Skip to main content

crush pada zaman dahulu kala

 Helloooo semua orang! Patutnya aku kena post entry semester 4 dulu tapi takpe, nak jugak post yang ini wkwkwkwkwkw. Jap, nak gi mandi!

Leganyaaaaa dah mandi!

Aku baru habis vacuum rumah sebenarnya. Sekarang pukul 11:54 malam, March 1, 2023. Settle vacuum tadi, aku duduk kejap sejukkan badan then mandi tapi aku sempat publish entry ni tadi dalam 11:37 malam sebelum aku mandi tadi sebabnya nak dapat tarikh harini. Kenapa nak dapat tarikh harini? Haaaa inilah sebab terwujudnya entry ini wkwkwkwkwkw.

Harini birthday crush aku masa 2018 hsgshsgshsgshsghsgsh. Kenapa beriya naw nak cerita pasal crush 2018? Haaaaa, baca sampai habis. Macam biasa, masuk gambar dulu.

Haaa pelik ke tuw aku letak gambar apa 😜 Takpe nyah, izinkan aku explain.

2018 aku baru berpindah masuk dekat satu sekolah ni. Dulu sekolah tu nama lain, sekarang nama lain. Tak lain sangat sebenarnya, just ada tambah nama baru dekat depan nama sekolah tu. Aku macam taknak reveal sebabnya takut laa kan kalau ada budak-budak yang nak masuk sekolah tu search nama sekolah tu satgi terjumpa, haaa sudah sebabnya dulu yang lagi dulu, sekolah tu nama lain. Aku kasi contoh laa eh. Dulu masa mula-mula bukak, sekolah tu nama Sekolah Taman Melur. Dah lama sikit pengetua tukar nama jadi Sekolah Tinggi Taman Melur. Then, nowadays, pengetua tukar nama jadi Sekolah Menengah Tinggi Taman Melur. Haaa, macam tu laa cerita dia tapi bila kau search nama-nama lama sekolah tu kan, kau jumpa je lagi Facebook sekolah tu yang zaman dulu dulu punya, website dia yang lama apa semua sebab tu aku taknak mention nama sekolah. Okay, sudah. Panjang naw cakap pasal taknak mention nama sekolah lol.

Okay, ceritanya macam ni.

Tahun 2018, aku baru pindah masuk satu sekolah swasta ni sebab aku dari tahfiz, tingkatan 3 masa tu. Jadi, parents aku plan masukkan sekolah untuk amik spm. Aku start sekolah tu umur tingkatan 4. Dua tahun je lah sebab lepas settle amik spm tu, kira dah settle laa spm kau kat sana kan. Oh ya, tiba tiba dapat idea pulak nak cerita pasal sekolah aku masa dulu dulu sebab aku banyak pindah sekolah wkwkwkwkwkw. Nanti lah. Okay pastu, kiranya aku ni murid baru laa masa tu cuma aku terlebih baru sebab semua orang masuk sekolah bulan January, aku masuk bulan February sebabnya aku berhenti sekolah yang masuk masa tingkatan 3 tu bulan January. Maka, boleh kita simpulkan disini bahawa semua orang dah berkenalan laa kan, dah sebulan lebih jadi classmates meanwhile aku ni baru nak kenal kawan-kawan baru laa macam tu. Kebetulan, junior aku masa aku sekolah dekat sekolah form 3 tu, masuk sekolah tu and sekelas dengan aku so dia laa yang kenalkan aku dengan kawan-kawan yang lain. Oh, disclaimer ya. Bila kau masuk sekolah tu, kau lanjut laa umur macam mana pun, kau 21 ke, 19 ke, kau still dikira Form 4 sebab kau study pelajaran form 4. Dekat sana ada dua tingkatan je which are Form 4 dan Form 5. Memang sekolah ni fokus budak tahfiz untuk settle spm je. Okay pastu, ada jugak kawan aku sorang ni dari sekolah form 3 tu, masuk situ. Taktau pulak sama sekolah ngan puak puak deme tu sebabnya ingatkan aku memang betul betul baru kat situ, macam tak kenal sesiapa langsung kan tapi alhamdulillah, dengan adanya dorang berdua tu, cepat laa sikit aku buat member dengan kawan-kawan yang lain.

Fast forward, minggu first aku nak balik bermalam untuk minggu tu, aku naik bas dengan mak aku. Memang ada bas rapid yang pick up student dari bus stop sekolah aku, drop dekat ktm tak silap haa pastu pandai pandai ko ler gerak sendiri naik ktm tu nak gi mana yang kau nak pergi kan. Tujuan sebenar naik bas tu sebabnya umi nak tengok route bus tu, kiranya for the first time, umi teman aku, lepas lepastu kalau nak balik sendiri, kira dah tau laa nak kena naik bas nombor berapa, turun kat mana, nak naik ktm mana et cetera. Okay so aku duduk ngan umi laa dalam bas tu macam biasa, ada jugak budak budak lelaki sekolah tu naik bas yang sama dengan aku. Macam mana aku tau tu budak sekolah aku? Aku agak je sebab dorang pakai jubah ngan kopiah putih hsgshsgshsgshgs. Macam boleh agak laa budak-budak asrama nak balik rumah dengan segala beg nya apa semua kan. Nak dijadikan cerita setelah 5 minit aku dengan umi duduk, seat depan aku kosong sebab penumpang tu dah turun so sorang budak laki yang disyaki budak sekolah aku ni duduk depan aku. Dia dok main fon tu, aku tertengok dia tengah tengok Instagram sorang laki ni. Dia dok tengok gambar semua laki tu post. Pastu ada satu gambar ni, background tu macam familiar ah pastu aku terfikir 'eh, budak ni budak sekolah aku jugak ke?' pastu aku hafal username tu, sampai rumah aku cari nama tu kat Instagram. Punya laa busy body ya dulu HAHAHAHAHAHA it just aku curious, tu je. Kebetulan gila weh budak depan aku tu bukak ig budak sekolah tu jugak. Okay pastu aku follow la dia, pastu dia followback aku. Aku ni jenis suka follow sesiapa je aku nak dekat Instagram, tak kira la aku kenal ke tak. Contohnya dulu aku selalu follow kawan-kawan abang aku (lelaki dengan perempuan), aku follow ig kawan-kawan cousin aku (lelaki and perempuan) sebab aku nak tahu. Ko faham tak curious? Pastu dah lama-lama tu en bila aku rasa macam nak unfollow, haa aku unfollow laa. Pernah je aku macam 'aik, siapa ni tak kenal pun' so aku unfollow. Kita boleh simpulkan yang aku follow orang-orang selain kawan-kawan aku ni sebab nak tahu je, tengok ler nak tau apa, muka ke apa ke, untuk stalk semata. Okay, habis cerita dekat sini.

Sekolah aku ni, every week, hari Rabu ada buat aktiviti persatuan tau. Kira macam markah koko untuk kitorang la. Kitorang kelas dari 8 pagi sampai 1 tengah hari lepastu solat zohor, lunch pastu kena gi surau budak lelaki balik untuk macam aktiviti petang tu laa. Surau budak lelaki sebabnya memang kalau apa-apa yang macam perjumpaan melibatkan lelaki dan perempuan, memang jumpa dekat surau budak lelaki sebab luas. Okay, so aku rasa macam lepas 2 minggu aku masuk situ, entah ler tak ingat, yang aku ingat masa tu petang Rabu sebab masa tu koko, masa tu laa first time aku jumpa crush aku ni HAHAHAHAHAHAHA. Petang tu, persatuan dia, persatuan bahasa arab buat aktiviti. Ada laa buat persembahan, buat aktiviti tanya-tanya macam tu. Masa tu en HAHAHAHAHA weh aku takleh do. Kelakar tau bila ingat balik. Okay, jap, aku nak cerita taste aku pada zaman tersebut. Zaman-zaman tu zaman-zaman yang tak terlampau open lagi tau benda-benda macam ni + aku pun kecik lagi. Benda apa? Lelaki melayu sangkut dengan perempuan mamak. Masa tu pun mostly family members aku kahwin set set mamak jugak. Tak kisah laa laki mamak or perempuan mamak. Memang kebanyakkannya kahwin mamak. Tak sure laa pulak memang dorang cari set set mamak ataupun parents jodohkan. Parents mamak en kalau jodohkan, mesti la nak set set dia jugak. Maka, dulu pun aku ada satu mindset yang memandangkan aku jarang nampak perkahwinan campur ni (mamak + melayu) so aku jump into conclusion yang mungkin mamak memang ditakdirkan untuk mamak so zaman tu memang taste aku kalau nak buat laki, mesti mamak HAHAHAHAHA PADAHAL BOLEH JE MELAYU EN tapi entah ah weh, sebab jarang nampak. Sekarang dah tak duduk asrama, pemikiran tu jadi terbukak laa sikit nyah. Kat Tiktok ramai ler kahwin campur ni. Ramai rupanya. Paling penting kebanyakkan melayu sekarang dah tak pandang pelik dekat mamak ni. Mostly atuk nenek / makcik pakcik mamak ni, dorang cakap tamil tau. Tak semua family macam tu, tengok jugak laa. Kau faham je laa bila orang yang kulit gelap + cakap tamil, mesti laa orang cop India en. Dulu masa sekolah aku selalu kena ejek keling nyah padahal aku pakai tudung. Time tu aku diam je ler masa kena ejek tu. Start darjah 4 kalau kena ejek mesti aku ejek balik HAHAHAHAHA sebelum-sebelum memang aku diam je nyah. Aku tak faham tau mentality budak budak melayu ni. Asal putih je helok, habis yang gelap-gelap ni? Ringan je mulut ni nak carut haih. Okay dah dah, sambung balik.

Pendek cerita, aku rasa macam mamak kena ngan mamak, melayu kena ngan melayu. Like, kau ingat senang ke melayu nak terima budaya mamak? Susah ya. Sebelum apa-apa masalah racism berlaku, maka carilah yang set set kita jugak. At the moment (2018), taste aku memang wajib tinggi + gigi cantik + kuku pendek. Kenapa tinggi? sebab aku ni boleh tahan tinggi jugak, aku 161 cm +/- (dia macam tak laa tinggi naw en tapi tak laa sependek wanita wanita lain. contoh terdekat aku ada, mak aku. mak aku 152 cm tak silap, tapi beliau memang sedikit rendah dari aku). Aku taktau laa en, tapi aku memang sedikit anti lelaki-lelaki pendek (kot kot laa kalau ada set set deme yang baca ni, maap ler huhu). Actually, bukan laa anti apa nyah. Teringin laa jugak nak dengan lelaki tinggi sebabnya entah ler, aku rasa safe. Dua lelaki terdekat aku, ayah aku ngan abang aku, dua dua tinggi. Takde laa tinggi naw. Aku kat lengan dorang. Okay pastu, bila dengan lelaki rendah ni rasa macam haih spoil nya, tak sedap ah perasan tu. Rasa macam sama level. Kadang-kadang tu rasa jugak laa macam tengah jaga budak kecik hm sorry 😭😭😭 Next, kenapa kena gigi kena helok? sebab lelaki yang gigi cantik, teratur, bersusun, sangatlah attractive ya, lemah saya 😞❤ handsome laa laki gigi teratur ni weh srs, suka tengok, manis je muka hm 😣❤ Lastly, kuku pendek; why? sebab bersih laa weh. Aku mendapati en lelaki tak suka potong kuku. Aku taknak laa pukul rata semua lelaki suka bela kuku panjang, tak. Tengok jugak sebenarnya. Part kuku ni, kau laki ke perempuan ke, bila kau suka bela kuku panjang, pergh geli nengok. Ngilu pun ada kadang-kadang sebab takut kuku nya patah. Kalau kuku kau panjang belah tangan kanan, time nak makan pakai tangan, kau yakin ke kuku kau bersih kalau air tak masuk pun belah dalam kuku tu? Kalau kuku kau panjang belah kiri, eyy tu lagi geli do. Kau basuh yakyak guna tangan kiri kan? Memang laa tak makan guna tangan kiri (kecuali kalau kau kidal) tapi still laa, kau tau ke tak kot kot ada yakyak kau melekat kat celah or dalam kuku tu ke? eeee geli yerks. Konklusinya, aku suka lelaki kuku pendek sebab bersih. Okay, back to cerita crush aku ni.

Petang tu, persatuan crush aku ni yakni persatuan Bahasa Arab kena buat laa segala aktiviti dorang tu and ni laa first time aku nampak crush aku ni. Sebelum-sebelum ni tak pernah nampak pun. Al maklum lah aku ni budak baru kan kat sana + bila jumpa budak lelaki pun, aku takde ingat muka sesiapa kecuali yang dekat instagram tu. Itupun sebab aku tengok gambar-gambar dia dekat ig tapi tak pernah terserempak kat sekolah pun. Nak kasi nama laa budak ig ni sebab aku ada nak cerita lagi pasal dia kat bawah-bawah. Okay, aku letak Syahidan. Okay, pastu masa mula-mula crush aku ni masuk aku macam pergh handsome siot HAHAHAHAHAHA. Terus suka masa first time pandang tu sebab dia gelap HAHAHAHAHAHA (sorry awak). Dia manis laa kat mata aku, disebabkan kegelapan kulit dia tu, srs buat dia nampak manis. Dia pakai spek mata. Gigi dia helok nyah HAHAHAHAHA. Time ni aku takde laa pulok nampak kuku dia kan. Ini memang suka sebab muka je. Okay so fast forward aku macam nak try-try ler cari ig dia kan, kot kot laa jumpa. Aku pun taktau nama dia waktu ni so aku pun menggunakan kuasa dan bakat semula jadi kurniaan Allah kat semua perempuan iaitu stalking. Aku bukak ig Syahidan pastu aku check following dia one by one secara teliti suapaya aku tak terlepas ig crush aku. Tengok punya tengok, nohhhh jumpa weh HAHAHAHAHAHAHA. Aku terkejut ya aku jumpa tapi aku expect laa yang aku akan jumpa sebab ye laa member satu sekolah en. Mesti saling follow mengfollow gituw. Aku pun apa lagi, request ler nak follow nok.

PAP! after few hours aku tak tengok fon, masuk notification dia dah accept request aku nak follow ig dia. Terus aku bukak ig tu and ya, memang tu ig dia. Baru aku tahu, nama dia Zarif rupanya. Bukan nama sebenar laa nyah HAHAHAHAHA ghisau sesiapa baca blog aku satgi. Aku pun stalk laa kan pastu mesti laa kita macam uish handsome nya HAHAHAHAHA ye laa weh tengah suka kan pastu aku, tanpa segan silu nya, like gambar dia yang dia berdiri. Kenapa berdiri? sebab bila gambar berdua contohnya, dia tinggi dari kawan dia, aku suka HAHAHAHAHA pastu zaman tu zaman-zaman yang 'thanks like semua gambar aku' haaa camtu. Zaman-zaman 'thx boomz wall' haaa zaman tu πŸ˜‚ kelakar do bila ingat balik. Then, tiba-tiba dapat satu dm ni.

Lah, dia rupanya yang dm. 

'Thanks like gambar saya' gitu laa lebih kurang ayatnya, aku tak ingat sangat ayat sebenar macam mana. Aku pun reply laa 'saya like gambar awak yang tinggi-tinggi je sebab saya suka lelaki tinggi'. Nampak macam indirectly nak bagitau dia aku suka dia kan? HAHAHAHAHA pastu kat situ la aku tau dia ni umur berapa, pastu apatah lagi chat nya sampai laa kitorang tukar each other's phone number. Pergh masa ni rasa macam dunia ni ana yang punya HAHAHAHAHA. Kitorang pun sambung chat dekat WhatsApp. Chat itu ini laa pung pang pung pang semua. Aku tak ingat macam mana boleh masuk part kahwin dan sebagainya, rasanya aku yang start dulu sebab aku kata laa aku jenis yang nak kahwin terus, taknak couple. Like, aku tau couple tu dosa sebab tu kalau anyone nak berkawan dengan aku memang aku letak syarat untuk kahwin terus. Tapi itu laa. Salah ya begitu. Niat tak menghalalkan cara orang kata. Niat dah elok dah nak kahwin, tapi cara tu tak kena. Kalau ikut sebenar-benarnya, mana boleh chat lain jantina tanpa ada keperluan nyah. Okay pastu yang si Zarif ni pun reply kata macam ni 'saya pun nak serious, taknak laa main main dah ni, penat bercinta asyik tak jadi. Memang fokus nak kahwin je' lebih kurang laa kata beliau macam tu. Nyah, kalau crush kau cakap macam tu dekat kau, mesti kau excited gila kan? Sama laa aku pun. Aku excited laa time tu. Perempuan kan. Memang dah terbayang-bayang laa aku kahwin dengan dia macam mana nanti HAHAHAHAHA tah pape je bila ingat balik. Zarif siap cakap nak belanja aku aiskrim ya kat seven eleven. Dia kata 'Amik laa apa-apa aiskrim pun awak nak, saya belanja. Yang mahal Haagen Dazs tu pun takpe' sebabnya sekolah aku ni jenis rumah kedai. Memang ground floor seven eleven, first floor kelas budak lelaki, second floor kelas perempuan belah kiri, belah kanan asrama kitorang. Memang budak lelaki tak dibenarkan langsung naik floor kitorang and vice versa kecuali kalau kelas tu kelas campur. Kelas campur ni untuk additional subjects macam Biology, Chemistry, Add Maths, Ekonomi et cetera laa. Then, memang typically budak-budak yang macam 'berpasang-pasangan' ni akan jumpa dekat seven eleven. Macam belanja awek / pakwe kau pape ke kat seven e tu aaa camtu laa. Macam mana boleh 'berpasang-pasang'? Simple. Macam aku buat tadi. Berkenan tengok muka, cari ig sampai jumpa pastu berkenalan ler kat ig tu then bercinta or berkawan diam-diam between lelaki and perempuan. Okay, pendek kata memang crush aku ni tau aku suka dia, dari dulu lagi. I mean, dari awal-awal chat pun dia memang dah tahu aku minat kat dia. Habis laa weekend yang sangat membahagiakan tu.

Sekolah aku ni, dia kasi 2 minggu sekali tau balik bermalam. Kiranya kalau minggu ni dah balik bermalam, next week masa weekend boleh outing je, lagi satu week tu baru boleh balik bermalam balik. Selang seli laa macam tu. Weekend kat asrama tak boleh pegang fon. Masa minggu balik tu je akan dapat fon bawak balik rumah. Kenapa sekolah kasi bawak fon even tak boleh pegang waktu sekolah? sebab masa minggu balik bermalam, ramai budak budak sekolah ni balik naik ktm, lrt, mrt macam tu. Memang lepas dorang dah sign kad kat warden tu, kira dah lepas laa tanggungjawab warden tu untuk jaga dorang camtu. Kira senang laa nak contact dengan parents dah sampai mana apa semua camtu. Okay then dalam masa 2 minggu nak tunggu balik bermalam tu, aku ada jugak laa 2 ke 3 kali terserempak dengan Zarif ni tapi takde tegur apa pun sebab sekolah kitorang memang had kan lelaki ngan perempuan tak boleh bercakap each other tanpa ada sebab. Jaga ikhtilat laa macam tu. Like, semua orang akan pandang slack kat kau kalau kau bercakap berdua ngan laki. Orang akan assume kau ngan dia ada apa-apa kecuali kalau kau memang nampak laa bercakap dengan lelaki tu sebab ada hal penting contoh macam cikgu panggil budak laki tu ke apa ke. Alah weh, boleh tahu laa orang tu sembang penting ke tak. Boleh nampak tahap-tahap menggeletis tu. Okay, so tiba laa waktunya balik bermalam. Tiba-tiba Zarif ni macam berubah weh ya Allah. Chat reply lambat, chat macam nak taknak macam tu. Honestly, aku dah tak ingat apa yang jadi tapi aku boleh kata yang kitorang break HAHAHAHAHA macam mana boleh break sedangkan tak declare pun? Salah. Kitorang ni macam kinda declare laa 2 weeks ago masa yang aku first time chat dia kat ig tu. Kan the same week tu jugak kitorang bertukar number. Tak laa declare yang 'awak gf saya, saya bf awak' tak laa macam tu. Aku tak ingat do srs. Yang pasti aku ingat aku cakap 'so kita dah takde pape la ni?' pastu dia kata 'Haah. Jangan contact saya dah.' Pergh, broken, broke down, berok semua aku rasa time tu weh. Srs taktau apa salah aku. Tiba-tiba je. Sedih ya time tu. Aku pun tak chat dah laa dia. Still simpan number tapi tak chat.

Aku pun teruskan kehidupan aku macam biasa. Happy happy gelak ngan kawan-kawan tapi dalam masa yang sama setiap malam aku teringat kat dia, terfikir apa laa salah aku. Also, aku pun takde terserempak dengan dia kat mana-mana kat sekolah tu. Pergi surau ke, pergi seven e ke, memang takde. Dalam few weeks after tu baru aku dapat tahu yang member tu dah pindah haih. Oh lupa nak bagitau. Kan aku kata tadi sekolah aku macam bangunan kedai macam tu kan. Bila malam pintu belah bawah tu akan kunci. Pendek kata, we own the whole block laa. Patutnya budak perempuan tak boleh masuk kelas budak lelaki even dah malam tapi ada je antara kitorang ni yang buat. Ada yang letak 'surat' bawah meja budak lelaki yang dia suka apa semua tu and aku also tidak melepaskan peluang ya HAHAHAHAHA aku takde laa letak surat apa-apa. Aku just turun gi kelas Zarif sorang-sorang, aku tengok nama dia kat meja. Week tu kebetulan exam week so memang susun berjarak-jarak laa, alaa macam meja exam tu. Memang sekolah aku tu kalau nak exam tampal nama kat meja, macam nak dapat vibes spm laa macamtu. Nama Zarif pun ada dekat situ. Aku pun alah alah macam pegang laa nama dia tu sambil terfikir asal dia buat aku macam tu, apa salah aku kat dia. Macam dalam filem gituw. Eh tapi masa tu sedih betul weh haih sebabnya zaman tu zaman-zaman yang aku susah nak nangis lagi (sekarang ni senang naw nak nangis HAHAHAHA sebab aku sekarang aku manja and I'm so proud being manja πŸ˜›). Memang aku sejenis manusia yang susah untuk keluarkan air mata tapi on that night, menitik jugak laa dua tiga air mata aku ni, sedih tau orang yang kita suka buat kita macam tu. Pedih siot rasa dia. Dah laa kata nak kahwin, taknak couple haih.

Lepas-lepastu aku just tengok dia dekat story Instagram, kalau dia post kat IG, aku like haaa macam tu laa. Kalau dia repost story yang kawan-kawan dia mentioned, aku stalk pulak kawan-kawan dia tu. Masa ni aku dah follow dia kat Twitter and add dia kat Facebook. Dekat Facebook aku stalk abang-abang dia, kakak ipar dia HAHAHAHAHA macam psiko en tapi honestly, aku takde niat nak do something macam nak balas dendam ke, apa ke, nope, takde niat langsung. Just nak tahu. Maka, aku dengan berani nya add kakak ipar dia kat Facebook HAHAHAHAHA masa ni tachod laa nak add sebabnya nanti kan nampak mutual friends. Japgi kalau add semua, nanti mesti semua tanya dia macam 'eh budak ni siapa? Dia friend ngan kau' Aaaaa sudah. Paling-paling pun lepas takde pape tu, at least berkawan laa kan, taknak laa benci terus. Putus hubungan terus.

Dah lamaaaaa sikit tu, baru aku berani nak reply story dia. Dia ni pun jarang buat story. Okay, wait. Actually aku pun tak sure masa tu dia jenis buat story ke tak. Al maklum laa pegang fon pun 2 minggu sekali je nyah so aku pun taktau. Lepas-lepastu dah lama jugak laa, baru masa tu macam mana tah tak ingat, kitorang reply-reply dm dekat instagram masa tu then dia kata dia hilang nombor aku sebab dia tukar nombor baru so aku kasi laa number aku kat dia. Guess what? 

Yang chat aku tu bukan number baru, tapi number yang aku dah memang save number tu, 'Zarif''. Maka, menurut aku, ni pada pandangan aku laa kan, pada teori saya, dia sebenarnya tak tukar nombor pun. Aku rasa dia buang number aku right after kitorang dah macam takde pape tu sebabnya sebelum yang dia whatsapp aku yang katanya 'guna number baru' ni kan, dp whatsapp dia takde gambar. Cemana aku tau? Kan aku still save lagi number dia even dah takde pape. Lepas dia kata diaa 'tukar number' tu yang ada balik dp dia. Entah lah. Part ni aku sendiri takde jawapan yang solid melainkan lepas aku kahwin dengan dia, I'll ask him hsgshsgshsgshsgshsgs.

Then lepas-lepastu ada je kitorang chat tanya-tanya khabar tapi jarang. Aku agak-agak semua ni jadi kan, dalam jangka masa setahun tau sebabnya lepas aku masuk form 5, dia ada keluar dengan sorang junior aku ni. SAKIT HATI KAN?! sumpah aku sakit hati gila masa ni tapi aku taktau kenapa aku sakit hati 😭 Okay, kalau difikir-fikirkan balik, aku ngan dia siapa untuk aku sakit hati? Nak kata ex girl friend, macam tak berapa nak ex. Nak kata crush, lagi ler aku takde hak untuk sakit hati sebab sekadar crush je kot nyah. Okay jom cerita pasal dia keluar dengan junior aku.

Cerita dia macam ni. Masa Form 5, aku ada rapat dengan sorang junior ni, nama dia Adini. Aku suka ler lepak ngan Adini ni, sembang-sembang apa semua. Adini ni pun sama macam kes Zarif. Dia keluar tahfiz and masuk sekolah aku untuk amik spm. Masa tu Adini dah umur 20 lebih dah, aku tak sure 20 berapa. Eh, ke genap 20? Entah, tak ingat. Yang pasti Adini tua sikit dari aku. Adini ni pendek-pendek je orangnya, aku pulak takde laa nak kata tinggi naw, tinggi sikit ler daripada average wanita lain dekat Malaysia ni kan. Perangai Adini ni pun macam muda belia gitu, tak macam umur dia yang sebenar pun and sebab tu laa aku boleh masuk air dengan dia ni. Kebetulan, kitorang ni jiran katil dekat asrama and sama-sama dapat katil atas so malam-malam before tidur tu, ada je ler bercerita itu ini kan and also, Adini tahu pasal aku dengan Zarif tapi tak laa detail macam mana aku dah cerita kat sini. Adini just tau macam mana aku boleh sangkut suka kat Zarif dengan pasal aku still suka Zarif lagi, tu je. Takde laa pulak bagitau aku dengan dia macam dah declare ke apa, no tak pun. Okay so korang dah nampak eh, memang friendship aku dengan Adini boleh dikatakan agak rapat. One day ni, time tu malam, aku ingat lagi. Kawan aku yang baru balik time tu dia tunjuk story Adini keluar dengan Zarif, aku macam @#$%^&*& WEH, MESTI LAA AKU MACAM YA ALLAH BAGAIMANA INI SEMUA BERLAKU?! Ye laa weh, Zarif tu kenalan aku masa aku Form 4, si Adini ni kenalan aku masa Form 5 and obviously, dorang ni tak pernah berjumpa pun sebab dua masa yang berbeza aku kenal dorang ni. Masa aku tau tu, entah laa, mixed feeling gila time tu. Marah ada, sedih ada, kecewa ada and idk why sedangkan macam yang aku dah explain dekat atas tadi, aku dengan dia takde apa-apa pun. Oh ya, time tu aku jugak rasa yang Adini dah tikam belakang aku sebab dia keluar dengan lelaki yang aku sangat adore dalam kehidupan aku. Malam tu aku dm Zarif dekat ig pastu aku kata laa 'Jaga Adini elok-elok. Jangan buat macam mana yang awak dah buat dekat saya, kat Adini' pastu dia sempat read weh nyah HAHAHAHAHAHA pastu aduh aku tak ingat dia reply ke tak, yang pastinya aku terus block dia kat semua tempat yang aku rasa aku patut block. Time tu aku block dia dekat whatsapp, dekat instagram, dekat twitter (ya, kitorang sempat follow each other dekat twitter wkwkwkwkw) pastu aku unfriend facebook dia kalau tak silap, Facebook ni aku tak ingat sangat. Then, aku pulangkan fon aku. Aku rasa malam yang benda ni semua jadi, aku pun balik lambat jugak rasanya sebab tu laa aku still ada telefon lagi dengan aku. Tak ingat sangat laa part macam mana aku dapat fon aku untuk chat dia tu. Eh ke aku guna fon kawan aku tu untuk dm dia kat ig? Ye laa nyah kalau fikir balik, asal aku tak whatsapp je dia kan sebab aku ada je nombor dia? Aduh tak ingat laa part fon ni tapi itu lah yang jadi malam tu which is aku block dia everywhere sebab aku sakit hati dia keluar dengan Adini. 

Maka, bermula laa episod aku tarik muka dengan Adini dekat sekolah and asrama. Aku potong terus dia. Memang tak bercakap langsung. Malam-malam pun takde dah sembang kat katil ke apa en. Memang tak sembang langsung, tak bercakap langsung sampai laa minggu yang kedepan-depannya tu, minggu aku balik bermalam dekat rumah. Aku spent my weekend kat rumah macam biasa sampai laa tiba nya hari Ahad, hari yang aku kena balik asrama balik. Abi macam biasa ler hantar aku malam. Malam tu kitorang makan kat kedai mamak nearest sekolah aku. Then, tiba-tiba Syahidan whatsapp aku kata 'Weh, unblock Zarif kejap dekat whatsapp' pastu aku macam, eh asal pulak. Dah laa kita ni dok sakit hati ngan kawan tu pastu aku reply laa 'asal?' pastu dia kata 'kejap je, kejap je srs' camtu laa lebih kurang conversation kitorang pastu aku pun macam malas nak layan, aku unblock laa kejap pastu aku tutup data. Zaman tu zaman zaman aku suka tutup data untuk jimat Internet hsgshsgshsgshgs pastu lagi satu, sebab nanti sampai asrama kan aku nak pulang fon dekat cikgu so kalau off fon masa battery full, in syaa Allah masa on nanti lagi 2 weeks, in syaa Allah battery nya masih banyak, kurang dalam 2 ke 3 percent macam tu je. Oh pastu satu lagi, macam mana Syahidan ada number aku? Em ni aku tak berapa nak pasti tapi dulu kitorang ada group sekolah tau, campur group tu lelaki and perempuan tapi group tu kejap je wujudnya lepastu aku tak ingat either aku left the group ataupun group tu bubar kot? Entah, tak ingat tapi aku rasa aku ada number Syahidan start situ. Aku ada mesej dia kot rasanya sebab macam tak logik dia pun nak save number aku en? Entah laa, aku dah tak ingat part ni. Cerita 2019 en. Okay pastu aku tak ingat kat atas-atas aku ada mention ke tak (al maklum laa, entry ni panjang naw, maleh nak scroll balik atas-atas + aku rasa ni entry terpanjang aku sepanjang aku dok berkecimpung dalam penulisan Blog ni wkwkwkwkwkw) Syahidan dengan Zarif ni kinda best friend sebabnya dorang dah kenal before masuk sekolah aku ni. Dorang pernah satu sekolah dekat satu tempat ni pastu rajin lepak sekali la apa semua, kat situ laa deme kawannya kot. Aku pun taktau laa nyah, tak pernah tanya pulak, aku just tahu dorang satu sekolah before masuk sekolah aku, that's all. Fun fact, Syahidan tahu ya aku suka Zarif HAHAHAHAHA. Sebenarnya, satu sekolah tahu aku suka Zarif HAHAHAHA mungkin sebab keangauan aku tu obvious sangat kot? Entah ler. Kalau Syahidan ada buat story ke apa-apa yang berkaitan Zarif (i mean, ye laa dorang kan rapat, kalau Syahidan buat story lepak ngan Zarif laa maksud aku), mesti aku reply 'Handsomenya yang sorang tu' ataupun like 'Manisnya yang hujung tu' dan ada jugak yang macam 'Zarif tu memang handsome en? Tak boleh buat apa do' Haaa camtu. I mean, alang-alang Syahidan dah tahu kan, kita gatal je ler HAHAHAHAHA. Pernah sekali cikgu sejarah form 4 merangkap warden aku kat asrama tanya 'Awak suka Zarif ke?' Aku pun apa lagi nokkk HAHAHAHA okay, actually aku tak ingat aku ngaku ke tak tapi for sure, dia tau je aku suka Zarif. Okay, sambung.

Rupanya, lepas aku bukak data, Zarif chat aku dekat WhatsApp nyah HAHAHAHAHAHA. First thing first, mesti ler aku seronok nyah HAHAHAHA i mean macam, ye laa memang aku dah block dia + menyampah dengan apa yang buat haritu which is keluar dengan si Adini. Second, aku macam eee asal dia ni chat aku. Aku chat laa Syahidan 'asal Zarif chat aku?'. Chat yang mula-mula Zarif send kat aku is gambar selfie dia, Syahidan dengan lagi sorang kawan sekolah kitorang ni. Ya Allah, aku sumpah terkejut masa tu ya. Dorang tengah lepak sekali rupanyaaaaaa πŸ’€ Dipendekkan cerita, Zarif chat aku tu sebenarnya nak minta maaf dengan apa benda yang jadi, aku time tu macam 😀😞πŸ˜ͺ😭😢 geram laa weh kau dah buat aku camtu, si Adini tu pun sama. Kita bercerita macam-macam siaa tapi kau boleh pulak dengan lelaki yang aku suka? Lulz. Logically, Zarif tak perlu pun minta maaf dekat aku sebab ye laa aku ni bukan sesiapa pun dengan dan untuk dia and kalau ikut pun, aku ni siapa nak gi attack dia bila dia keluar dengan Adini tu. Ya, memang betul Adini keluar dengan lelaki yang aku suka but still, aku dengan Zarif takde apa-apa relationship time tu. Mengikut teori aku mungkin Zarif serba salah kot? Idk. Nak kata serba salah pun dah macam asal kau nak rasa macam tu, kan? Tapi, ended up, aku maafkan dia (mesti laa maafkan nyah, crush kita tu nyah hsgshsgshsgs) pastu aku sempat ler pesan, lain kali jangan buat macam tu dah. Sumpah do weh, bila ingat balik kan, rasa macam ya Allah apa benda laa aku buat dulu tu 😣 Okay itu laa last cerita yang aku boleh kata aku agak berkonflik dengan beliau. Lepas-lepastu dah macam before this which is reply story / status yang dia buat or dia yang reply kat aku, camtu je. Like honestly memang aku je laa yang boleh dikatakan agak rajin reply story dia, dia jarang reply aku punya. Maybe sebab asrama? Boleh jadi laa sebabnya lepas dia pindah sekolah aku tu, dia masuk sekolah yang aku kata dia kenal Syahidan tu balik. Idk why masuk balik. Tapi kat sana macam boleh jugak kot pegang fon? Entah do taktau 😭 Yang pastinya ada sekali tu en hsgshsgshsgshsg okay ni kelakar walaupun aku tipu Zarif, sorry πŸ˜†

Ada sekali tu aku buat status kat hospital. Aku pun tak ingat macam mana aku tulis tu tapi aku rasa aku something yang macam 'batuk pun masuk hospital' camtu rasanya. Masa tu dah dalam 11 nak ke 12 malam. Sebenarnya bukan aku yang masuk hospital nya. Time tu aku ngan family aku baru balik makan pastu kawan abi text abi cakap mak ke ayah dia (entah tak ingat) masuk hospital so kebetulan kitorang pun makan area-area tu jugak so abi ajak ler kitorang semua (ceh, semua macam banyak sangat je. aku ngan umi laa. bai asrama masa ni) pergi sana. Aku rasa sebab abi kenal one of parents kawan abi yang masuk hospital tu rasanya sebab abi kalau kenal mak ayah kawan-kawan beliau, beliau suka gi jenguk laa camtu. Bukan time masuk hospital je laa tapi kadang tu kitorang gi beraya rumah kawan abi, ada laa parents dia. Kadang kawan abi bawak family dorang datang rumah so kenal. Okay, sambung. 

Aku masuk gambar kat hospital tu menggunaan caption yang menunjukkan macam aku ler yang masuk hospital nya tapi tak pun hsgshsgshsgshgs. Status tu aku kasi Zarif je tengok HAHAHAHAHA. Aku bukan laa apa en tapi Zarif ni rajin do tengok status aku. Dia selalu yang first view status aku HAHAHAHAHA tak cerita dia sekarang aku bukan perasan ke apa ya, memang ada bukti ya. Dulu aku still on bluetick so boleh laa tengok siapa yang view status kita en. Tapi tapi tapi, ada je laa masa yang dia lambat tengok status aku walaupun mostly dia antara viewers terawal. Okay so after few minutes, pap! Target person kita dah reply nokkkk HAHAHAHAHA. Dia tanya something yang macam 'awak okay tak?' chat-chat yang lepastu aku dah tak berapa ingat dia cakap apa and aku reply apa, yang pastinya dia kasi doa. Haaaaaaa cute kan 😭 Aku simpan lagi gambar tu. Time ni laa aku perasan kuku pendek HAHAHAHA baru potong maybe, idk.

So cerita tu habis kat situ je lepas dia share doa tu dia suruh rest laa, makan ubat apa semua camtu. Oh ya, aku ni kan tersangat rajin ya mintak gambar Zarif. Mostly gambar yang dia send tu gambar masa kejadian tu sedang berlaku ya. For sure, gambar-gambar tu memang limited edition tahap gila punya. Gambar yang orang kat social media tak pernah tengok. Korang jangan fikir bukan bukan ek, tendang japgi. Maksud aku gambar-gambar selfie / aktiviti dia at that moment yang dia tak share kat social media. Random je aku mintak nya pun. Gambar raya ada mintak, gambar time-time biasa ni pun ada mintak, saja laa mintak buat kenangan gituw sampai aku siap ada satu album letak gambar-gambar dia. Oh ya satu lagi disclaimer, aku tak buat yang pelik-pelik ya dengan gambar dia. Sumpah aku simpan je and tengok kadang-kadang. Sejak dah besar ni en (21 right now) baru laa aku faham kenapa orang macam takut nak kasi gambar kadang-kadang. Macam-macam ya. Other than culik-culik thingy, orang guna gambar buat pemuas nafsu ya haih takut do πŸ˜₯ Dulu masa kecik aku taktau sangat benda-benda macam ni tapi bila dah kerap pegang fon (ye laa dulu kan aku asrama. kira lepas habis sekolah laa, after spm) baru aku tau benda-benda yang melibatkan nafsu pelik-pelik ni termasuklah terangsang bila tengok gambar. Takut do.

Oh ya, pernah jugak sekali tu Zarif recommend kawan dia kat aku HAHAHAHAHA. Benda ni main-main je. Zarif ni memang first guy yang dari awal aku suka dia, aku tunjuk effort 'suka' tu walaupun bukan laa effort yang kasi-kasi hadiah ke apa, nope. Randomly time tengah-tengah sembang (chat) tu aku macam selit-selit laa benda yang macam berbentuk pemberitahuan dan peringatan yang aku suka dia, haaa faham tak? Tapi tak laa guna pickup-pickup line ni semua hsgshsgshsg aku just macam straight to the point je kadang-kadang like 'taknak laa tengok dia tu, awak handsome lagi' or like 'baik saya suka awak daripada suka dia' ataupun macam ni 'awak ni cute laa, cemana laa saya nak move on' or something yang macam ni 'pergi solat jumaat tu jangan handsome sangat. Takyah senyum-senyum. Nanti ada perempuan suka awak' haaa macam tu. Dulu kan taste aku muka mamak-mamak ni pastu kawan yang dia recommend untuk aku 'move on' tu pun muka macam mamak gak sikit tapi dia bukan mamak tak silap aku, entah. Tak sure. Mesti laa aku kata aku taknak nyah, baik aku suka dia. Masa ni kitorang chat pasal apatah tapi and kebetulan also aku mintak gambar dia time ni and dari sini laa tetiba dia bagitau pasal kawan dia ni. Kawan dia pun muka biasa je HAHAHAHAHA tak baik pulak cakap camtu. I mean, dia mungkin handsome dekat mata orang lain but not me. Zarif lagi handsome hsgshsgshsgs. Aku cerita point ni sebab nak bagitau korang yang kawan dia yang dia recommend ni dah kahwin nyah tahun lepas ya Allah 😭 See? Tu laa aku kata, tak handsome kat mata aku, tak semestinya tak handsome kat mata orang lain. Aku bukan sedih mamat tu kahwin sebenarnya tapi aku sedih sebab terfikir macam 'kalau Zarif kasi aku chance, mesti kitorang dah kahwin sekarang macam kawan dia tu' 😭

Then, kitorang masing-masing teruskan hidup kitorang macam biasa. Macam aku bagitau tadi, reply status dekat WhatsApp ataupun story dekat Instagram. Kadang aku reply, kadang aku tengok je, kadang aku ss, haaa gitu lah. Kadang tengok saja tu bukan apa nyah. Kita ni manusia nok, mesti laa kadang-kadang ada rasa nak give up tu. Ye laa, lama kot aku suka dia + dia tahu aku suka + kitorang hampir ada relationship sama-sama ya so macam asal tak kasi peluang? Haaa camtu laa aku rasa. Kadang ada jugak aku rasa macam takde feel tengok story or status dia. Tengok mood laa pendek kata.

Lepas habis aku amik spm dekat sekolah yang aku jumpa Zarif tu, aku pindah Penang. Aku stay KL dari kecik sebab ayah aku kerja as tentera kat sana. Ngam lepas aku ngan abang aku habis amik spm, kitorang pindah Penang sebab ayah aku pencen tahun 2020 on his birthday. Since mak aku nak masukkan abang aku Form 6 dekat Penang + abang aku start sekolah awal bulan 1 (masa ni belum Covid) so abi decided untuk pindah hujung bulan Disember 2019. Time ni aku dapat tahu Zarif masuk satu sekolah ni dekat Melaka untuk settle spm dia. Al maklum laa budak-budak tahfiz ni gitu laa weh. Study sampai habis kat tahfiz pastu masuk mana-mana private or half-private school untuk amik spm. Sekolah yang aku kenal Zarif tu pun private school jugak. Tahun 2020 ni aku kerja dekat tadika sepupu aku kejap sementara nak tunggu result spm + nak tunggu result upu. Tahun ni jugak tahun first Covid start pada bulan 3. Aku start kerja tadika tu dari bulan 1 sampai bulan 7 then hujung bulan tu aku berhenti sebab the next month aku masuk pra diploma dekat Penang. Pung pang pung pang aku dapat tahu Zarif ada awek. Hancur seketika hatiku wahai anak muda, hancur lebur. Setelah diselidiki (aku pun tak ingat macam mana boleh tahu tapi using my 'stalker' method laa yang pastinya) awek dia tu sama sekolah dengan dia yang time dia amik spm tu. Aku macam πŸ™πŸ˜ͺπŸ˜₯πŸ˜žπŸ™‚πŸ˜“πŸ™ƒ (emojis that represent my feelings pada waktu tersebut)

Tak, actually takde laa broken naw nyah tapi ada jugak laa rasa macam 'Oh lah, dah ada awek rupanya' haa macam tu. Lepas kantoi keluar dengan Adini tu, sepanjang pengetahuan aku laa dia takde awek sampai laa yang dekat sekolah yang amik spm ni. Dua kali ya kantoi pasal aku dengan awek dia. Kantoi yang first tu sebab kebetulan aku chat dia masa tu pastu kebetulan jugak masa tu dia tengah keluar dengan awek dia. Jap ni aku tak sure sebenarnya masa benda ni jadi time dia sedang date ngan awek dia ataupun aku ada mesej dia a day before that day, something macam tu laaa tapi yang aku pasti kantoi masa ni sebab aku ada mintak gambar Zarif masa tu. From there, girlfriend dia tahu 'aku'. Haaaa faham tak? Kira salam perkenalan aku ngan awek dia ni macam tak berapa nak cantik laa sedangkan banyak je lagi cara-cara lain, kan? Bagitau aku kawan lama ke apa ke sebabnya aku ni jenis suka follow orang kat ig kalau aku nak tahu pasal dorang. Aku jugak someone yang request nak follow (kalau private laa, kalau tak private senang, boleh stalk je) orang semata-mata untuk stalk then settle keje aku, aku akan unfollow balik as soooooon as possible. Tapi, lain kes dengan awek dia ni. Aku tak boleh buat camtu sebab obviously laa dia kenal siapa aku. Terang-terang Zarif contact number aku as 'Raudhah' (tak, actually aku taktau dia save apa tapi paling-paling pun dia save 'Odah' sebab he also knows me with that nickname) so mesti laa member tu kenal aku nyah. Okay, continue. Kan kantoi dengan awe dia tu aku mintak gambar Zarif so aku taktau dorang settle down macam macam mana yang pastinya Zarif tiba-tiba chat aku kat WhatsApp lebih kurang macam ni 'Assalamualaikum awak. Boleh tak awak delete semua gambar-gambar saya yang awak ada' pastu aku macam curious ah apahal ni en, tiba-tiba je. Ting!

'Odah. Jp sy nk explain knp sy suh delete' Zarif chat aku macam ni dekat Telegram. Ni ayat original ya dari Telegram. Aku memang jenis delete chat dekat WhatsApp sebab mak aku jenis suka check fon aku so memang kadang tu sayang nak padam chat-chat yang ada. Allah je tahu betapa terpaksanya aku padam semua tu huhu. Ye laa kenangan weh. Lagi problem kalau kantoi dengan mak saya ya so for me better delete laa. Helok lagi hubungan crush dengan aku terputus daripada terputus hubungan mak dengan anak 😭 To conclude, memang chat kat WhatsApp aku padam, dekat Telegram sangat jarang padam. Rupanya sebab semalam tu awek dia check fon dia and kebetulan ada chat yang dia kasi gambar dia kat aku. Aku dah agak dah something happened sebab macam tiba-tiba je dia chat aku 'formally' haa faham tak? Aku rasa dia nak ss tunjuk kat awek dia maybe, tu yang formal semacam HAHAHAHA. Aku kata la 'Saya dah agak dah mesti something jadi.' pastu dia kata 'Saya sendiri tak kisah awak nak gambar saya, tapi perempuan mesti laa jealous kan. Dia ingat saya still dengan awak even saya dah cerit semua benda dekat dia'. Aku pun, macam biasa laa reply 'Allahu, kan bagus kalau macam tu' referring to awek dia ingat kitorang still ada relationship together. Kepada awek Zarif, saya pun seronok gak kalau saya still ada relationship dengan dia πŸ˜’ Dia macam ni lah, kalau awak taknak dekat dia, kasi dia kat saya, settle masalah. Nyampah lak aku. EH MARAH? HAHAHAHAHAHA. Okay pastu Zarif kata 'Saya mintak maaf sangat-sangat dengan awak tau' pastu aku kata la 'Takpe, saya faham je. Saya okay, awak jangan risau tau' macam tu laa. Penat kan kehidupan ni? Yang nak kat kau, kau taknak kat dia. Yang taknak kat kau tu jugak laa kau berkenan siap letak effort bersungguh-sungguh even orang tu dah ada partner sekalipun πŸ˜ͺ Okay so cerita dia, ya aku padam semua gambar Zarif kecuali yang dia selfie dengan Syahidan ngan sorang budak sekolah aku tu je aku tinggal sebab gambar tu precious gila do untuk aku. Sayang do sumpah 😭 Kan aku dah kata tadi aku dapat gambar-gambar yang terlebih limited edition atau kita boleh panggil limited edition terox. Kenapa aku delete sedangkan aku boleh je cakap aku dah padam tapi sebenarnya still simpan gambar-gambar tu? Entah lah. Masa padam tu sebenarnya aku fikir satu je; awek dia berhak buat benda tu, berhak halang dia sebab tu boyfriend dia. Kalau aku dekat tempat awek dia, aku agak yakin yang aku akan buat benda yang sama macam apa yang dia buat tu. Mungkin aku lagi teruk dari tu kot? Like, pm orang tu sendiri by myself maybe? Entah la, takde experience. Oh ya, nak payung sikit ler ss dari Tele yang menunjukkan betapa 'straight forward' nya aku nak kat Zarif.

Okay so aku mentioned 2 kali kan kantoi? Dia bukan laa kantoi apa cuma benda ni jugak merupakan benda yang aku rasa memang awek dia still ingat aku. Lagi sekali ni cerita pendek je. Zarif chat aku mintak suruh remove dia dari close friend aku sebab awek dia jealous. Haih. Entah lah tau. Aku taktau aku rasa apa sebenarnya. Nak marah, macam tak kena. Nak sedih tu ye laa, mungkin ada sikit sebab aku jenis jarang buat story ig yang public. Usually aku post gambar aku kat close friends and OF COURSE aku nak Zarif tengok, kan? Like, takkan laa aku saja-saja add dia, betul tak? Tapi sayangnya, ig dia awek dia pegang haih. So yes, aku buat jugak benda tu. Aku remove Zarif from my close friends list semata-mata sebab awek dia sedang jealous like, 'kenapa dia add awak dalam cf dia?' πŸ™‚ Haaa camtu laa kot awek dia tanya dia. Cerita gambar tu 2020, yang cerita close friend ni 2021 rasanya.

Then, macam biasa geng. Watching each other's stories on Instagram and WhatsApp status tapi time-time ni ada gak 3 ke 4 kali aku agak kesakitan hati ya sebab dia post gambar awek dia 😢 kadang-kadang aku terfikir gak, betul ke dia yang post? Silap-silap awek dia sendiri yang post, al maklumlah ig Zarif kan awek dia pegang. Zarif also once pesan kalau nak chat dia, chat kat WhatsApp terus, jangan kat ig. Kalau tak kitorang dua-dua mati so aku macam em faham. Kenapa 3 ke 4 kali sakit hati? sebab aku ni jarang tau bukak ig. Idk why. Macam tak berapa nak ada masa srs. Aku jarang update story apa semua, kalau close friends pun jarang-jarang (this is why I think Zarif patut ada dalam close friends aku sebab aku jarang post apa-apa kat situ do. Luck tak okay je haritu yang awek dia nampak tu, kalau tak mesti okay je haih). So aku ni selalu sangkut kat mana je? Tiktok nyah. Tiktok. Ya, kat sana aku sangkut berjam-jam sampai tak sempat bukak other social media. Second yang aku sangkut is Twitter. Then, kalau anyone tag or mention kat ig baru laa aku bukak ig nya, repost apa yang patut, tengok story siapa yang patut pastu dah, habis. Takde nafsu sangat nak tengok ig, taktau asal. Makanya bila dah tak selalu tengok ig ni, aku boleh kata aku jarang laa terserempak dengan story Zarif. Either aku yang tak terjumpa ataupun memang dia takde buat story pape pun, idk. Status pulak jarang laa Zarif update. Zarif ni kinda private, i guess? Entah ler. Ke aku kena hide? 😭 Sumpahh sedih ya kalau kena hide.

Here it comes, 2022. Tahun luck aku agaknya. Tahun ni kan aku masuk kampus kat Melaka ni. Start semester 3 after raya, aku masuk sini untuk pertama kalinya. Pertama kali menjejakkan kaki kat kampus kesayangan kitew. 2 ½ semester kelas online je kat rumah, ni baru laa ada rezeki masuk kolej. One day ni, umi abi bai tetiba buat surprise datang Melaka bawak aku outing kejap gitchuw. Dorang bawak aku keluar makan kat kedai area uitm ni. Long short story bila dorang dah nak balik tu, aku ada tangkap gambar dorang pastu aku buat status like 'Nanti datang melaka lagi amik adik balik' something yang macam tu laa. Dalam 20 minutes after tu baru aku perasan Zarif chat aku nyah kat WhatsApp HAHAHAHAHA excited kita tau hm. Ye laa dah lama tak chat weh. Almost a year i guess, srs. Zarif chat aku kata macam ni 'Assalamualaikum awak, awak dah dekat Melaka ke?' aku reply ler kata 'Waalaikumsalam, haah. Baru je masuk lepas raya haritu' pastu dia kata 'Oh patut laa saya tengok awak selalu post dekat sini (he means uitm Melaka)

Aku ingatkan 2022 dah luck, 2023 lagi kaw kaw punya luck nyah, alhamdulillah hsgshsgshgshsgs.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n