Skip to main content

Semester 4 Diploma ✅

 Helloo hellooo helloooo everyone, assalamualaikum. Duduknya saya disini dengan gembira kerana saya dah dapat result semester 4 dan saya sangat berbangga dengan diri saya hehehe. 

Jujur laa kan (walaupun aku ni bukan laa siapa-siapa, siapa je nak baca blog aku), aku ada banyak sangat entry bertangguh yang aku nak tulis (type) tapi srs tak sempat. Sekarang tengah cuti sem lepas settle sem 4. Apa je aku buat sampai tak sempat nak update kat sini? Mostly aku tengok kdrama dengan malay drama hehe. Honestly, bila sem baru dah start, aku akan avoid tengok ongoing drama ataupun pendek kata, drama lah. Bila teringin sangat / bosan je aku akan layan movie. Dulu masa mula-mula masuk study Diploma, mana ada weh aku layan apa-apa movie (mostly aku tengok dekat Netflix la, kalau tak dekat Netflix, dekat Telegram). Memang aku dah cakap ngan diri aku no movies or drama during the whole semester sebab aku takut aku leka / lalai / malas nak buat assignment atau apa-apa je lah yang berkaitan dengan kemalasan-kemalasan nak buat sesuatu. Tapi, dah makin lama ni, aku layan jugak laa movie during the semester sebabnya masa sem 1, 2 dengan 3 ½, kan aku odl dekat rumah. Masa tu 2021 sampai nak dekat pertengahan 2022 laa jugak. Lagi separuh sem 3 dengan semester 4 kan aku dah masuk uitm, duduk kolej. Memang pisyang weh kekadang srs. Kita ni student (aku lah, orang lain aku taktau) bukan 24 jam ada mood nak buat assignment. Kadang nak buat tapi otak tak kasi kerjasama. Masa tu laa otak nak kering and ketandusan idea untuk berfikir so tangguh laa buat assignment nya, layan movie jap. Dengan semester 4 aku duduk bilik sorang nya, lagi pishang mat (tapi dah lama-lama aku suka + siap doa lagi nak sem 5 bilik sorang jugak hehe!). So bila fikir-fikir balik so far aku masih berdisplin laa tak tengok apa-apa drama masa sem sedang berlangsung. Cuma, movie tu tak boleh laa. Kena tengok jugak, nak kasi otak jalan. Kadang tu aku bagitau diri aku 'ni reward sebab kau dah siapkan assignment' haaa macam tu.  Tapi jangan laa pulak kau reward memanjang je ngan kat diri kau nyah sampai kerja tak siap pun kau dok meng-reward diri je haih. Pandai-pandai fikir laa ek, semua dah besar.

Okay, so apa yang belajar sem 4 ni? Aku belajar untuk sayang diri sendiri laa for sure. Tu pengajaran terpaling no 1 untuk semester 4 ni. Bukan laa nak kata sebelum-sebelum ni aku tak sayang diri aku, no mana ada nyah. Sebelum-sebelum ni sayang, cuma untuk sem 4 ni, jadi lagi sayang. Second, aku belajar untuk mengharap bantuan or berharap dekat sesiapa. Kenapa? What happened? Okay begini ceritanya.  Aku cerita pendek je laa eh sebabnya kalau panjang nanti melalut pastu tangguh nak siapkan entry pastu bila nak tulis entry baru, jadi serba salah sebab tak siapkan entry-entry lama πŸ’€

Okay cerita dia macam ni. Kan semester ni aku duduk bilik sorang, aku takde roommate. Dia tak masuk. I mean, idk what happened to her tapi yang pastinya the first day tu sumpah aku cuak. Ye laa weh, dah laa semester 4 ni aku masuk kolej tun fatimah ya. Antara kolej 'paling hot' dekat UiTM Lendu sebab dekat dengan Tasik Tun Fatimah, yang dimana ia jugak sangat 'famous' dekat sana. Kalau korang google in general pasal kisah seram di uitm, percaya lah cakap aku, tasik tun fatimah dengan kolej tun fatimah ni mesti tergolong dalam kisah seram tu. Mula-mula bila aku dapat kolej tun Fatimah tu, aku dah memang sedia takut, srs cakap sebabnya tepi tasik kan. Tasik tu pulak memang dah dok sedia tau, belambak cerita 'pelik-pelik' jadi kat situ. Memang aku takut weh. Kolej tun fatimah ni pulak antara kolej lama kat uitm alor gajah ni. Tak silap aku kolej tun sabariah tu je yang baru, lain semua memang dah dari zaman purba. Masa sampai-sampai tu, aku ingat lagi wehh, aku salah bangunan ko tau tak πŸ˜ͺ😭 ni semua salah pakcik yang post dekat google maps.

Haa ni laa yang kabonya 'kolej tun fatimah' dekat GoogleπŸ’€

Eh jap, lupa nak selit gambar masa nak gi pendaftaran tu. Ini pun sakit hati jugak. Rupanya mula-mula tak dapat kolej tu sebab aku ada denda. Rupanya masa duduk Tun Sabariah dulu, kipas bilik aku kotor rupanya. Makanya, kena denda laa RM30. Berkira naw uitm ni ish. Tau nak kaut duit student je πŸ’€ Ada satu malam tu, ada perjumpaan dengan warden kolej Tun Fatimah. Dekat situ baru ler aku tahu yang ramai sebenarnya dari Tun Sabariah kena tendang duduk Tun Fatimah sebab kipas kotor. Tapi ye laa, aku ngaku, memang masa kemas-kemas bilik tu, aku buat bawah je macam sapu lantai, kemas meja, lap habuk apa semua. Benda atas-atas macam lap kipas ni srs aku tak teringat. 

ni gambar masa aku otw jalan gi dewan nak amik kunci bilik

ni kertas denda aku lulz

Dah naik sampai atas weh masa tu and dah jumpa dah pun biliknya, last-last masuk kunci tak lepas πŸ’€ rupanya aku salah baca. Kunci aku tulis 'TFH2316' bilik tu 'TTJ2316'. Rupanya itu kolej tun teja, allahu buat malu je. Dah laa aku tanya akak yang jaga kolej tu kat floor bawah sekali haih. Then, aku turun terus pastu gi blok tun fatimah tu. Blok dia sebelah sebelah je tapi itu lah nyah, separuh nyawa gak laa naik sampai tingkat 3. Kau imagine laa, dekat teja aku dah naik 3 tingkat, dekat tun fatimah pun 3 tingkat, tak ke jadi 6 tingkat 😢 Masa sampai floor 3 tu, aku keep telling myself 'takpe Raudhah, satu sem je kat sini, takde apa pun kau nak risau' pastu aku naik ler bilik. Dah laa aku tingkat 3 ya Allah, semput ya jiwa. Kalau tak kuat tu, memang naik sendiri, turun bomba yang bawak turun 😭 Penat weh, separuh nyawa jugak laa mula-mula tu, lama-lama dah biasa laa TAPI KO FAHAM TAK SEMENTARA NAK BIASAKAN DIRI TU? haaa camtu. Okay, dah sampai tingkat 3 tu, aku pun dok cari-cari laa bilik aku kan kat floor tu. Makin dok cari, makin kehujung aku. Maka, aku sampai laa dekat hujung floor 3 tu, betul-betul sebelah tasik. Ya. Bilik aku hujung sekali + sebelah tasik. Nyah, ya Allah masa tu Allah je tahu perasaan aku. Dah laa floor tu sunyi masa tu, maybe sebab ramai tak daftar lagi rasanya masa tu. 

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n