Skip to main content

Experience Cabut Gigi Bongsu 🦷

 Hellooo cinter-cinter saya πŸ₯° Korang sihat? Harap sihat laa semua hendaknya ya. Entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku cabut gigi bongsu dekat klinik kerajaan. Tarikh-tarikh yang aku akan tulis ni adalah tarikh-tarikh yang aku dapat from my own gallery.

Okay so macam korang nampak gambar kat atas kan, ni laa structure gigi aku. Gigi aku yang belakang sekali (also known as gigi bongsu) tu senget. Kalau ikut kata doktor, dia kata gigi aku besar, gusi aku jenis kecik so gigi tu tak muat untuk nak fully keluar. Gigi bongsu ni kalau ikutkan tak perlu cabut pun kalau dia tak bagi apa-apa effect kat life kau cuma for my case, this one gigi aaa aiyooo pening aku. Kan dia tak boleh nak naik en pastu makanan asyik sangkut kat situ. Mula-mula tu aku ignore je tapi makin lama macam makin annoying tau sebab rasa tak selesa setiap kali makanan masuk kat situ. Kebetulan pulak aku jenis rajin pergi scalling gigi setahun sekali so doktor kata kat situ macam start lubang sebab tu makanan asyik sangkut. Doktor kata kalau nak cabut pun takpe, kalau nak biar pun takpe. Makanya, balik tu aku google laa kan pasal gigi bongsu ni pastu kebetulan aku dapat satu info ni which is kalau makanan asyik sangkut kat situ, nanti lama-lama gigi kau akan lubang lagi besar. Ye laa kan kau asyik kunyah itu-ini so lama-lama dia akan effect laa kat area tu kan. Lagi satu, kalau gigi tu langgar gigi sebelah dia, nanti gigi sebelah tu pun akan berlubang belah dalam and akan sakit so kau akan kena cabut 2 gigi in future nanti. Aku dah cuak laa kan HAHAHAHA sebab seumur hidup aku, aku tak pernah cabut gigi tau. Gigi susu tu biasa laa tapi kalau gigi-gigi belakang ni seingat aku memang tak pernah. Aku pun tak ingat weh cemana gigi susu aku yang belah belakang ni bertukar jadi gigi kekal. For sure yang aku ingat, aku tak pernah pergi klinik cabut gigi. 

Fast forward, dah makin lama makin annoying pulak haaa gigi ni haih. Annoying dekat part nak keluarkan makanan from the gigi laa actually. Bukan senang-senang boleh keluarkan ya anak-anak. My way, aku selesa guna jarum sebab dia tajam and memudahkan kerja aku nak keluarkan sisa makanan tu. Bila pakai lidi yang untuk pengcungkil gigi tu kan, dia macam tak puas tau HAHAHAHA sebab dia punya hujung tu kan tak tajam sangat + kat rumah aku mana ada benda tu. Kalau kat kedai makan ada laa so aku pakai je jarum. Then one day ni, dalam bulan Januari 2023 macam tu aku decide untuk scalling gigi (macam biasa laa my routine) pastu aku ngadu kat doktor pasal gigi bongsu tu and dia kata kalau ikut ni macam dah lubang tapi bukan laa lubang yang teruk naw then aku tanya laa nak cabut boleh ke? and he said can. Antara steps yang aku kena buat adalah pergi xray gigi pastu bawak result xray tu kat dorang and they will decide sama ada gigi aku ni boleh dicabut kat klinik je ke or kena refer hospital sebab kadang ada yang case dia teruk sikit so lagi better cabut kat hospital. Okay so dah settle scalling gigi tu aku mintak dorang punya referral letter untuk aku buat xray kat hospital so settle that part.

Dalam bulan March 2023, aku pergi xray gigi. Masa ni aku tengah cuti sem (Diploma semester 4). Masa ni kan, mak aku macam dok suruh buat laa klinik biasa (swasta) cepat sikit dapat result apa semua tapi harga dia ya Allah ayang-ayangku 😢 Dia ginilah eh nasihat aku. Kalau ko boleh bersabar (i mean kalau gigi kau tak sakit sangat, kau still boleh survive), better bersabar and tunggu klinik kerajaan sebabnya kat klinik luar mahal tau nak xray tu, bukan murah dik. Berkat ketegaq aku nak pertahan pergi hospital kerajaan nak buat xray, mak aku finally ikut je laa kepala batu anak dia ni. Kitorang pergi hospital seberang jaya, penang untuk buat xray. Kitorang pergi tu pagi. Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan. Pagi tu dah park kereta semua, kitorang tanya kat kaunter mana nak xray pastu dia bagitau tempat and kitorang cari. Memang rezeki sungguh pagi tu. Kejap je semua benda settle. Turn nak tunggu xray tu pun tak lama, dalam 10 minutes macam tu je pastu aku dah masuk bilik xray tu, akak tu xray gigi aku pastu dah settle aku keluar bilik. Dalam 5 minutes macam tu dia pass cd tu. Dah settle. Kejap je kan? 😭❤ Alhamdulillah, terima kasih ya Allah mudahkan urusan aku on that day. Paling aku terkejut is takde bayar pape weh ya Allah ini paling unexpected. Tak sangka pulak. Aku tak pasti pulak takyah bayar tu sebab apa. Mula-mula ingatkan sebab student tapi mak aku kata masa nak amik turn tu, mak aku kasi ic je pastu dah settle. Dari situ kot dia tau aku student? Entah laa sebab dia takde tanya apa-apa pun. Pastu memang aku cakap laa ngan mak aku 'nasib ler datang hospital kerajaan umi. Free je' #welurvekerajaan HAHAHAHA.

Kan aku kata kejap je urusan nya settle kan, dalam pukul 8.30 pagi macam tu dah settle then aku hantar mak aku balik rumah pastu aku terus gerak pergi kk (klinik kerajaan) yang aku selalu pergi ni dekat area rumah aku which is kk Kepala Batas, Penang. Tunggu kejap tu (okay, tipu. Tak laa kejap sangat. typical laa kan klinik kerajaan at least 2 jam kau kena tunggu and yes, I waited for almost 2 hours masa tu) pastu dah sampai turn aku, doktor print out the result from the cd I got from the hospital just now. Memang betul laa gigi aku senget pastu dah check sikit, Dr kata they will arrange for the appointment untuk cabut gigi laa. Aku pun onz je laa sebab ye laa kan orang kata selalunya appointment hospital kerajaan ni kan lama so memandangkan aku pun dah nak masuk melaka balik for my last semester, aku tak kisah pun kena tunggu tu. More to, tak terasa pun laa masa yang aku kena tunggu tu since I'm studying at that time tu kan.

Time flies tiba-tiba one day ni, dalam bulan May 2023, aku dapat missed call daripada someone ni. Rupanya bila call balik, tu nurse yang incharge untuk atur appointment gigi bongsu aku. Masa tu aku baru balik from Penang, cuti midsem tak silap time tu. Nurse tu kata nak atur appointment untuk cabut gigi laa kan pastu aku kata laa aku tak berapa free sebab dok belajar sekarang. Aku mintak dia tangguh sikit dalam bulan 8 macam tu sebab masa tu aku cuti sem. Then, dia pun kata haa takpe laa kalau macam tu, nanti awak free sikit, dah settle belajar semua tu awak call saya balik ya. Aku macam aa okay je laa en. 

Dah nak minggu hujung-hujung sem tu, dalam bulan 7 macam tu, aku call nurse ni, nak bagitau laa kan aku dah nak start cuti, bila boleh atur appointment nya kan pastu dia kata oh sekarang tak boleh nak proceed sebab klinik tengah buat renovation pastu aku macam oh laa yeke pastu aku kata takpe nanti kalau kata dah boleh buat, akak call saya balik sebab saya free je cuti nanti sampai bulan 9 pastu dia kata okay, nanti apa-apa saya call balik. Aku gebang je sebenarnya cuti sampai bulan 9 tu HAHAHAHA sebabnya aku takut dia drag lama-lama pastu nanti aku dah nak masuk degree, tak memasei nak kena extend ke apa en, takmau laa gitu. 

Dalam awal bulan 8, nurse ni call and kasi date untuk cabut gigi. Aku okay je laa sebab inilah saat yang saya tunggu HAHAHAHA. Aku kerja time ni so sebenarnya aku tak sempat nervous. Bila esoknya aku on the way pergi klinik tu, baru aku rasa macam 'haih takut pulak' aaagitu πŸ˜‚ sebabnya dulu sepupu aku sorang ni, Izzah dia cabut gigi bongsu jugak. Boleh tahan bengkak jugak laa muka dia sampaai dia mai kenduri sepupu aku time tu, siap berpurdah haa. Memang bengkak jugak laa mukanya even dah 3 to 4 days masa tu so aku risau aku gitu. A day before nak pergi cabut gigi, nurse tu call kata kena bayar Rm50 untuk cabut gigi and sila datang at 8am. Aku yang memang dah amik cuti time tu so macam okay je laa en.

Dah sampai klinik tu, tunggu kejap je (maybe sebab memang dah ada appointment kan so smooth je flow tu). Dah masuk tu, aku nervous sikit laa actually hsgshsgshsg pastu dah baring kat kerusi tu, doktor bagitau laa aku kalau sakit, angkat tangan kiri sebab dia nak tambah bius and whatsoever. Dia macam bagi a brief sikit laa and dia tenangkan aku gak. Dia doktor cina perempuan. Aku lega sebab dapat perempuan sebenarnya HAHAHAHAHA sebab malu laa en kalau laki. Okay so doktor tu start kasi bius, dia inject dekat gusi. Kebas wehh ya Allah. Rasa macam buat botox 😭 pastu dia pun memulakan laa proses nak cabut gigi tu. Overall, aku memang pejam mata je all the time sebab aku takut nanti aku takut bila tengok semua alatan-alatan beliau tu. First-first aku rasa (basically, aku akan cerita apa yang aku rasa je sebab aku tak nampak, aku pejam mata πŸ˜†) dia start potong gigi aku. Dia macam belah dua laa gitu untuk mudahkan dia cabut. Kalau korang nak lagi clear kan, korang search je kat TikTok or cari je kat YouTube. Memang clear dorang tunjuk the process. Dia dah belah tu aku tak rasa apa-apa pun sebabnya dah bius kan, aku dengar je laa dia guna this one machine nak potong gigi tu pastu dah hampir sejam aku rasa, then dia dah keluarkan gigi aku sikit-sikit. Keadaan gigi tu tak keluar seketul pun sebab dia kata gigi aku susah nak cabut so dia macam cut kecik-kecik laa camtu en, buat and keluarkan sikit-sikit. Tak lama sikit after that, aku dah macam start rasa tau dia nak cabut tu so aku angkat ler tangan kiri, macam isyarat laa for her to tambah bius tu pastu dia pun tambah laa bius. Masa second time bius ni en, srs bibir ko rasa macam ya Allah, beso nya bibir HAHAHAHA. Few minutes after that, dia sambung cabut. Dah hujung-hujung tu ko tau, dia cabut guna macam playar tau. Aku taktau laa alatnya nama apa kan tapi rasa macam dia kepit gigi kau ngan benda tu and dia struggle laa nak keluarkan giginya. Aku dah risau dah wehh kot dia panggil doktor laki mintak cabutkan ke apa en, segan laa kita nokk πŸ˜‚ tapi alhamdulillah, dia berjaya gak akhirnya. Dah settle cabut tu, dia jahit and aku dah boleh balik. Habis tu je ko tau tak ya Allah, yang part cabut gigi tu tak berasa sangat pun, aku cuma lenguh gila kat rahang aku. Rupanya doktor kata it's normal sebab kau dok menganga almost 2 hours and ye weh, sedar tak sedar, memang cabut tu lama. Aku masuk bilik tu dalam 8.15am, aku keluar bilik tu 11am ye nyah HAHAHAHA LAMA GILA. Memang patut laa lenguh haaa.

Before balik tu, dia bagitau laa few things. Antaranya ialah air liur telan je, jangan ludah. Aku mula-mula macam pelik asal kena telan je air liur tu? Geli tau tak HAHAHAHA kan baru cabut gigi en so bila air liur tu rasa macam berlendir tau. Nanti kalau korang baru lepas cabut gigi (gigi bongsu or gigi apa sekalipun) korang mesti faham apa yang aku cakap ni. Rupanya bila aku Google, tak boleh ludah tu sebab nak biar darah beku kat dalam lubang yang kosong tu. Korang baca laa sini ek. Aku nak terangkan pun taktau cemana tapi bila korang baca, aku yakin korang akan faham. Other than that, kena makan benda lembut-lembut macam bubur gitu pastu kena kunyah side belah kiri je (aku cabut gigi tu side belah kanan). Honestly, first day tu je aku makan bubur HAHAHAHA esoknya aku makan char kuey teow. Benda lembut laa tapi bukan bubur gitchuw. Makan satu side tu sebab takut bila makanan masuk dalam lubang tu, nanti susah nak keluarkan pastu nanti jadi infection. Oh lagi satu, dr pesan suruh makan benda-benda sejuk je macam aiskrim sebab nak kecutkan gusi yang kau dah cabut gigi tu kan (so inilah kesempatan anda semua untuk tibai 2 to 3 ice creams in a day πŸ€ͺ)

Balik tu, mak aku buatkan bubur (thanks Umi 😘) sementara tu aku tidur je. Balik tu, memang lenguh rahang tu dalam 2 days pun masih terasa jugak lagi. Nak tidur tu paling awkward sebab selalu aku tidur pandang side belah kanan pastu dah kena tidur side belah kiri pulak, dia jadi payah sikit nak tidur. Lepas bius tu dah habis, tak laa sakit sangat tapi berasa jugak laa. Kalau pegang pipi kat tempat cabut tu memang sakit laa. Memang aku amik wudhu tak kumur pun and tak gosok gigi sampai laa esoknya. Doktor boleh kumur after 24 hours. 3 to 4 days after tu kan aku start rasa macam agak agak denyut tau tapi tak teruk cuma bila sekali-sekala datang tu, dia rasa macam allahu awat pulak ni. Aku macam dok risau sebabnya aku takut dry socket je. Takut gak infection ke apa ke kan tapi alhamdulillah semua okay je. Hari kelima aku dah tibai makan nasi kandaq weh sebab teringin 🀧 memang sebelum-sebelum tu pun aku teringin sebenarnya nak makan nasi jamal (kedai yang aku selalu makan nasi kandaq tempat fav do 🀀) tu cumanya tak sempat sebab aku kerja satu, pastu second selalu dapat syif petang so memang balik malam. Hari kelima tu aku tibai je weh ya Allah risau tapi dalam masa yang sama aku lapar and teringin so aku makan je.

Aku dapat 3 jenis ubat ni. Ubat antibiotik tu memang kena habiskan, ubat lagi satu tu ubat tahan sakit tu makan bila sakit je laa (after few days kalau kau dah tak sakit, takyah makan dah) and yang dalam botol tu macam ubat anti bacteria laa gitu. Itu kalau ikut kena kumur 2 kali sehari tapi weh ya Allah rasa dia tak sedap betul. Rasa macam kumur bahan pencuci. Again, aku google laa kan ubatnya. Nanti korang baca kat sini. Aku kumur guna ubat tu seingat aku 3 times je weh pastu dah tak dah sebab rasa dia tu yekk tak sedap.



Oh okay, harga Rm50 ya guys, bayar pakai kad. Aku pun tak sure kenapa kk dah tak amik cash sekarang. Boleh mintak surat cuti kat doktor kalau korang kerja. Aku haritu dapat 2 days. Alhamdulillah membantu jugak laa. 

2 weeks after that doktor akan panggil untuk tengok balik lubang kau tu okay ke tak, dah nak tertutup ke apa en and nak cabut benang. Alhamdulillah, lubang aku okay. Doktor kata dah separuh tertutup belah dalam tu. Dia kata 'wah, very good ah. Very clean. Pandai you jaga gigi'. Honestly, aku cuak jugak laa sikit nak jumpa dia kan sebab seriously aku ingat aku dah kena dry socket tu tapi alhamdulillah, okay. Alhamdulillah, Allah tak kasi aku sakit sangat untuk cabut gigi ni. Denyut-denyut ada laa pastu lubang pun nak tertutup elok dah. Memang syukur sangat kat Allah. Allah yang jagakan, thank you ya Allah ❤ memang jujur cakap, aku takde masa sangat nak jaga gigi ni weh. Dah start gosok gigi after cabut tu, aku just make sure aku gosok gigi betul-betul and masa mula-mula tu aku takde laa kacau sangat kat area lubang tu. Dah lama-lama tu baru laa aku makin berani gosok kat area tu. 

Aku takde laa nak pesan apa-apa kan kat hujung-hujung entry ni. Cuma, kalau kena cabut gigi bongsu tu, please cabut je. Jangan bahayakan nyawa gigi korang yang lain kerana gigimu begitu berharga cewahh gitchuw HAHAHAHA. Another tips kan yang aku rasa macam agak membantu dari segi pencantuman gusi tu is minum air masak banyak banyak. Bila badan kau cukup air, proses dia nak sembuh tu lagi mudah tau sebenarnya. Aku pun tak sangka doktor kata lubang gigi aku tu consider as cepat laa jugak baik dia sendiri and patient-patient dia yang lain. Dia kata masa dia dulu, lambat jugak nak sembuh lubang tu. So, minum air banyak-banyak okay guys! Kalau kena cabut tu, tenangkan diri okay. Semua orang pengalaman cabut gigi ni tak sama. Macam aku, Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Nak kata sakit sangat tu tak tapi at the same time takde laa nak kata tak sakit langsung, sakit jugak kadang tu. Korang kena berani okay! Gigi bongsu senget ni (doktor panggil impacted wisdom teeth) memang sejujurnya kau tak boleh buat pape dah sebab kalau gigi kau lubang sebab makan banyak coklat or gula gula, haa tu salah kau laa sebab benda tu tak elok, yang kau consume banyak-banyak tu asal? Even merokok sekalipun, itu still salah kau sebab merokok memang tak bagus untuk gigi. Kau cari penyakit tu sendiri. Tapi, gigi bongsu senget ni, kau expect ke dia nak jadi senget? Tidak sama sekali. So, jangan rasa diri korang pelik tapi berbangga lah and please, kalau boleh tahan tu, cabut laa ngan klinik kerajaan sebab sangat-sangat menjimatkan kos. Kalau korang ada duit lebih takpe laa, okay je nak cabut ngan swasta. Ikut korang laa okay. Kebetulan kk yang aku pergi ni, nurse and doktor gi dia semua baik baik alhamdulillah so sebab tu laa aku tak kisah even kena tunggu lama sekalipun. Pendek kata, tak kisah laa korang cabut kat mana pun gigi korang, jaga elok elok lubang tu okay! and please, jaga diri and makan ice cream banyak banyak hihi. Nanti kita jumpa kat entry lain okay? Jaga diri korang <3

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n