Skip to main content

Life Update?

 Hellooo semua orang. Ya Allah, rindunyaaaa nak menaip kat blog ni 😭 Right now, I'm eating kuih tart nenas while menaip disini. Aku nak bagitau (nak update sikit) pasal life aku sebab aku rasa aku ada banyak je benda nak menaip kat sini + menyiapkan hasil-hasil entry dan juga draft yang tertangguh kat sini huhu srs busy. Okay nak letak gambar dulu cam biasa.

People: Ko buat apa busy naw?

Okay, meh nak habaq.

Sekarang aku in middle of semester 5 for my diploma. Iya nok, nak habis dah Diploma aku hsgshshshsgshsg. Alhamdulillah weh ya Allah, lega sebab nak habis dah and at the same time aku sedikit cuak sebab tadi dalam pukul 5 lebih petang, aku dapat mesej kata aku dapat temuduga untuk penerapan degree, sekali lagi Alhamdulillah, Allah baik sangat dengan aku.

Lepas je aku tau aku dapat interview ni, aku terus create group family dengan family aku yang lagi 3 orang tu (bai, umi, abi) sebab EXCITED laa nyah hsgshsgshsgs walaupun taktau lagi apa keputusannya kan. So far, sampai detik ini, 5.45 petang, yang tau cuma dorang je laa. Aku tak inform kat siapa-siapa lagi termasuk best friend aku. Itu sebab tak sempat hsgshsgshsgshsg satgi laa aku habaq kat dia. Okay berbalik kepada tujuan asal kenapa aku nak update kat sini harini.

a. Dah lama tak update new entry sebab busy siapkan Final Year Project (FYP) untuk Diploma. Ni last semester aku weh ya Allah, surely mesti laa aku nak result aku dekan lagi semester ni sebab currently CGPA aku 3.52 ini kalau semester ni tak direzekikan untuk dekan (semoga semester 5 Raudhah dean list, aamiin!), nanti tak dapat Diploma First Class. Kenapa aku nak sangat Diploma First Class tu? sebabnya, kalau tak dapat ANC (kalau dekan setiap semester, dapat Anugerah Naib Canselor + dapat pakai selempang pink UiTM. Ko search je 'selempang pink UiTM' jumpa ler nanti gambarnya) pun takpe laa weh, dah bukan rezeki, nak buat macam mana, kan? Aku slack dekat semester 1 je sebab masa tu macam tengah sesuaikan diri lagi dengan keadaan sekeliling. Keadaan apa yang aku maksudkan? Keadaan 'awkward' nya nak bercakap bahasa Inggeris. Ko imagine laa, speaking kau moderate je. Last speaking pun masa SPM lepastu masuk Pra Diploma, semua online. Ada subject English tapi kitorang tak interact sangat dengan lecturer nya sebab kan kelas online nyah. Ko kalau pernah rasa kelas online, haaa ko faham laa. Dengan tertidurnya waktu kelas pastu tau-tau je tinggal kau sorang dalam google meet tu HAHAHAHAHA pastu kadang tu lect tanya faham ke tak, ko kata ko faham walhal sepatah haram pun kau tak focus masa masa dia mengajar pastu masa nak test, baru kelam kabut semua nak buat revision balik apa benda yang dia ajar. Thus, the struggle is real. Okay, sambung. 

Awkward tu sebab most of my classmates ni, they speak English with their family members tau. Kita ni jenis kat rumah bercakap melayu nok, utagha mari pulak tu tapi utagha not the main point laa sebab aku pun bukan pandai sangat cakap utara pun, kat rumah mostly aku cakap kl je. Okay so bila they oftenly speak English with their family members, so bagi dorang tak ada masalah sangat nak bercommunicate dalam kelas, faham tak? and, for sure, dorang laa yang nampak macam terpaling menonjol dalam kelas sebab apa? sebab they can speak fluently. Dorang tak takut untuk bercakap sebab they know they can handle that part easily nak dibanding kita ni nyah, terkelu terkaku and apa-apa je lah perkataan yang kau nak sebut kan, memang awkward nak cakap bi and aku tak deny benda tu. Makanya, aku ambil kos bm ni sebab aku rasa aku boleh shine more in this course tau. Why aku cakap macam tu? Senang ke kos ni? Nope, semua course ada struggle dia walaupun people might say 'alah course bm, apa lah sangat belajar bm tu?' haaaa gini, kalau ko rasa kau gempak sangat 'bm' kau tu kan, cuba ko belajar kos ni, senang. Kan kau terpaling gempak, kan? eh emo pulak petang-petang ni HAHAHAHAHAHA. Idok ler teman ni bukannya emo ataupun nak maghoh tapi nak habaq mai kata, hg amik laa kos apa pun, semua ada struggle masing-masing. Jangan rasa kos seseorang tu 'mudah' tanpa kau sendiri masuk and study course tu, faham?

Lagi satu kan weh, aku rasa macam nak ber eksperimen dengan diri sendiri jugak laa sebenarnya hsgshshshsgshg sebab dulu masa Form 4 & 5, masa aku kena belajar bahasa arab, punya laa liat masyaAllah, tapi lepas aku dah masuk Diploma, aku jadi macam interested pulak dengan Bhasa Arab ni HAHAHAHAHA bukan laa interested apa kan, cuma macam kalau baca ayat-ayat dalam bahasa arab tu, aku ni dok meneka-neka laa translation nya gituw. Harapan aku, semoga bila amik course bm nanti, aku makin pandai + confident nak speaking. Semalam baru lalu dekat fyp aku, dia tu Korean. Dia kata dia ada dua cara dia belajar bi. Dia start dengan tenses (tenses tu past tense, present tense semua tu, yang ada 12 tu) pastu dia banyakkan dengar podcast bahasa Inggeris. Ngam pulak ko tau FYP aku untuk Diploma ni, aku buat macam notes pasal tenses. Macam aku create nota-nota yang cute-cute and attractive dekat Canva lepastu aku post kat Instagram. Ni contoh yang dah siap.





Haaaaa, ni laa contohnya. Memang main reason aku pilih nak buat notes pasal Tenses ni sebab aku nak belajar balik pasal Tenses ni sebagai persediaan sebelum masuk Degree. Dah lamaaaaa sebenarnya aku nak belajar balik pasal Tenses ni semua tapi aku tau aku jenis someone yang kena nampak depan mata, visual learner. Contoh kalau aku belajar benda tu, aku kena tulis, kena buat notes sendiri, baru aku faham apa yang aku belajar tu so aku mengambil kesempatan laa buat Tenses notes ni untuk belajar balik basic bahasa Inggeris. Tu laa yang busy nya sebab ko nak belajar balik kasi betul-betul faham and masa kau nak buat notes tu laa nak tau yang betul-betul faham ke tak. Nak tengok video kat YouTube, nak fahamkan tu amik masa weh. Alhamdulillah laa di musim cuaca panas ni, kelas aku ada hari Khamis sahaja, kelas academic writing. Kalau hari Rabu tu tengok laa, kadang ada kelas, kadang tak ada. Tu kelas yang melibatkan SULAM. Annoying pulak tulis semua huruf besar, macam tengah marah HAHAHAHAHA. Sulam tu macam kena buat program melibatkan komuniti luar laa. Macam kitorang, kitorang buat program English Camp dengan SK Alor Gajah. Kitorang kena buat program yang related to our course laa macam aku kan kos bi so buat ler English Camp, gitchuw tapi sebab aku bukan Top 5 so aku takde laa busy sangat macam ketua program. Macam-macam weh dia kena handle. Buat proposal lah, apa lah. Aku ni Bureau of Media and Publicity. Basically, kena buat poster pasal camp tu and maybe design banner untuk program tu. Maybe laa, aku pun taktau tapi dah kata media and publicity ni, ko faham-faham sendiri laa ek. Aku memang taknak amik jawatan yang atas-atas ni sebab macam aku cakap tadi, aku tak confident sangat cakap bi and this is why aku nak amik course bm HAHAHAHAHA. Aku nak laa sijil degree and pengalaman degree aku ni buat aku lebih matang dalam kehidupan di universiti nyah. Aku nak join kelab bm, aku nak jadi ajk yang tinggi-tinggi. Aku nak jadi lebih confident berjumpa and bercakap dengan orang ramai. Aku nak jadi mc kalau kelab bm ada buat program. Macam-macam aku nak achieve masa amik degree nanti, korang yang baca blog aku ni and ternampak entry ni di saat ini, doakan aku supaya berjaya yang sangat berjaya masa degree nanti okay, aamiin. Aku nak berjaya achieve dari segi pelajaran and dari segi kokurikulum and selalunya pegang-pegang jawatan ni tak lama, dalam 2 semester macam tu je and aku nak pegang masa aku semester awal-awal so kalau dah hujung-hujung nanti takde laa serabut kan. Mana dengan nak siapkan assignment lagi laa apa laa semua kan. Aku memang target aku nak jadi busy masa degree. Nak kenal lagi ramai orang, nak build connection dengan lebih ramai orang. Nak dapat dekan setiap semester sebab first, aku nak pakai selempang pink. Second, sebab degree nanti aku amik ptptn so kalau dapat degree first class takyah bayar or bayar half je tak silap aku. Entah, tak ingat. Aku tak buat survey lagi pasal tu. Wah sungguh bersemangat ya Raudhah hsgshsgshsgshsgs. 

Anyways, doakan aku dapat dekan semester 5 ni, aku nak dapat diploma first class walaupun tak pakai selempang pink tapi sekurang-kurangnya dekat sijil grad aku nanti tulis 'first class Diploma' YA ALLAH BANGGANYA DENGAN DIRI SENDIRI HAHAHAHAHA. Aku macam telur dihujung tanduk tau sekarang ni sebabnya kalau aku tak dapat dekan sem ni (nauzubillah) mesti laa cgpa aku turun kan tapi kalau dapat dekan lagi semester ni, In syaa Allah cgpa aku naik. Dapat 3.5 ngam-ngam pun jadi lah weh asalkan first class Diploma tapi masalahnya takut kalau ngam-ngam stagi tak dapat ka apa ka kan so biaq laa at least jadi 3.54 ka 3.56 ka haa camtu, idok ler cuak naw kan.

Oh lagi satu update terkini diri ini. Diri ini akan mencabut gigi bongsu ya nanti. Ya Allah cuak sebenarnya sebab bila tengok kat TikTok kan, muka dorang memang bengkak tak rilek do tapi bila makin ko tahan taknak cabut, dia boleh effect gigi sebelah yang elok tu so sebab tu kena cabut. Aku redho je laa weh, pasrah dah ni huhu. Daripada nak kena cabut dua-dua gigi, baik cabut satu awal-awal kan. Lagipun lately ni memang dia kerap berdarah so aku macam agak risau. 

Nanti dah habis semester 5 ni aku nak settle kan semuaaaaaaa entry yang dah berhabuk tak berupdate tu and also nak buat entry baru macam semester 5, done! and also pasal pengalaman cabut gigi bongsu and also pengalaman gi interview kos bm ni and semua lah yang aku rasa aku perlu update disini. Oh yaaa, pasal zakat uitm sekali. Okay guys, jumpa lagi nanti okay. Doa-doakan aku. Nak doa apa? Ni list dia

a. dipermudahkan urusan belajar balik segala tenses ni + diberi kerajinan dan otak yang sentiasa kreatif nak buat the notes.

b. dipermudahkan urusan masa interview kos bm tu nanti. diberi ketenangan menjawab interview and semoga panel-panel and juri-juri yang tengok muka aku tu rasa macam 'budak ni lah kita cari untuk kos ini' haaa camtu, aamiin aamiin.

c. dipermudahkan and diangkat rasa sakit untuk cabut gigi bongsu ni semoga tak ada apa-apa komplikasi. semoga bengkak di muka cepat surut, aamiin. oh ya, semoga bius tu betul-betul berfungsi dengan baik so that bila doctor extract the wisdom teeth, aku tak rasa apa-apa walaupun aku tau orang kata lepas bius tu dah habis, memang sakit kaw-kaw punya tapi takpe lah, yang penting masa cabut tak rasa huhu.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n