Skip to main content

Temuduga Degree LG241 UiTM [Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional] πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“

 Helloo everyone, assalamualaikum. Aku ni sebenarnya busy untuk final semester diploma aku tapi entah ler tangan ni gatal naw nak taip entry baru kat sini so disinilah saya, spending some times untuk menaip disini. Update! Tak weh, aku habis menulis entry ni 1/10/2023 HAHAHAHA aku type sikit dulu masa tengah final sem tapi tak habis so aku simpan kat draft huhu.

Oh ya, panjang kan tajuk entry harini? πŸ˜‚ Oh by the way, macam biasa laa I talk a lot so anyone yang nak baca what happened during the interview day, boleh scroll ke bawah cari πŸ“Œ10 June 2023πŸ“Œ

Harini aku nak ceritakan pengalaman aku pada dua hari lepas (10 June 2023) menghadiri temuduga course LG241 dekat UiTM Shah Alam. Aku dapat panggilan interview course ni sebab sekarang kan aku still lagi tengah semester 5 so aku dapat ni under penerapan uitm. Ada laa nanti macam nak dekat hujung-hujung semester lecturer suruh isi penerapan uitm. Time ni korang boleh apply dua benda which are 

a. Penerapan UiTM

i. boleh mohon 3 courses under UiTM

b. UPU Fasa 2

i. boleh mohon 8 courses dari almost universiti awam (UA) dekat Malaysia ni. 

Aku isi yang mana? Mesti laa isi dua dua hahahahaha πŸ˜‚ Bagi aku, tak salah mencuba. Kalau rezeki dekat UiTM, dapat laa kat UiTM. Kalau dapat dekat UPU, dapat laa kat UPU. Tengok laa macam mana and aku kalau boleh memang nak under UiTM sebab yuran murah nyah berbanding other universities. Ada sorang makcik ni, aku jumpa dia kat luar time tu lepas aku dah settle interview while she's waiting for her son pastu kitorang sembang-sembang dia kata 'anak makcik sekarang tengah belajar dekat UMK (Universiti Malaysia Kelantan) semester 1 tapi yuran dia memang mahal laa dik, tu yang makcik suruh dia cuba interview uitm ni, mana tau rezeki dia. Murah sikit nak bayar yuran pengajian kalau under uitm ni' haaaa gitchuw katanya. Okay so mula-mula tu aku dapat text from UiTM.


Haaa gitu ler text nya lepastu aku click link, masukkan no ic then dia keluar macam ni

Then I clicked 'Seterusnya' pastu dia keluar laa dokumen-dokumen apa yang korang kena bawak dan sebagainya. Korang boleh baca secara detail dekat file under Google Docs yang UiTM attached tu. Okay, part ni aku nak ulas sikit.

Basically yang korang kena bawak dalam list dia tu benda-benda ni.

❗ Disclaimer: yang aku senaraikan ni adalah untuk korang budak Diploma yang tengah belajar under UiTM di semester 5. Pendek kata yang apply penerapan UiTM (Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/ Kolej Bersekutu UiTM)

a. Surat Panggilan Temuduga: boleh dapat dekat website UiTM tu jugak
b. Kad Pengenalan Calon & Ibu & Bapa: ni korang photostat laa ic sendiri & ic parents korang
c. SIjil Lahir Calon & Ibu & Bapa: ni korang photostat sijil lahir diri sendiri & sijil lahir parents
d. Sijil SPM: photostat sijil SPM
e. Sijil Setaraf: ni aku tak bawak apa-apa sebabnya aku tak habis Diploma lagi kan
f. Surat Pengesahan Tamat Pengajian: ini pun aku tak bawak sebab tak habis Diploma lagi
g. Skrol Diploma: ni pun sama aku tak bawak gak sebab tak habis Diploma lagi so mana ko nak dapat skrol Diploma ni nyah
h. Transkrip: ini kau pergi dekat istduent lepastu ada nanti dia tulis situ 'mini transcript application' tak silap aku. Aku pun tak faham apa beza mini transcript dengan transcript penuh. Transcript ni setahu aku dia result keseluruhan semua semester yang kau dah belajar sepanjang pengajian tu. Macam aku punya dia keluar 'not completed' sebab ye laa sem 5 tak habis lagi en tapi aku apply je. Saja ler bawak benda tu, syarat je tu.
i. Sijil MUET: Ini kalau kau dapat dapat sijil MUET, haa photostat yang itu tapi kalau kau tak amik MUET lagi, kau cakap je ngan dorang yang kau nak amik MUET tapi dah penuh ke ataupun cakap dah daftar tapi exam nya tu lagi few months ke. Haa cakap ler apa-apa alasan kau tu okay. Dorang okay je kalau kau takde MUET lagi cuma alasan tu kena legit laa. Takkan ler ko nak cakap 'saya memang taknak amik MUET' haaa memang dia akan cakap 'semua pelajar yang nak amik degree wajib amik MUET' kang japgi dia bebel bebel kat kau.

πŸ”΄ Sila bawak 2 copies; 1 original punya. Original ni boleh je kalau kau nak bawak the real ic yang kad tu, the real sijil lahir, sijil SPM, sijil MUET whatsoever tapi aku tak buat gitu. Yang original tu semua aku print colour. Yang lagi 1 copy tu aku buat black and white so ada laa beza Original dengan Copy tu.

πŸ”΄ MAKE SURE semua document yang korang bawak tu dah siap-siap ada cop pengesahan. Macam aku, aku amik cop penghulu dekat pejabat daerah. Ada je kawan-kawan aku amik cop guru besar sekolah dorang macam tu. Korang google laa 'siapa yang layak beri cop pengesahan pada dokumen rasmi' haaa nanti dia kasi ler senarai. Masa aku pergi interview haritu kan kitorang ada kaunter untuk check dokumen. Kat situ dia sediakan sekali cop untuk pengesahan tu tapi aku taktau laa semua UiTM buat macam tu or UiTM Shah Alam dan pada masa tersebut je dia buat macam tu. Kira nasib baik laa jugak tu. Cuba imagine kalau dia kata 'kami tak sediakan cop pengesahan. Maaf, awak tak layak ditemuduga selagi dokumen awak takde cop pengesahan' aaa kan dah cuak kat situ. So pendapat aku, takyah berharap laa dekat cop pengesahan yang UiTM sediakan tu. Korang pergi laa cop siap-siap dokumen-dokumen untuk interview tu supaya memudahkan urusan korang di masa hadapan.

πŸ”΄ Sila bawa sijil tamat sekolah. Benda ni kan dekat dalam list dokumen yang perlu dibawa tu dia tak bagitau tau weh so korang bawak je. Aku mula mula tu cuak jugak laa sebab aku ingatkan aku yang tak alert kena bawak sijil tamat sekolah tu tapi rupanya memang dalam list tu dia tak bagitau. Sijil tamat sekolah ni macam backup laa untuk kau yang tak habis diploma lagi ni. Okay so apa jadi kalau kau tak bawak benda ni? Nanti dorang akan mintak kau email dekat email APB UiTM. Kau bagitau laa nama kau pastu kau datang interview tapi tak bawak the docs so here it is. aaagituw kot sebabnya aku tak email lagipun dekat email APB tu. They said kalau dorang perlukan segera, dorang akan call la untuk mintak kita email the sijil.

🀝🏻 A night before interview 🀝🏻

Satu malam sebelum nak interview ni, aku Google 'pengalaman interview lg241 uitm'. Nak baca laa kan apa pengalaman dorang whatsoever. Selain tu, aku jugak search berkenaan isu-isu berkaitan bahasa. Ni laa antara benda yang aku baca [satu] [dua]. Tak banyak pun aku baca sebab nya few days sebelum interview tu aku dah penat dengan segala macam kelas, club activities and presentation so aku baca ala kadar je. Orang kata, ada laa jugak daripada takdak langsung kan. Aku pun sediakan weaknesses aku and how to overcome the weaknesses jugak. Aku prepare dalam 2 weaknesses and 2 solutions for the weaknesses. Selain itu, aku dah iron baju and tudung siap-siap lepas isyak. Dah makan malam siap-siap after maghrib. Bawak file untuk letak the original and copy docs, pen biru 1, ruler 1 and aku letak wallet jugak dalam file tu. Malas aku nak bawak handbag πŸ˜ͺ Kalau korang bawak totebag pun okay weh, sangat digalakkan. Ikut laa nak bawak apa pun, ikut keselesaan masing-masing ya. Oh ya lagi satu, sila tidur awal supaya bangun esok pagi tu sempat laa tahajjud ke, buat solat hajat ke. Nak lilit-lilit tudung, makeup simple pun take times so sila bangun awal untuk get ready.

πŸ“Œ10 June 2023πŸ“Œ

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Eh, tunggu ke? HAHAHAHA. Tunggu laa jugak weh dia macam kejap nervous, kejap rasa macam 'alah takde apa, small matter, mesti boleh hadap punya' tapi kejap rasa macam 'ya Allah cemana do esok' haa camtu. Mixed feelings senang kata.

Maka, pagi tu aku gerak from Bangi to UiTM Shah Alam dalam pukul 6.45 pagi macam tu. Aku pergi dengan parents aku. Bangi tu aku stay rumah sepupu aku. Masa ni aku taktau yang jalan mudah nak gi Bangunan Korea (tempat budak LG241 interview) tu sangatlah mudah ya. Tips! Masuk ikut gate 2. Sebelah kanan tu je pejabat APB tu. Kalau kau masuk macam aku pagi tu ikut main gate UiTM Shah Alam tu, noh rokiah. Banyak roundabout weh nak sampai ke main gate nya pun ya Allah. Sampai-sampai je situ, ramai gila nyah 😭 Patut ler orang suruh datang awal.




Sampai tu je aku terus call kawan sekelas aku yang apply course ni jugak, Faris tapi dia tak datang sebab tetiba tak minat katanya. Aku tanya laa macam mana kan ni, ramai gila orang. Rupanya mula-mula sekali kena gi tengok nama dekat whiteboard depan tu. Ada Panel 1 sampai Panel 7. Okay wait, let me do a list.

❗ Credit to Faris!

πŸ”΄ Ni tahun 2023 punya interview ya. Kalau korang baca blog saya pada tahun-tahun yang berikutnya, saya tak sure laa procedure dia macam mana pulak nanti.

1. Masa mula mula sampai memang korang akan blank nak buat apa lagi lagi kalau korang datang sorang. Macam aku, memang aku datang sorang interview. I thought Faris will come but he didn't so aku sorang je. Mula tu kena tengok nama dekat whiteboard. Cari laa nama dekat semua panel tu. Macam aku haritu ada 7 Panel so kena tengok one by one lah ya and disini saya ingin mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih yang teramat sangat dekat mak ayah saya sebab letak nama saya start dengan initial R. Senang ya nak cari nama. Cari P, Q dengan R je pastu dah jumpa. Cuba imagine orang yang nama Nurul dengan Nur tu. Uish, bercinta mat nak cari nama. Okay, found my name.

2. Ngam ngam jumpa my name, ada macam orang atasan ni (pegawai yang bertugas / lecturer yang handle the interview kot) dia mintak kitorang untuk beratur few lines depan pintu masuk pejabat APB (Bangunan Korea) tu then dia terangkan laa whatsoever semua. Beratur tu sebabnya nak masuk dalam office tu, dorang dah susun kerusi dalam tu and ada macam meja-meja untuk kitorang check susunan dokumen yang kitorang dah bawak tu. Nak check laa dokumen tu dah ada cop pengesahan ke tak, lengkap ke tak dan sebagainya. Oh ya, masa ni kan ada je yang takde cop pengesahan and dorang ada sediakan cop untuk buat pengesahan dokumen tu cumanya in my opinion, baik ko settlekan siap-siap cop pengesahan tu before datang the interview sebab ni kira macam luck dorang laa boleh cop kat situ, cuba imagine kalau dia kata 'oh, kalau takde cop pengesahan, kami tak boleh proceed dik' haa cuak ko nanti. So sila settle siap-siap before datang interview okay!

3. Masa pegawai tu suruh beratur, aku cepat-cepat beratur bahagian depan HAHAHAHA takde laa nyah, bukan apa. At least bila depan, cepat laa sikit settle nya kan and it turns out memang cepat je settle. Aku start masuk the office dalam 8.15 pagi macam tu pastu pung pang pung pang dalam 8.45 pagi dah settle. CEPAT KAN?! Maka, the moral is beratur belah depan jika berkesempatan. 

4. Apa je dia tanya masa interview tu? Hm basically dia suruh perkenalkan diri briefly in English lepastu dia tanya la kenapa nak masuk course ni pastu dia tanya la ni first choice ke tak. Oh, tapi kan dorang sebenarnya dah ada list nama orang yang letak course ni first choice ke tak ke haaa camtu so takyah laa nak ngelat ek HAHAHAHA bagitau je benda betul. Then, ada jugak dia suruh buat pantun/pickup line/baca sajak atau puisi dan sebagainya. Depends la korang dapat tu interviewer yang macam mana kan.

Any interview tips? 

Honestly, tiada HAHAHAHA. Banyakkan berdoa minta Allah permudahkan. Andai takdir dan rezeki korang belajar course ni, doakan untuk permudahkan urusan interview ni. Minta dilancarkan lidah korang untuk jawab semua soalan. Make sure breakfast sikit pagi tu, jangan biarkan perut lapar kerana sesungguhnya dengan perut yang lapar, kita tak boleh nak brain sesuatu kadang kadang hm. Eh tapi depends korang jugak tau sebenarnya. Ada yang jenis sakit perut lepas makan breakfast pagi pagi so untuk elakkan sakit perut, takyah makan la kot eh? Tapi jangan ler sampai gastrik pulak haaa dah tak fokus nak attend the interview. Apa-apapun, goodluck tau!

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n