Skip to main content

Interview Penerapan Diploma UiTM

 Hellooo everyone, assalamualaikum. Semua sihat ke tu? Musim-musim penyakit ni aku doakan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Aku terfikir nak buat entry ni sebab harini, aku dapat satu email ni daripada mak seorang bakal pelajar Pra Diploma untuk sesi Oktober 2022-2023 ni. First of all, ya aku tak expect langsung akan dapat email daripada seorang ibu. Ya, ibu pelajar. Aku ingatkan yang baca ni bakal-bakal student Pra Diploma je πŸ˜‚ Mungkin mak budak ni risau agaknya, ye laa first time nak amik pra diploma kan. Pra Diploma ni pun bukan benda famous macam Form 6 so ramai taktahu dan takde knowledge sangat tentang Pra Diploma ni. Kalau yang baca entry aku ni makcik-makcik/pakcik-pakcik, saya minta maaf ya sebab gunakan panggilan 'aku' untuk address diri saya. Saya nak semua yang baca blog saya tak rasa kekok bila baca blog saya malah sedikit pengetahuan yang saya ada ni, dapat disampaikan dengan baik, jelas dan terang dalam usaha untuk membantu bakal-bakal pelajar Pra Diploma.

Letak gambar dulu hehe. 

Lepas kita dah dapat Pra Diploma, dah belajar-belajar tu kan, aku tak ingat bulan ke berapa selepas belajar, (yang pastinya before final exam pra diploma laa) pelajar-pelajar akan diberi senarai course yang mereka boleh apply untuk Diploma nanti. Korang boleh pilih 3 course yang korang nak sambung. Ada course yang ada interview. Interview ni susah ke senang? For me, senang sebab masa aku dulu kitorang kena submit few personal documents macam ic, sijil lahir kita, result spm dan sebagainya dekat satu Google Form yang telah pihak UiTM create. Kami juga dikehendaki menghantar video yang telah direcord berdurasi kurang 4 minit (if I'm not mistaken. dah lama weh 2020, tak ingat dah) dan kena buat satu karangan under 250 words. Karangan tentang apa tu, aku tak ingat dah. Yang pastinya kena record video and tulis karangan lepastu submit dekat Google Form tu.

Mesti korang rasa macam, untungnyaaaa takde interview face to face. YA BETUL, MEMANG UNTUNG. Tak tipu laa, aku pun jenis yang gelabah kalau bab-bab interview ni. Interview ni antara benda yang aku paling tak suka dalam kehidupan ni. Benda-benda yang kena cakap dengan orang secara berdepan / benda yang buat semua orang pandang aku time aku tengah bercakap (kecuali kalau tengah gossip hehe), haa memang aku tak berapa nak minat. Presentation pun ya, aku tak minat. Present dalam bahasa melayu pun gagap-gagap apatah lagi bahasa inggeris nyah 😭😭😭 Ya aku tahu kalau kita buat persiapan yang rapi + betul-betul practice then we can do it. Masalahnya, aku malas HAHAHAHAHAH. Dia macam akan datang satu perasaan confident yang akan muncul sebelum hari yang kau kena present. Aku selalu rasa macam 'aku boleh buat ni present ni. alah cakap sikit sikit je, apalah sangat' pastu tetiba time hari kejadian, haaa kau, cakap ala kadar je aku πŸ₯΄ Aku ni ambivert. Ada masa aku suka bercakap, ada masa aku rasa macam malas gila nak bercakap. So untuk interview, aku takde tips sebab aku pun tak suka interview. Korang boleh try search tips interview dekat Google. Banyak tips dorang kasi. Kat Tiktok dengan Twitter pun bagus jugak, cari je 'tips speaking'. 

Recorded video tu ada satu cerita kelakar. Mula-mula tu aku record laa video ngam kepala sampai leher macam tu je. Macam tengah duduk dekat meja tu kan. Elok dah aku record time tu nyah pastu dah edit-edit tu kan, okay siap laa satu video. Cewahh konon dah ready nak submit the video laa kan. Bukak-bukak google form tu, rupanya one of the conditions given, kena record video berdiri, nampak dari atas kepala sampai hujung kaki. Aku macam πŸ˜₯πŸ˜ͺπŸ₯΄πŸ˜­πŸ˜–πŸ™ haaa macam tu. Masa tu dah nak subuh weh. Sedih gilaaa sebab aku dah cuci muka semua, dah siap nak tidur dah masa tu. Bila tahu kena record video macam tu, aku macam nak nangis kau tahu tak. Aku pun record video lepas habis azan tu, ala kadar je. Aku memang dah redho + barai gila. Ye laa weh, tak tidur. Ngantuk gila time tu. Time tu aku tawakkal je lah kalau kata tak dapat course ni pun kan. Sampai dah tahap macam tu punya give up. Tapi, ingatlah apa yang Allah kata dalam Al Quran yang bermaksud; ...Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... (Surah At Talaq; 3) Ayat ni sebahagian dari ayat seribu dinar. Percaya laa cakap aku, once korang ingat maksud ayat ni and korang sungguh-sungguh tawakkal dekat Allah, Allah akan bagi apa yang korang nak. Tapi, jangan sedih kalau apa yang kau nak tu Allah tak bagi, ada yang lagi terbaik Allah nak bagi kat kau. It turns out bila aku dah betul-betul tawakkal, Allah bagi aku rezeki aku dapat course ni. Aku ni pun bukan laa pandai sangat bi ni cuma aku teringin laa nak belajar. Masa tahun aku tu, ramai je dapat tawaran temuduga course ni tapi takde siapa pun yang dapat course ni except me. Yes, except me. Dorang sangkut dekat keputusan final exam Pra Diploma. Syarat nak masuk course yang aku masuk ni, wajib dapat A, at least for English subject in Pra Diploma. Most of them dapat A-. Memang rezeki aku sungguh Allah nak bagi dekat aku course ni, aku pun tak sangka nyah.

Cuma, betul apa yang orang cakap tentang keberkatan guru ni. Lecturer bi aku untuk Pra Diploma ni nama dia Sir Rasaya. Obviously, he's an Indian. Masa aku pra diploma ni (2020) kan baru start je ODL lah, Google Meet lah, Zoom lah, Webex lah, semua benda yang online tu semua and Sir Rasaya ni macam baru nak explore aku rasa even aku pun weh, takde lah pandai sangat online-online ni cuma sebab aku dah terbiasa dengan computer dari kecik so aku tau sikit-sikit. Sir ni dia bagus gila. Attendance kelas kitorang dia kasi Google Form tau. Dia ni 10 minutes before class dia dah siap-siap post dekat Google Classroom. Mula-mula tu Google Form tu takde limit, bila-bila boleh isi tapi lama-lama sir perasan yang classmates kitorang macam ambil ringan isi attendance tu so dia kasi limit time. Contoh dia post attendance pukul 8 pagi, 8.10 pagi macam tu dia dah tutup attendance tu. Bukan classmate aku je weh, even aku pun kadang kelas dia pagi, memang terlajak jugak kadang-kadang pastu mula lah aku reka alasan macam-macam. Awal-awal tu ye lah terlajak tidur, tapi dah kalau 5 ke 6 kali alasan terlajak tidur kau ghase? Lecturer mana je tak bising en. Tapi Sir Rasaya ni bukan jenis bising, dia jenis cool tapi lama-lama tu nampak laa muka kecewa beliau sebab selalu student berapa kerat je + asyik suara yang sama je jawab soalan. Beliau pulak jenis tanya nama kalau kita volunteer jawab soalan beliau so bila dah asyik dengar nama sama, dia pun taknak laa orang sama en. Honestly, masa kelas sir ni, memang aku macam berdedikasi sikit. Kalau dia tanya aku bukak mic jawab soalan dia. Ada jugak kadang tu dah habis kelas, aku sengaja tunggu semua keluar dulu, baru aku tanya dia soalan yang aku nak tanya. Kadang tu memang betul aku tak faham, tapi selalunya aku tanya benda yang aku dah faham 🀣 Aku nak dia rasa macam 'ada jugak student aku dengar apa aku ngajar' haa camtu. Ada je lecturer yang macam 'awak ni mesti tak fokus masa saya mengajar tadi kan? sebab tu awak tanya soalan' tapi Sir Rasaya ni bukan macam tu. Dia jawab je semua soalan, maybe sebab tu dia macam 'redho' dengan ilmu dia yang dia kasi kat aku kot. 

 

Haaaa gambar yang first tu aku ss dari fon. Kan aku dah kata aku ni bukan morning (even dah pukul 11 time tu) memang mostly aku join class guna telefon sebab dekat fon unlimited data, kalau kat laptop kena pakai hotspot. Pandai-pandai laa jimat hotspot gitu u. Masa ni aku sorang je baru masuk class so aku ss untuk kenangan hehe. The second picture aku bagitau sir yang aku dapat masuk course bi. Aku harap dia gembira laa kan, like ada gak sorang waris student pra diploma dia masa 2020 tu yang masuk course bi HAHAHAHAHA. Tapi sir, saya tak mampu belajar bi sampai Degree 😭 Diploma pun cukup laa sir, I'm struggling a lot πŸ₯΄

Okay lastly pasal essay tu. Essay tu dia kasi tajuk and kita kena tulis lah en. Macam aku cakap, essay tu kena submit dekat Google Form so ada je maksud yang aku taktau nak buat tu, aku search kat Google Translate. Tak boleh patutnya macam tu tapi haih, korang jangan ikut tau 😀 Tak banyak pun yang aku search dekat translate tu, satu dua perkataan je. Zaman spm tu teacher aku kata, kalau taktau tinggal je tempat kosong tapi ni dah universiti u so nak taknak aku terpaksa google πŸ˜–

Maka, habislah bebel aku untuk interview penerapan ni. Oh ya, dulu masa aku apply course yang aku nak ni kan, kitorang kena letak yang ada interview tu first option, masa korang taktau laa macam mana kan. Buat interview elok-elok, semoga korang dapat masuk course yang korang nak masuk okay! 🀩 Jangan giveup, teruskan usaha korang. Allah tahu setiap titik peluh yang korang korbankan untuk tuntut ilmu, kalau mati, mati syahid mat, jangan buat main 😀 Lagi satu, aku tak sure course mana yang ada interview and course mana yang takde interview sebab tak semua course ada interview. Kalau nak tahu, try tanya lecturer pra diploma korang sendiri or maybe kalau korang ada kenal mana-mana senior yang study dalam course yang kau nak tu, haa then tanya dorang.

That's all from me. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya ya. Aku akan cuba bantu mana yang mampu. Cuma nak disclaimer lah awal-awal. Pengetahuan aku ni dari pengalaman aku amik Pra Diploma masa October 2020 sampai February 2021 so mungkin dah ada pembaharuan yang UiTM dah buat dalam tempoh masa setahun lebih ni. Kalau aku taktau tentang something, sama ada aku akan Google ataupun kalau Google pun macam tak membantu, aku akan advise untuk korang call sendiri pihak UiTM Shah Alam untuk tanya apa-apa soalan. Macam makcik yang email aku harini, aku kasi dekat dia senarai program yang anak dia boleh apply untuk masuk Diploma nanti anad aku bagi tu is a document yang aku simpan dari aku pra diploma dulu. Lepas aku dah reply email dia and bila aku Google, ada senarai program yang paling latest yang UiTM dah update, so aku email dia balik and send her the updated one from UiTM haaa tu laa maksud aku kalau aku taktau, aku Google. Tapi dah kalau Google pun aku macam tak boleh brain jugak, maka aku akan advise untuk call UiTM straight away. Cuma kau faham laa kan, UiTM ni bukan nak layan kau je nyah. Banyak lagi orang yang ada masalah yang lagi serious daripada kau so kalau dorang tak angkat tu, biasalah kan. Okay dah weh, tu je ya Allah dah 1.52 pagi dah ni. Cau dulu, bye!

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n