Skip to main content

MUET (UiTM Lendu / Alor Gajah) 🌻

 Hello everyone! Rindunyaaa semua orang (walaupun taktau nak rindu siapa HAHAHAHAHA). Alhamdulillah, harini aku baru je settle exam MUET tengah hari tadi so aku nak cerita laaa my experience sebelum aku lupa apa yang jadi 😭 Semester 4 ni so many things happened tapi entah, aku malas nak type sebab aku taknak nanti aku leka nak cerita everything sampai terlupa buat assignment. Aku ada banyaaaaaak cerita 'bertangguh' yang aku nak update kat blog ni tapi tapi tapi sebelum tu, macam biasa geng, gambar kena ada, baru laa cantik blog kita u.

    Tadaaaaa! Itu lah saya memegang slip muet tapi ni lepas habis speaking. Gambar masa habis exam harini (listening, reading and writing) tak sempat amik. Nak cerita panjang 'sebab kenapa tak sempat amik gambar tu' tapi nanti laa eh. 

Luahan perasaan macam mana boleh tergerak hati nak amik MUET (kalau korang nak tahu info MUET, terus scroll kebawah. Boleh mula baca dari πŸ“Œ)

    Okay back to the title. Pengalaman amik MUET eh hm. Okay macam ni, mula-mula tu aku macam kurang kesedaran sikit nak amik MUET ni sebabnya aku rasa macam, alah next semester boleh amik sebab subject semester 5 aku tak banyak macam semester sebelum ni so macam ingat nak amik next semester tapi masa tu roommate aku dekat Sabby (roommate masa last semester) Nina, dia ni dah apply awal-awal tau MUET tu. Dia macam dah get ready siap-siap tarikh nak 'berperang' pilih MUET kat negeri mana. Dia pilih ni under kerajaan. Kalau under kerajaan, kita boleh pilih kat mana nak amik MUET. Nina planned nak amik dekat Sungai Petani which is sekolah yang agak dekat dengan rumah dia. Dia disclaimer dah awal-awal memang dia amik dekat rumah dia tu sebab dia nak balik rumah haaa ko faham tak. Kiranya macam MUET tu boleh jadikan excuse laa dia nak balik rumah macam tu. Cuti free gitchuw. Masa tu pun aku taktau laa nak kata macam a bit conflict ataupun macam mana, tapi Nina macam nak gila kitorang ni amik MUET tau. Kitorang ni I mean macam geng-geng housemates kitorang masa ni. Dia macam geram kitorang tak amik port pasal MUET ni tau tapi Nina ni memang someone yang kalau kau tengok, dia jenis sembunyikan perasaan dia and dia ni kalau bercakap macam straightforward dengan nada yang tak memerli, haa centu. Ko faham tak. Sebabnya masa tu dia dah apply MUET under kerajaan tau lepastu bila kitorang ni macam chill semacam, dia buat taktau je ah en tapi bila esoknya tu dekat Telegram UiTM Melaka dah keluar notis suruh amik MUET under UiTM tu baru kitorang macam kelam kabut. Tapi takde laa UiTM macam paksa suruh amik under dorang kan, the teacher masa tu just said yang kalau tak sempat apply government punya, apply under UiTM. Banyak benefit dia. Nanti kat bawah bawah aku cerita. Okay, so masa nak amik tu, MUET UiTM kena bayar Rm200 rather than under government kena bayar Rm100 je. Banyak tu Rm100, UiTM nak buat apa siaa amik duit kita, haaa tu japgi aku cerita, sekarang aku nak luah perasaan dulu. Okay, sambung. Masa nak amik under UiTM ni pun dah macam last minute gila nyah sebab masa tu dah ramai daftar. Kira macam ada lagi setengah hari je untuk daftar so aku pun daftar laa. Masa tu Nina ada cakap, haa tu laa korang baru nak kelam kabut register. Haritu masa aku cakap, korang buat taktau. Haaa gitu katanya. Tapi nada dia tu, bukan nada memerli tau, nada yang macam 'haa tu laa aku dah cakap, korang taknak dengar, sekarang kelam kabut baru ko tau' haa tu nada dia. Everything just fine je laa lepastu. Takde pun gaduh apa ngan Nina. Okay tapi nak katanya, itu laa permulaan aku daftar MUET dengan UiTM.

πŸ“Œ MUET UNDER UITM

Aku bersyukur sangat ambil MUET under UiTM ni sebab en ya Allah weh, banyak naw benefit tau. Macam aku kan stay Penang, kau ingat aku rajin nak ulang alik semata-mata untuk jawab test MUET? Tidak ya u. One of my classmates, Faris amik under government, dia amik kat Kelantan. Kau imagine laa nok Kelantan tu jauh ya dari Melaka. Dia amik dekat Melaka sebab katanya Kelantan ni kampung dia so macam balik kampung sekali laa gituw tapi kesian laa dia ulang alik kan. MUET nya sehari je tapi nak balik tu mesti laa kena balik awal at least sehari, pastu MUET pastu nak balik. Penat weh. Aku rasa dia drive sendiri. Entah laa nok, tak sure. Tak tanya pulak. 

πŸ“Œ BENEFIT MUET UNDER UITM

  1. Exam MUET dijalankan di UiTM korang. Macam aku UiTM Lendu so memang exam tu dekat sini. Dorang ada macam kelas dekat KPP2 (ytjt ya KPP2 ni. kalau korang study UiTM Lendu mesti tau). Kelas tu ada macam alaa lupa nama dia. Macam pemisah antara kelas laa penghadang tu pastu bila nak exam muet ni, dorang bukak laa penghadang tu so terjadilah dewan besar gituw. Then masa hari kejadian, orang-orang dari MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) pun datang laa buat kerja dorang macam biasa (which is tengok kitorang jawab MUET)
  2. Ya, aku admit. Memang UiTM amik harga lebih Rm100 dari government tapi kau tau tak dia buat apa dengan Rm100 tu? Dorang ada sediakan workshop untuk MUET. Semua ya anak-anak. Dalam 2 ke 3 hari before nak MUET tu dorang buat kelas. Masa bengkel speaking, dorang buat online sebab masa tu kitorang tak masuk kolej lagi. Masa bengkel reading, writing and listening dorang buat face-to-face and siap kasi breakfast, lunch and tea time ya anak-anak, sila bersyukur. Oh ya, dapat buku jugak weh. Gambar kat atas tu aku pegang buku kan? Haa buku tu laa UiTM kasi. Aku ingatkan dia nak kasi buku cokia-cokia je tapi helok nokk bukunya. Aku search kat Shopee harga dia nak dekat Rm55 tak silap aku. SO KAU FAHAM TAK KENAPA UITM AMIK RM100 TU? kalau dah faham, okay good. 
  3. Lecturer yang handle MUET ni, Madam Syafiqah namanya. Madam ni memang guide kita satu per satu weh. Betul aku cakap. Dari nak print slip MUET sampai lah harini, hari kitorang nak test RWS (haa senang sikit. penat nak type reading, writing ngan speaking banyak kali). Pendek kata, korang tak terkapai-kapai laa gituw. 

So far aku rasa tu je. Kalau aku teringat, nanti aku tambah lagi okay!

Aku rasa aku nak buat macam QNA gitchuw sebab aku taktau laa nak arrange entry ni macam mana. Let's begin!

πŸ“Œ Kenapa kena ambil MUET?

Jawapan yang personally bagi aku (yang aku faham and yang aku tahu), kalau nak sambung Degree kita wajib ada MUET. Taktau lah kenapa weh wajib. Kalau yang amik form 6 pun, before nak masuk Degree dorang memang wajib ada resul MUET ni. Kalau kau rasa macam lepas Diploma, nak rest dulu, nak chill, nak kerja dulu lepastu nanti lagi dua ke tiga tahun baru nak amik Degree, then kau takyah amik MUET ni. Buang duit je u. 

πŸ“Œ Kenapa buang duit kalau amik MUET tapi taknak sambung Degree?

Sebabnya MUET punya result ni ada expired date dia. Macam korang beli roti Gardenia. Katakan harini 1/1/2022. Tengok dekat tag roti tu kata 6/1/2022 expired date dia. Meaning that after 6/1/2022 tu korang dah tak boleh makan roti tu sebab ada possibility dah tumbuh kulat dalam tu. Same goes to MUET's result (tapi takde la nak kata result MUET korang berkulat πŸ˜ͺ). Result MUET yang korang dapat tu, boleh pakai for 5 years sahaja. Contoh, result MUET kau keluar 19/1/2020. Expired date result MUET kau adalah 19/1/2025. Katakanlah kalau kau nak apply sambung Degree lepas 5 tahun kau dapat result MUET kau, kau kena amik MUET lagi sekali. Tak boleh pakai result lama tu sebab dah expired. Syeram kan? Aku pun tak faham kenapa ada expired date. Cuba imagine kalau Phd ada expired date, meninggal ah nak kena ulang-ulang buat research πŸ’€Tapi alaa boleh je. Aku takde laa nak claim MUET ni senang tapi so far aku boleh kata level-level SPM je. Soalan dia semua kalau kau buat latihan banyak-banyak, In Syaa Allah kau pro. Alah weh, belajar lah apa pun, kalau usaha mesti ada hasil. Okay, so faham kan? 

πŸ“Œ Adakah korang akan di judge berdasarkan band yang korang dapat?

Tidak ya. Jangan judge orang ikut band berapa dia dapat untuk MUET dia. JANGAN PERNAH SESEKALI BUAT BENDA BODOH TU. Kalau ada orang judge korang based on your band, meh kasitau aku. Aku putaq-putaq kepala dia. Kita taktau apa yang dia kena hadap masa dia buat test tu. For instance, ada budak tu dia ni tak laa hebat mana speaking dia, tapi dia keep trying and practising supaya dia boleh lancar speaking. Ended up, masa hari kejadian, speaking dia laa paling hauk sekali sebab dia nervous. Thats mean takde rezeki dia untuk score dekat speaking part. Haa macam tu laa. Wajib ingat ya, semua orang ada kelemahan and kekurangan dia masing-masing. 

πŸ“Œ Cara belajar untuk MUET? 

Banyakkan join kelas-kelas free MUET. Korang kalau cari, mesti jumpa je weh. Ada satu sir ni, nama dia Sir Bell. Dia memang buat kelas free of charge. Ada jugak dia buat kelas berbayar. Kelas dia Rm50. Kalau korang mampu, korang boleh join kelas berbayar tu. Kalau macam kurang berkemampuan, korang join yang free tu dulu. Korang akan start nampak MUET ni macam mana. Ada jugak sorang miss ni nama dia Miss Anis. Aku kenal Miss Anis ni through YouTube. Rajin jugak buat kelas free. Ouh ya, ada channel Telegram jugak. Ada sorang madam ni nama dia Madam Iman. Ada Youtube sendiri. Alaaa kejap laa aku listkan.

  1. Kelas MUET by Sir Bell. | Telegram: korang boleh search je FOC MUET CLASS BY SIR BEL | Group WhatsApp untuk kelas Sir Bell ni aku tak boleh nak bagi sebab terlampau banyak group. Nanti once korang dah join Telegram tu, tanya laa dekat Sir Bel sendiri, the latest group untuk MUET. | Tiktok: Korang cari je Sir Bell Muet. Nanti mesti jumpa. |
  2. Miss Anis. | Telegram: SEMBANG SANTAI MUET | YouTube: korang boleh search Miss Anis muet. Nanti ada satu video dia ajar 10 tips band 5 tapi rasanya dia jarang buat kat YouTube. Takpe korang join je group Telegram miss Anis tu okay |
  3. Madam Iman. | YouTube: Pn. Nurul Iman Binti Ahmad Bukhari
Group Telegram yang aku rasa berguna untuk bantu korang:
  1. Oh My MUET! : Group ni korang boleh tanya apa-apa yang korang tak faham pasal MUET. Nanti ada laa orang jawab. Wajib bahasa Inggeris ya dalam group ni.
  2. Englishpedia Malaysia: Korang cari sendiri dekat Telegram sebab I couldn't share the link. This channel dorang banyak promote kelas for MUET. Tapi yang aku paling suka group ni, dia ada weekly test tau kat Tele. Macam-macam topic. Ada yang pasal Grammar, ada yang melibatkan vocab etc. Aku still join sebab seronok bila dapat markah tinggi HAHAHAHAHA. Oh ya, dorang ada publish satu buku Grammar ni. Memang pasal Grammar sahaj. Short notes pasal Grammar laa + exercises dalam tu so that kau akan terbiasa laa dengan penggunaan Grammar yang betul. Buku dia nipis je. Tak sampai 50 pages tak silap aku tapi kalau Grammar yang ringkas-ringkas, memang aku rujuk buku tu. Kalau nak beli, boleh beli kat Shopee ya.
  3. Language Culture and Lifestyle Channel: Dia ni aku kena through Tiktok HAHAHAHA. Banyak share pasal English. Kalau berminat, boleh join ya.
  4. English Clinic: Selain handsome, sir ni jugak pandai ya HAHAHAHAHAH. Percayalah cakap aku, kita akan rasa macam senang je ilmu nak masuk sebab muka sir ni handsome πŸ˜† Tak laa weh, gurau je. Sir ni ajar Grammar, mostly laa. Dia ada publish buku jugak. Aku beli ya sebab dia handsome HAHAHAHAHA TAK TAK BUKAN, AKU BELI SEBAB NAK BELAJAR. Buku dia best sebab di ajar English in BM. Haaa cemano tu? So belilah buku beliau ya. Aku beli buku tu through Instagram dulu.
  5. Thinkers Lab: Ni en, dia macam satu syarikat yang talk about MUET. Aku rasa laa weh, taktau betul ke tak. Thinker Lab ni dorang collab dengan Sir Bell. Kiranya macam Sir Bell ada buat kelas dia sendiri, and he also invited by Thinker Lab untuk buat talk. Haaa camtu laa kot? Entah aku tak faham sangat. Oh ya, ada lagi satu link dia. MUET Workshop 2022.
  6. @Muetsharingnotes_bot : Ini kan dia ada semuaaaa soalan MUET format 2021. Tak kisah laa untuk writing ke, reading ke, speaking ke, listening ke, semua ada (untuk format 2021 laa). Korang kena pandai godek-godek benda ni kalau korang bukan jenis yang guna bot dekat Telegram. Kalau jenis guna bot, kejap je korang pro okay!
-esok sambung. Ngantuk-

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n