

How to apply

Macam aku dulu , aku dapat borang online then aku print ( isi apa yang patut ) then parents aku hantar hand by hand dekat UiTM. Kawan aku yang lain pun ramai yang buat macam tu.


Syarat kelayakan ? ( ni aku copy je sebab malas nak taip huhu )

Syarat Am Universiti:

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu

DAN

Lulus Sejarah (Mula digunapakai sejak SPM 2013)


Syarat Khas Program:

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris


UiTM mana yang menawarkan program Pra Pengajian Tinggi a.k.a Pra Diploma ?

  • Kampus Sri Iskandar
  • Kampus Sungai Petani
  • Kampus Puncak Alam (PPT-Atlet shj)
  • Kampus Alor Gajah
  • Kampus Segamat
  • Kampus Machang
  • Kampus Dungun
  • Kampus Arau
  • Kampus Permatang Pauh
  • Kampus Jengka
  • Kampus Tawau
  • Kampus Mukah
Kat mana aku tau semua ni ? Mesti lah aku Google. Life zaman sekarang ni senang je. Taktau pape, Google je lah !


Belajar subjek apa je ? (ni subject yang aku amik masa pradip 2020. Untuk tahu subject latest punya korang boleh contact dengan UiTM)
  • ELC 030 ( Introductory English ) : Belajar basic BI 
  • ACC 030 ( Introduction to Accounting ) : Belajar basic akaun
  • MAT 037 ( Intensive Mathematic ) : Belajar basic maths + basic add maths
  • MGT 028 ( Introduction to Business ) : Belajar basic perniagaan
  • CTU 001 ( Pembangunan Insan ) : Belajar macam pendidikan islam
  • Study skills ( aku tak ingat kod dia ) : Belajar  basic things nak urus life kat univeristi. Contoh : belajar kira GPA and CGPA, belajar bahagikan task mana lagi penting and so on laa. Subject ni senang jew !

Apa kelebihan Pra Diploma ?
  1. Tempoh pengajian yang singkat ( 1 semester sahaja ). Lebih singkat daripada sambung STPM , STAM dan sebagainya. Apa apa pun , korang kena ingat. STPM ke Pra Diploma ke masing masing ada pro and contra masing masing. Kalau amik STPM , korang dah jimatkan masa untuk diploma , habis je STPM terus boleh sambung untuk amik Degree. Kalau amik Pra Diploma , memang laa 1 semester je ( 6 bulan ) tapi after that still kena sambung Diploma. Ikut pilihan korang okies !
  2. Yuran pengajian yang murah. Tak sampai Rm1000 pun kalau amik Pra Diploma ni. Kalau mak ayah korang dah pencen / gaji yang kurang daripada Rm4000 , korang boleh apply PPT-B40. Kelebihannya adalah , yuran pengajian korang percuma , yuran kolej korang pun free dan yang paling best dapat elaun 2 kali sebulan 😍 Macam aku , ayah aku baru je pencen last year so kitorang try apply B40 ni. Alhamdulillah , dapat. Sekarang aku study semua kelas online sebab Covid-19 ni. So aku rasa sangat bersyukur dengan elaun yang aku dapat , at least boleh cover duit internet aku , duit buku aku kan.
  3. 6 subjek sahaja ! In syaa Allah , aku yakin korang boleh score. Aku ni pun taktau laa macam mana hahahahaha harini baru nak start kelas online. Kebanyakkan yang aku google pengalaman dorang amik Pra Diploma en , kebanyakkan semua kata senang tapi taktau laa cemana en. Study dulu baru tauuuu hahahahaha.
  4. Boleh pilih course apa yang korang nak masa Diploma nanti ! Macam aku cakap , kalau kau lulus dengan bergaya masa Pra Diploma ni memang dorang takkan tengok langsung result SPM kau dah , legaaaa en πŸ‘»
  5. LNT ( Lulus Naik Taraf ) jika GPA (pointer) korang melebihi 2.00 dan lulus semua subjek dengan minimum gred C. Maksudnya kat sini , kalau korang nak sambung Diploma , dia akan tengok result Pra Diploma korang tanpa memandang langsung result SPM korang. Tapi kena make sure laa , pointer melebihi 2.00 dan lulus semua subjek dengan gred C kebawah. 

Aik takkan ada kelebihan je ? Kekurangan takde ke ? Ada laa nyah.
  1. Orang kata amik pradip buang masa. Pendapat aku is tak salah kalau kita buang masa sikit untuk dapatkan course yang kita nak / dapatkan tempat di UiTM. Korban sikit waktu tu okay ? 🦾 Kalau taknak amik pradip, nak amik Form 6 pun boleh. 3 semester = 1 tahun 6 bulan tapi lepas habis STPM / STAM tu korang boleh terus masuk Degree. Eh, tapi jangan salah faham pulak. Tengok ni.

Makcik bawangz : Eh ye laa. Pra diploma macam lagi lama proses nya. 
My honest answer : Mari ikuti kronologi simple ni.

Pra sekolah ( 4/5/6 tahun) → Sekolah rendah (7 - 12 tahun) → Sekolah Menengah (13 - 17 tahun)
=
Pra Diploma → Diploma → Degree

Masa kecik dulu anak makcik start dengan pra sekolah kan ? Same goes to pra diploma. STPM → Degree ni ibarat kau masa 6 tahun, orang lain pandai tambah tolak, kau dah pandai pecahan so lepas tadika 6 tahun, kau terus lompat masuk sekolah menengah (tadika → smk). Tapi kalau dah jenis biasa biasa je, kadang perform, kadang hauk, ikut macam biasa je laa, daripada tadika → sk → smk. Takpe gais, pelan-pelan start dari bawah okay !

Setakat ni tu je laa aku rasa kekurangan dia.

FAQ
Q : Macam mana eh kalau GPA 2.00 ke atas , tapi gagal salah satu subjek ? 
A : Kalau begitu , korang dibenarkan untuk ulang amik exam bagi subjek yang gagal sahaja. Haaaa see, UiTM still bagi peluang kat korang tauuuuu. Kalau boleh , untuk peperiksaan ulangan ni takyah laa gagal lagi k. Guna peluang ni sebaik mungkin. Jangan buang masa.

Q : Macam mana pulak kalau GPA 2.00 ke bawah ? 
A : Kalau begitu anak anak semua yang sedang membaca , Innalillahiwainnailaihirojiun lah pada pengajian Pra Diploma anda. Anda di anggap gagal dan diberhentikan serta merta daripada menuntut di UiTM. Tapi aku tak sure korang boleh sambung study lagi kat UiTM ke tak. I mean macam kena banned ah dengan UiTM en. 

Q : Macam mana nak mohon ?
A : Selalu nya borang-borang pra diploma ni ada je kalau korang Google. Cuma please MAKE SURE yang korang amik borang paling latest. Then dah siap print + isi maklumat apa yang patut pastu send it to the nearest UiTM. Ada kawan aku dulu, dia stay Klang pastu dia hantar borang kat pejabat UiTM Shah Alam (dia expect dia dapat pradip kat UiTM Shah Alam laa kan, dekat ngan rumah) tapi ended up dia dapat dekat UiTM Permatang Pauh, Penang a.k.a UiTMPP (sebab tu laa aku kenal dia). Macam cerita aku pulak, aku memang hantar dekat pejabat UiTMPP and Alhamdulillah rezeki aku, dapat kat sana jugak, tempat yang aku mohon. Dekat ngan rumah aku. So korang get ready je laa okay dapat kat mana mana UiTM tu okay ! 

Q : Antara Pra Diploma & Form 6, apa suggestion awak ?
A : Kalau korang tanya suggestion aku, bagi aku, kalau amik Form 6 pun okay what. Cuma korang kena rajin belajar sebab aku pernah dengar yang STPM / STAM ni antara peperiksaan yang paling susah kat dunia. So korang kena get ready physical and mental laa okay ? Kalau Pra Diploma pulak, dia amik masa sikit. Tapi sikit je, dalam satu sem macam tu. Korang boleh rujuk perkiraan ni.

Disclaimer : Berapa tahun belajar degree ni depends on course apa yang korang amik. Dengar cerita, kalau Diploma and Degree kau amik course yang sama, waktu tu akan dipendekkan jadi 3 tahun.

Kebanyakkan kawan-kawan aku yang amik Form 6 ni sebab dorang ni dah umur lebih. Contohnya, lepas result SPM (umur 17), dorang tak terus sambung study. Dorang keje dulu ke apa ke pastu masa umur 20 baru nak sambung pengajian dia peringkat yang lebih tinggi. So STPM ni kan singkat je waktunya (3 semester = 1 tahun 6 bulan) pastu terus boleh sambung degree dah. Kira skip Diploma laa. And ada jugak kawan-kawan aku yang keluar pondok, umur dah lebih 19 tahun camtu so dorang amik STPM untuk singkatkan masa yang dorang luangkan untuk sambung study tu. Kalau umur korang macam aku masa amik Pra Diploma dulu, aku 18 tahun masa tu (lepas SPM) so tak laa makan banyak masa sangat. By 23 tahun, aku dah habis Diploma. Umur yang kebiasaan orang habis Diploma jugak so sama je. So ikut koang laa. Buat istikharah kalau payah naw nak decide.

Korang kena pandai search laa pasal ni semua. I mean, cari semua info yang berkenaan. Aku dulu tak reti jugak nak cari benda benda ni semua. Ye laa , benda yang kita tak pernah dengar en. Papepun, doakan aku berjaya tauuu. Aku harap entry ni mampu buka mata korang serba sedikit tentang life after SPM. Also, pasal Pra Diploma jugak sebab aku dulu pun blank, taktau nak start dari mana.

Saja nak spice up semangat korang untuk sambung study, ni result pradip aku.



Kalau aku boleh, takkan korang tak boleh ? :) 

Nak tau apa apa lagi boleh email aku di raudhahrashids@gmail.com (style lama ek guna email HAHAHAHAHA dah tu takkan nak bagi number Whats App pulak lulz kbye)

Update July 23, 2022: harini ada orang email aku tanya pasal benda benda alah pradip ni, bangga 😭😭😭🀍 Al maklumlah, aku ni bukan famous mana pun HAHAHAHAHA. Okay laa ada jugak kenangan orang email wkwkwkwkw. Korang kalau nak tanya apa apa, email je okay. Aku tak kisah, aku sentiasa free untuk korang (kecuali time tengah ada hal laa) 😀🀍 Aku okay je korang nak tanya apa apa. Aku dulu pun tak pandai jugak benda benda macam ni. Kebetulan, sekarang dah faham sikit sikit, boleh laa nak tolong korang mana yang mampu. Feel free to ask okay! 

Update July 25, 2022: Hellooo everyone! Harini aku nak update tentang subject apa and benda apa yang aku belajar masa Pra Diploma Perdagangan (aku highlight ya supaya korang boleh skip this part kalau korang amik Pra Diploma Sains)

πŸ”΄ Disclaimer! subject yang aku list kan ni adalah subject yang aku belajar masa amik Pra Diploma Perdagangan in 2020 (August 2020-February 2021). Sebelum ni dekat atas-atas, aku ada briefly explain what subjects yang aku belajar, cuma kali ni, aku nak explain a bit detail. By the way, mungkin ada perubahan subjects masa korang nak amik pra nanti, so yang tu aku tak boleh nak tolong sebab taktau wkwkwkwkw πŸ˜‹

1. ACC030; Introduction to Accounting



Ni buku yang aku guna untuk belajar acc dulu. Buku ni lecturer aku sendiri yang buat. Maybe sebab dia rajin so buat sendiri. Yang buku biru, macam text book. Buku merah tu exercises. Ouh ya, dia ada cakap yang dia buat formula dia sendiri macam mana tah so would be easier for us yang baru nak belajar subject account ni. 

πŸ”΄ Disclaimer! UiTM Penang zaman 2020, time aku belajar Pra Diploma laa pakai these books. Madam Nur Aniza Ishak nama beliau. Dia yang buat buku ni. UiTM lain aku tak sure what book they use.


Ni bab 1. Introduction ni biasa laa. Banyak explain pasal syarikat bla bla bla daripada buat pengiraan. Topic ni pengiraan tak start lagi.


This one bab 2. Ni pun banyak notes je. Explain, explain and explain ❗


Topic 3. Ini lah permulaannya geng πŸ™‚ Detik dimana korang yang tak pernah belajar account, langsung takde basic acc, akan mula stress and risau dengan final exam korang πŸ™ƒ Time ni korang akan terdetik macam 'boleh ke aku buat ni' 'susahnya ya Allah' dan sebagainya. Tapi, korang jangan laa risau. Lecturer akan bantu korang dengan bagi formula yang mudah untuk korang apply masa belajar this topic. By the way, kat atas aku ada buat macam kurungan ek orang panggil tu, untuk SOPL and SOFP. Dua tu sahaja kita akan belajar dalam Pra Diploma. Lagi dua kat bawah yang cashflow dengan canges in euqity tu belajar time diploma. Aku tak nafikan, memang pening sikit nak start masuk topic ni sebab baru nak masuk part susah dia, tapi kalau korang mempunyai ciri-ciri berikut:

        a. Tanya lecturer kalau tak faham
        b. Buat latihan yang lecturer bagi
        c. Cari notes and exercises berkaitan topik yang korang belajar 
        d. Do revision

Aku yakin 100 percent korang akan faham macam mana nak settle benda alah ni. Kalau kata tak faham 100 percent, dapat faham 75 percent pun jadi laa. Yang penting, tak faham terus tanya. Jangan tangguh-tangguh. Bila korang tangguh pastu dah masuk topic lain, mesti korang ternganga nak buat macam mana, percaya laa cakap aku. And, starting from there, korang akan rasa malas dah nak study and fahamkan bab mana yang korang tak faham tu. Ingat geng, peluang tak datang 2 kali. Gunakan masa korang untuk habiskan Pra Diploma ni dengan sebaiknya, jangan buang masa dok merepeat je. Nanti kawan korang nak masuk semester 3 diploma, korang baru nak masuk sem 1 diploma πŸ˜ͺ Okay, next!


Topic 4. Ni sambung pening kepala korang yang tadi πŸ’€ TAPI, KALAU STUDY BOLEH JE. Tips aku, fahamkan and buat revision. Jangan hafal. Macam aku, aku jenis susah sikit bab bab menghafal ni pastu kalau kata dah hafal, suka jadi macam was- was 'eh betul ke formula dia macam tu' haaa gitu. So, setiap kali buat revision, bukak buku and tengok formula tu. Lama-lama, akan automatically ingat dalam kepala gituw. Kalau aku laa macam tu, kalau untuk korang, ikut laa mana mana cara yang boleh bantu korang, the just do it 🀩


Topic 5. Ni dah start buat journal and ledger. Bagi aku, dua dua ni mula mula tu susah jugak laa nak buat. Iya laa basic acc takde langsung weh, tapi alhamdulillah lecturer and member banyak membantu (typical review kahkahkah) Aku malas dah nak ulang ayat yang sama sebab tu typical review HAHAHAHA


Topic 6. Trial balance πŸ’€ seingat aku, trial balance ni dia macam ada dua column untuk kau kira. Kalau kau dah kira kira pastu dia tak seimbang (balance), maka dengan ini tak balance lah trial balannce kau so kena buat balik sampai dia balik sampai dia balance. Usually en dia jadi tak balance ni sebab dari awal dekat credit ngan debit tu kau dah salah so dia akan membawak sampai ke trial balance ni salah. 

πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: Subject ni okay cuma kau kena spend masa kau untuk faham dia. Mostly account ni (apa yang aku dah belajar masa pradip ni laa en) kalau kau ikut formula, In syaa Allah tak tersasar jalan. Account macam maths jugak, ikut formula jawapan betul, tak ikut formula memang 0 laa marks kau. Masa aku pra diploma, aku memang fully online classes. Takde physical class langsung. Kau imagine laa betapa strugglenya nak bangun kelas pagi semata mata nak belajar acc 😭 aku ingat lagi schedule aku. Kelas acc ni hari Jumaat, 8 pagi sampai 10 pagi. Mengantuk dia memang tak boleh bawak bincang. Aku pulak bukan jenis morning person so faham-faham je laa. Kadang aku tidur je time kelas madam ni pastu nyesal sebab tak faham pape πŸ˜ͺ

TAPI TAPI TAPI

Madam ni selalu record kelas dia so kitorang selalu mintak recorded video. Madam ni pulak, bila dah terlampau enthusiastic, dia punya bercakap tu non-stop mat 😭 ada masa kau tak ngantuk best laa dengar. Ada masa kau mengantuk, uish time tu ya Allah. Allah je tahu perasaan tu. Lepas kelas dia tu, dah takde kelas lain petang petang pastu kan kelas dia Jumaat, kira macam penutup laa kelas untuk minggu tu. Time sabtu ahad aku memang selalu study balik tengok recorded video beliau kasi tu. Tu one of sebab aku rasa aku boleh score. Macam aku cakap tadi, aku ni bukan morning person. So bila time kelas dia aku tidur, pastu jumaat malam sampai hari ahad, aku belajar subject dia menjadikan ini sebab kenapa aku suka onlines classes. Ada recorded video so kita as student senang nak buat revision balik πŸ˜‹

Ni individual assignment aku untuk subject madam ni. 

2. CTU001; Introduction to Human Development


Ni buku untuk subject ctu. Basically, ctu untuk pra diploma ni senang je. Tak susah sangat berbanding diploma nanti. Benda benda basic je korang belajar. Subject ctu macam pendidikan agama Islam laa kalau kat sekolah menengah.



Ni laa topik-topik dia. For me, not that hard. Bab bab agama ni boleh palatao sikit kalau dia mintak macam kelebihan, hikmah and akibat. Tapi kalau bab bab hukum tu kena careful sikit. Japgi dia kata haram, kau gi tulis jawapan halal, memang salah laa jawapan kau πŸ’€ Yang susah sikit Topic 4 (bagi aku laa) sebab dia melibatkan negara pastu ada pulak sejarah sikit sikit, Allahu pengsan aku. But still laa, kena belajar okay!

πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: Not that hard since aku dulu sekolah agama. Masa spm, aku ada amik 3 subject agama so aku tau jugak laa macam mana nak bagi ayat tu nampak panjang even jawapan dia satu line je. Ustaz yang ngajar subject ni for me, tak best sangat. Dia macam garunk sikit tapi sebab aku rajin tanya soalan so dia macam okay sikit dengan aku. Aku tanya soalan bukan apa do. Bila dia tanya 'kalau ada soalan boleh tanya sekarang' pastu satu kelas diam, so aku macam kesian pulak kat ustaz ni so aku tanya je pape yang macam relate ngan topik yang dia ajar tu. Nama ustaz tu Ustaz Adlan Saidin.

Untuk assignment dia dulu aku kena buat kertas kerja. Ada final exam tapi tu jawab kat ufuture je. Ouh ya, nanti kalau korang masuk UiTM, tak kisah laa pra ke, diploma ke degree ke, korang akan kenal jugak dengan ✨ufuture✨ ni. Kenapa ada blink-blink? sebab system ufuture ni kalau down ya Allah, tak boleh jawab exam do kau srs πŸ’€ depends laa. Ada lect yang kasi kat ufuture, ada yang kasi soalan kat whatsapp and ada jugak yang kasi kertas soalan through Classroom.

3. ELC030; English for Pre Diploma.


Zaman aku dulu guna buku ni. Buku ni hm best kot, idk. Aku syok beli je hsgshsgshsgs. Sebab aku tau penerapan nanti, nak apply course bi, so saja beli. Function jugak laa buku ni, aku suka. Nama pun Foundation English, semua dia ajar basic basic English laa. Meh kita tengok kat bawah.


In this topic, dia ajar cara baca dengan pantas and betul. Aku rasa kalau korang tak pakai buku ni pun, korang akan belajar jugak cara nak skimming and scanning text. So far topic 1 ni (kalau apa yang aku belajar ikut buku ni laa), belajar pasal cara baca and jawab soalan passage dengan betul.


Topic 2 Listening ni just a simple one. Kalau korang search listening test pun akan ada je kat Google tu haa. Daripada semudah-mudah listening test sampai laa kau akan sakit kepala gila seba accent dorang guna tu. Kan banyak accent in English. British laa, American laa, Australian laa and sebagainya. 

Topic 3 Speaking ni pulak mostly buat dalam kelas je. Just macam kau interact dengan lecturer kau gitu je. Simple.


Topic 4 is Writing. Kau akan start tulis ayat ayat simple. Dalam English ada 4 jenis sentences. Simple, compound, complex dengan compound-complex. Basically, kau akan belajar benda-bend macam tu laa. Ada jugak kena tulis essay tapi tu masa dah hujung-hujung. Dulu aku ada kerja pairwork masa nak dekat habis sem dulu. Kira macam assignment untuk student laa benda tu. Bukan terus tulis essay tau. Belajar ayat ayat yang aku sebut kat atas tu dulu, pastu belajar tulis thesis statement, pastu belajar tulis topic sentence dengan supporting details, buat outline essay pastu baru laa tulis an essay.


Topic 5 is Grammar. Topic yang paling aku suka tapi tak pernah ingat and faham dia punya formula tu πŸ’€ Setiap kali habis sem, aku memang berazam nak study bab Grammar ni sebab aku seriously tak pro Grammar. Tapi aku teringin nak jadi pro tapi aku malas 😭😭😭 tapi nampak gaya cuti sem 3 ni, aku dah kena start study Grammar balik. Al maklum lah sem 4 aku amik MUET πŸ˜ͺ Sesiapa yang ada formula baek punya nak study Grammar, sila email (raudhahrashids@gmail.com) aku eh, tolong lah 😭 so macam tu laa ek, hujung hujung belajar Grammar. Tapi dalam buku ni memang dia buat study Grammar last sekali. Masa zaman study dengan aku dulu, Sir Rasaya nama beliau, sebelum dia ajar buat buat ayat tu, dia ajar Grammar thingy dulu. Menurut beliau, akan memudahkan student laa sebab iya laa weh, kau imagine laa kalau belajar tulis ayat dulu baru belajar Grammar, mesti tunggang langgang semua ayat.

πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: Honestly, best. Kalau kau dah kuat basic in English lebih-lebih lagi Grammar, memang akan jadi one of the easiest subject untuk kau. Best subject ni, amik peluang ni untuk kuatkan basic English korang okay!

4. MAT037; Intensive Mathematics I



Ni dua bukunya. Aku guna buku warna turqoise tu je untuk study. Macam buku teks laa gitu. Buku pink tu kitorang guna hujung masa dah nak dekat habis sem. Macam exercise book laa. 



Ni laaa topik yang aku belajar dulu. Chapter 1 Arithmetic ni aku boleh kata senang jugak. Basically dia berkait dengan pecahan and decimals.


Haaa gini je. Aku rasa most of us okay topic ni cuma kena buat revision balik laa. Takpe, aku faham. Banyak benda kita lupa lepas spm. Al maklum lah, benda yang lepas jangan dikenang, so aku faham perasaan korang *peluk jauh 😝


Chapter 2 ni Algebra. Antara topik yang aku rasa kena dengan sound Tiktok yang 'ini kalau hari hari macam ni penat lah s*al. Ini, apa benda h*n*t &@#*$@' Haaa sound tu. Aku cakap gitu sebab kan, algebra ni dia senang je sebenarnya. Alah, biasa lah matematik kan. Kalau kau ikut formula, kau dapat laa jawapan. Tapi masalah si algebra ni, Allahu. Kadang dah ikut formula pun jawapan salah jugak. Lulz πŸ’€ Pendek kata, aku tak suka sangat topik algebra ni, aku kasi 5/10 untuk review topik ni πŸ™‚


Chapter 3 ni kan dia macam yang kita ada belajar persamaan linear, kuadratik and lain lain laa. Aku pun tak ingat dah (padahal boleh je tengok dalam buku tu en hsgshsgshsgs malas ah, aku kat library ni. Buku tu kat rumah, aku tangkap gambar topik-topik yang kita belajar dalam buku maths tu je hihi) masa sekolah menengah tu. Soalan-soalan dia not bad. Ni pun sama, kalau ikut formula then kau boleh buat laa. Macam aku cakap, jangan hafal formula. Setiap kali nak buat exercise, kau tengok je formula tu kat buku. Lama lama kau mesti ingat, percaya laa cakap aku. CUMA! jangan laa dalam seminggu tu sekali je kau buat exercise pastu expect formula tu lekat terus dalam otak. Bukan camtu ya geng πŸ’€ Next!


Chapter 4 ni haaaa ini memang aku tak suka. Dia ada satu formula ni, like kalau korang ikut memang boleh jawab laa en tapi topic ni sebijik macam topik algebra serious tak tipu cuma dia lagi susah 😭 Aku baru tahu ya masa tengah belajar topik tu, rupanya topik tu wujud dalam add maths πŸ’€ aku dulu masa spm, amik maths biasa je, mana amik add maths. Aku tahu pun sebab blog cikgu ni, kalau tak aku taktau pun. Nanti kalau korang amik pra diploma pastu belajar topik ni, tengok laa blog cikgu tu. Dia kasi soalan dengan jawapan sekali. Bukan jawapan semat-mata ya, jawapan + cara nak buat tu macam mana. Okay so, for me, topik ni memang tak mesra alam, aku tak boleh go. Aku kasi 2/10 je πŸ˜ͺ Tapi, depends jugak. Ada yang topik ni dia faham elok je. Maybe sebab aku dah tau topik ni susah, so aku macam terus block otak aku untuk faham topik ni, kot? Alah weh, benda dah tak suka en, nak buat cemana πŸ™‚


Chapter 5, sequences. Aku suka topik ni srs πŸ˜‹❤ One of favourite topik aku sebab soalan dia, bagi lah pusing macam mana pun, kau akan boleh jawab guna formula. As long as kau follow formula dia, selagi tu laa kau akan dapat jawapan dia 🀩 Begini lah maths yang pihak saya mahukan ya. Kalau daripada dulu, semua maths senang macam sequences  ni, mesti A + dah maths aku masa spm dulu πŸ˜ͺ This one my favourite topic ❤


Chapter 6 ni boleh laa no bad. Ada satu dua soalan dia tu, kalau dia twist pergh pening kepala mat. Padahal senang je tapi tu lah. Topic ni for me not bad, boleh kasi 6/10.


Chapter 7, finally. Topic last yang korang akan belajar untuk subject maths ni. Topik ni aku suka. Macam biasa, dari awal sampai last aku bebel ngan korang, kalau ikut formula, dia akan jadi senang. By the way, aku ada buat formula sendiri dulu. Tengok kat sini tau. Topik ni pun sama macam sequences tadi, aku suka. Boleh kasi 8/10.

πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: IKUT FORMULA, BANYAKKAN BUAT EXERCISE tu je nak cakap hihi. Untuk subject ni, Madam Norazah yang ajar aku dulu. Madam Azah ni baik, soft je tapi tegas tapi tak tegas sangat. Aaaaa pandai-pandai laa faham okay. Madam ajar sampai faham. Kalau aku tak faham dulu, aku whatsApp beliau lepastu nanti lepas beliau explain lat aku, dia akan bagi satu dua pages yang aku kena buat, yang diambil daripada dalam buku pink yang aku tunjuk kat atas tadi tu kan. Haa yang itu. Subject ni seingat aku, aku ada dua kali test. Masa mula-mula test bab 1 2 3 lepastu masa dah habis study semua, bab 4 5 6 7 tu, kitoang ada test masa dah hujung hujung nak habis sem pra diploma ni. 

5. MGT028; Introduction to Business
πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: Aik, kenapa terus review? Sebab lecturer aku untuk subject ni masa tu hm apatah nama, lupa dah. Dia tak ngajar sangat pun masa tu. Dia buat recorded video dia mengajar. Boleh katakan 95 percent  dia baca slide, 5 percent dia explain pasal topic kitorang belajar tu. Masa ni, kitorang kena buat 2 assignment + 1 test masa dah dekat hujung sem. Takde buku pun untuk subject ni. Masa tu kan issue student dengan intenet, duit tak cukup semua tu en, so lect ni kasi slides je. Buku business ni mahal katanya.

First assignment ni kitorang kena pilih macam orang yang berjaya build business. Tak kisah la business apa pun, telefon ke, fesyen ke, pape je laa. Masa tu aku buat Jimmy Choo. Ni first assignment yang kitorang dapat dalam banyak-banyak subject. Masa ni rasa cam wah dah besar do, ada assignment HAHAHAHA padahal assignment ni kan kalau korang kaji balik, dia macam homework kita je cuma bezanya, lebih complicated + masa yang diberikan tu lebih lama + kalau korang tak buat assignment ni, memang fail laa subject tu sebab mostly, markah terbesar comes from assignment.

Second assignment ni kitorang kena pilih brand-brand yang berkaitan dengan business lepastu kaji 4P's aspects dalam business dia tu. Cewah, cara aku cakap cam bijak naw en HAHAHAHA tak pun weh. Benda tak belajar pun. Lecturer explain pun macam faham tak faham je so aku apa lagi, palatao laa mat. Tapi bukan palatao kosong ya, aku cari laa 4P tu apa, nak explain apa bagai.

The last one is the test. Weh masa ni kan, meh nak cerita. Aku tak belajar tau malam nak amik exam tu sebabnya, test ni, lambat nawwww! Semua subject dah habis exam, subject ni je terpaling hujung + terpaling lambat sekali nak exam. Percaya laa cakap aku, kalau kau dah habis semua exam, kau akan excited nak cuti. Nak nak pulak subject business ni kau tak minat sangat + lect pun macam nak taknak je mengajar en so kau akan rasa malas yakmat sangat, tak tipu πŸ’€ Ngam pulak masa ni kan 2020, zaman covid tengah teruk so exam memang online, so aku dengan bestie aku plan nak meniru HAHAHAHA (jangan ikut ya anak anak, tumbuk japgi πŸ’€) Tapi, takde laa kitorang meniru bulat-bulat. Style kitorang macam ni, kitorang jawab dulu semua soalan lepastu mana-mana soalan yang tak sure tu, kitorang discuss. So tuu ak kira mniru kan? Kitorang berbincang, bukan meniru HAHAHAHAHA. Okay so lepas aku malas gila malam tu, malas ni bukan malas biasa biasa tau. Malas yang memang bukak notes kat laptop pun, bukan aku tengok notes, notes tu yang tengok aku balik. Haaa camtu. So, honestly aku memang mengharapkan jawapan bestie aku. Dalam 70 percent, saya amat mengharapkannya ya. Tapi kat situ laa silap aku. Biasa laa weh, kau sibuk nak jawapan, dia sibuk nak jawab. End up, kitorang discuss jugak tapi sempat discuss sikit je sebab soalan dia susah jugak laa (ye laa weh tak belajar HAHAHAHA). Aku rasa sebab tu aku dapat A- untuk subject ni membuatkan aku dapat pointer 3.95 untuk subject ni πŸ˜ͺ

Takpe lah, benda dah lepas ya, jangan dikenang. Make sure korang study tau! Lagi-lagi kalau jawab physically πŸ’€ Jangan try try nak meniru tau. Kalau tiru tak kantoi takpe, sekali kantoi kena buang UiTM terus japgi cemana ? 🀦🏻‍♀️

6. UED102; Study Skills
πŸ“Œ Review aku untuk subject ni: Ni pun aku nak terus review sebab subject ni takde buku teks pun. Subject ni memang kau wajib amik kalau kau study kat UiTM. Subject ni senang gilaaaaa, sangat sangat senang. Dia takde grade pun, dia ada lulus ngan fail je. Cukup sekadar kau buat semua assignment lect kasi, then kau akan lulus. Subject ni ada dua assignments. First kena buat video. Tak ingat laa kena buat macam mana + topic apa. Second assignment aku ingat sebab aku kasi effort kaw kaw masa buat assignment ni. Tak pakai template langsung ya, guna Canva je aku buat semua tu 😝

πŸ”΄ Disclaimer! Aku kasi korang tengok assignments aku untuk each subject tu bukan apa. Aku nak korang nampak apa yang korang akan belajar untuk pra diploma ni. At least kalau assignments tu tak sama sekalipun, paling paling korang dah dapat bayangan macam mana assignments for pra diploma. Assignments tu amanah aku untuk korang jaga. Jangan plagarize! 😀😀😀

Basically, lecturer akan bagi task untuk korang buat every week lepastu korang akan compile kan all the tasks and make it as a portfolio. Tu je. Senang en? Yang penting, buat task tu every week. Jangan tangguh sebab nanti korang akan rasa kerja untuk subject tu belambak. Kalau buat every week, mesti tau tau je tinggal nak compile jew, aaagituw. 

Habis dah aku bebel bebel pasal subjects yang aku belajar masa pra diploma ni. Amacam, senang en? Tak senang, tak susah. Yang penting, korang kena anggap pra diploma ni macam peluang kedua yang Allah kasi kat korang untuk berjaya dalam hidup. Cukup-cukup laa main-mainkan future kita, okay? Yang lelaki, nanti nak bela anak bini + nak kerja kena ada ilmu, yang perempuan, nak didik anak anak kena ada ilmu. Lelaki ke perempuan, sama je. Belajar, belajar and teruskan semangat korang untuk belajar okay!

So far yang email aku ada few peoples, nak dekat 7 orang rasanya. Thanks banyak banyak. Aku cuba untuk jawab mana yang aku tahu okay? πŸ˜‹ Thanks baca blog aku. See you next time. Pape email je aku tau! 

Update August 19, 2022: Hi guys! Saya sangat berbangga ya nak update kali ni wkwkwkwkw. Oh jap! Before that, sorry dekat few people yang email aku tapi aku late reply. Maaf sangat-sangat. Macam yang korang tahu, mak aku baru sahaja settle operation few weeks ago and aku boleh katakan most of my big family datang ziarah mak aku. Pewnurt ya rakan-rakan 😢 Aku taknak mengeluh sebab tetamu tu bawa rezeki so yeah. The main point is sorry for the late reply! So far harini aku dah reply email semua yang email aku and aku akan keep going reply email korang one by one berkenaan Pra Diploma yang ditawarkan oleh pihak UiTM. In syaa Allah, aku takkan extend dah reply email korang sebab aku serba salah reply lambat + makin extend nak reply, makin aku malas hehe. Okay so let us go to the best new for this year 🀩

Ingat tak poster ni?


Alaa takkan dah lupa? Ni poster dekat atas yang aku letak kat entry ni. Obviously, aku tak kenal pun akak tu. Aku taktau any updates pun akak tu. TAPI TAPI TAPI. Akak tu tiba-tiba email aku 😍 Aku terkejut laa of course. Akak tu lecturer sekarang geng 🀩 Aku terharu laa weh padahal aku amik poster ni sebab aku kenal poster ni masa aku nak masuk Pra Diploma dulu. Kebetulan masa tu, aku tengah survey pasal pradip ni dekat facebook uitm penang pastu terjumpa link telegram akak ni. Tapi sorry tak boleh nak kasi link sebab aku dah keluar channel tu lepas je habis pra diploma sebab banyak sangat messages masuk dekat Telegram. Selain tu, sebab poster ni je antara poster yang clear kat google. Kalu korang google ' Pra Diploma UiTM', memang poster ni akan ada dekat sana. Memang randomly amik je. Eh tiba tiba akak tu email. Terharu saya kak 😭


Lepastu aku ada laa reply sikit kat akak tu cuma aku taktau nak panggil beliau apa sebab beliau kan dah jadi lecturer. Dah laa aku panggil dia akak je kat atas tu HAHAHAHA dah macam akak sendiri dah haa Allahu. 

Papepun, aku gembira sebab entry aku untuk Pra Diploma ni banyak kasi information kat korang. Kalau apa-apa nak tanya, sebarang aduan dan cadangan boleh dikongsikan melalui email saya raudhahrashids@gmail.com tau!

Update September 20, 2022: Hi everyone! Hari aku nak update sikit berkenaan interview sebelum aku dapat course Diploma. Benda ni boleh kata related jugak dengan Pra Diploma cuma aku taknak sambung kat sini, nanti makin panjang entry ni. Korang boleh baca dekat sini tau! Bye <3

Popular posts from this blog

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n