Skip to main content

🚩 Bendera-bendera Merah

 Hiii korangggg! Banyak pulak entry aku tulis (type) lately ni kan? Sebenarnya aku ada banyak benda nak cakap tapi aku macam terikat dengan entry masak-masak aku ni sebabnya aku pernah berazam nak siapkan this entry dulu baru nak bebel-bebel pasal benda lain. Last-last, aku still malas and ended up decided nak tulis je apa-apa yang aku nak HAHAHAHAHA. Okay, so jom tengok cover entry ni. Oh, by the way, tajuk dia macam tah pape sikit sebab aku macam bebel-bebel + luahan perasaan gak ah kat sini, aku takut bila orang Google japgi, senang jumpa macam entry Pra Diploma aku. Taktau pulak tajuk tu main peranan penting so aku letak laa tajuk untuk entry ni lain sikit.


    Harini aku nak cakap pasal red flag diri aku sendiri. Ya, Raudhah Rashid's red flags. Kenapa aku nak cakap pasal red flags aku? Honestly, entah lah HAHAHAHAHA. Tak tak, tipu je. Aku terfikir why not aku buat entry red flags aku so senang nanti kalau aku nak kahwin (or if Ifound someone yang aku rasa aku boleh untuk live my life together with him) aku boleh just give him the link to this entry HAHAHAHA. Sebab kan, aku perasan (and I know me too well) bila aku bercinta, aku jadi buta. Ya geng, cinta tu buta wkwkwkwkw. Last aku bercinta 2020 and broke up on 2021. Aku realize yang macam-macam benda yang aku tak suka kat ex partner aku tu sebenarnya tapi sebab macam yang aku cakapkan tadi, cinta tu buta so aku rasa aku boleh untuk nak go on dengan semua red flags dia even semua benda tu aku tak suka. Macam lower my standard laa gitu. Lepas break, baru laa nak sedar yang sebenarnya, aku tak suka kalau dia buat macamni, aku tak suka kalau dia macamtu, aku tak suka perangai dia macamni, aku tak suka perangai dia yang macam tu. 

    Maka, aku rasa bila aku buat entry ni, nanti-nanti in Syaa Allah aku dah tak buta dah wkwkwkw. Lagipun, benda ni penting tau. Kalau dah kenal lama-lama pastu after he/she tau red flags kau, nanti dia tak boleh terima macam mana? Tak baik tau permainkan hati orang. Tak elok jugak buang masa bercinta lama-lama ni. Dosa tau (aku tau korang tau). Jadi untuk mengelakkan buang-buang masa ni dan dengan adanya entry ni, maybe this entry akan menyelamatkan aku daripada terima orang yang bukan-bukan. 

Disclaimer: Sebenarnya en aku pun taktau lah ni kategori red flags aku ataupun benda yang aku pantang orang buat sebabnya red flags ni kalau dia rasa benda tu red flag ke atas diri seseorang the it counts as red flag laa kan. Kalau A rasa benda tu red flag, tapi B rasa macam okay je, so maksudnya tu bukan sejenis red flag untuk B. Kalau C rasa macam A ni ada red flag, maksudnya C counts it as red  flag meanwhile for B, tu bukan red flag. Entah lah. Aku pun tak faham nak terangkan kat korang macam mana. Basically, entry ni nak kasitau benda-benda yang aku tak suka.

Red flag: someone nampak aku do/talk something and he/she doesn't like it = red flag

Okay, let's go.

🚩 Red Flags

1. Kalau aku cakap taknak, memang aku taknak.

    Aku rasa kebanyakan orang kat luar sana memang macam ni. I mean, siapa je nak buat benda yang dia taknak buat kan? Cuma, aku ni macam teruk sikit sebab aku memang takkan buat benda yang aku taknak buat tu. Boleh katakan macam aku keras kepala gak ah. CUMA benda ni boleh cure bila orang tu pujuk aku baik baik, cakap baik baik and maybe treat me something if aku buat benda tu. Contoh yang berlaku dalam real life aku en, contoh macam mak aku suruh buat something, tapi aku taknak. Dia paksa sambil bercakap guna suara kasar. Aku tak boleh do orang macam tu. Tapi sebab dia mak en, kau faham-fahamlah. Cuma point aku kat sini, kau dah la paksa orang pastu cakap kasar kasar pulak. Nyampah aku. At least, please puji lepas aku buat kerja yang kau nak aku buat tu. By the way, love language aku memang words of affirmation ya wkwkwkwkw so aku rasa sebab tu aku ni memang jenis mintak puji sikit. Aku suka bila orang comfortkan aku. Aku suka bila orang ambil berat tentang daily life aku. Aku rasa macam orang sayang aku. Kalau hari aku kosong (tak buat apa-apa), kau bawak laa aku jalan-jalan, lepak-lepak ke, buat something best ke. Aku appreciate gila orang macam tu. 

    Benda ni jadi red flag orang terhadap aku sebab ia akan buat aku nampak macam aku ni keras kepala. Ikut kepala aku je. Semua nak ikut aku. Aaaaa camtu.

2. Aku tak suka orang ulang instruction dia banyak kali.

    Aku tau laa aku nak kena buat benda tu. Ya, aku tau. Tak perlu nak cakap banyak kali. Aku faham je niat sesetengah orang yang nak ingatkan aku. Aku hargai jugak do kadang-kadang sebenarnya sebab kadang-kadang memang aku lupa benda tu. Aku tak suka betul kalau aku dah macam on the way nak buat benda tu / tak sempat nak buat benda tu lagi, orang yang kasi instruction tu repeat his/her words again. Contoh on the way nak buat tu macam ni. Contoh laa en, mak suruh lap meja pastu tutup kipas kat meja tu. Okay so dalam otak kau dah set 2 tasks; 1. lap meja 2. tutup kipas lepas lap meja. Kau pun dah tengah lap meja, dah habis tu, kau on the way nak pergi tutup kipas tapi mak kau repeat her words again. I mean like, kau sabar laa jap. Satu-satu boleh tak? Haaa gitu. Eh by the way ni bukan tertakluk untuk mak-mak je tau. Ni aku kasi contoh je. Boleh jadi benda ni jadi between kau ngan kawan-kawan ke, kau dengan colleague ke en.

    Ni pulak red flag jugak sebab orang aku rasa aku macam acah-acah bagus. Ye laa, konon semua benda ingat sampai tak perlu disuruh berkali-kali pastu tiba-tiba ada jugak benda yang aku tertinggal nak buat. Haaa tu laa ego lagi. Okay, tu dia perkataan yang sesuai, ego.

3. Aku tak suka bila aku dah siap pastu kena buat kerja.

    Ni aku selalu gila kena and aku benci gila. Situation ni selalu jadi masa raya ataupun masa pergi rumah sesiapa. Aku tak kisah mat kalau setakat satu dua cawan nak kena basuh. Ini dah kalau satu family punya nak kena basuh, aku macam πŸ˜’ Ye laa mat, dah laa susah nak gi jalan mana-mana pakai kemas-kemas, cantik-cantik pastu bila tiba-tiba kau suruh aku buat kerja (basuh pinggan terutamanya) benda tu akan buat aku pissed off gila sampai rasa macam nak mengamuk. Kau tahu sebab apa? sebab asyik-asyik muka aku. Mak aku jenis yang 'takpa takpa, Raudhah boleh buat. Anak dara kena buat kerja kat dapur'. Weh mat, rumah yang kitorang pergi tu pun anak dara ramai lah. Okay laa fine, nak kata macam tetamu kan, adab kena ada tapi for me, at least cukup kalau aku nak gi basuh tu pastu bila dia kata tak payah then aku akan tinggal je sebabnya kita taktau tau tuan rumah tu selesa ke tak kita pegang semua pinggan mangkuk dia. Dibuatnya pecah ke, nak pulak tu yang paling dia sayang. Aaaaa sudah. Sampai ma*pus aku takkan jejak dah rumah tu sebab aku yakin benda tu akan buat dia (and aku) fobia. Maybe ada laa sebab tuan rumah tak kasi kita basuh pinggan tu. Mungkin sinki dia bersepah kat dapur ataupun mungkin dia tak sempat sental lagi sinki rumah dia so dia segan kalau kita tengok, mana laa nak tau en.

    Sambung pasal anak dara tadi. Ada cousin aku ni, also ada anak dara jugak cuma dia takkan suruh anak dia buat pun kerja rumah kat rumah tu sebab dia kata kita ni tetamu, tanggungjawab dia laa nak layan kita. Memang laa bagus tolong tuan rumah basuh pinggan tapi kalau dia dah kata tak payah tu then no need laa. Bagi aku, memang akan nampak macam penting diri sikit tapi alah weh penat lah nak fikir apa orang fikir towards us. Kau, kalau orang tak suka, buat lah apa pun, bernafas dalam bumi yang sama pun, dia takkan pernah suka kau. Kalau dia suka kau, kau goyang kaki pun dia still suka kau. Ingat tu je.

    Ya betul. Memang muka aku je lah dok menghadap kena basuh pinggan. Benda ni sumpah jadi in real life and aku sangat tak suka. Kau imagine eh, kalau aku gi rumah orang, aku kena basuh pinggan sebab aku anak dara. Kalau orang datang rumah aku, aku kena basuh pinggan sebab dorang tetamu, they can't do anything inside the kitchen. Kau faham tak apa aku rasa sekarang ni? Suka hati ah apa korang nak cakap. Aku pemalas ke apa ke. Kau dah hadap benda macam ni, baru sembang ngan aku eh mat. Selagi kau tak kena, kau takkan rasa and faham apa aku rasa.

    Consequences dia adalah benda ni buat aku nampak pemalas + pentingkan diri which are obviously, red flags. Benda ni buat perangai aku nampak buruk tapi for me, suka hati lah korang nak cakap apa yang penting bila aku buat benda tu, takde laa aku buat tak ikhlas en. Penat tau buat benda tak ikhlas ni. Rasa takde quality and buang masa.

4. Aku tak suka orang cakap kasar dengan aku.

    I mean, siapa je suka? Macam aku cakap kat atas tadi laa untuk point ni. Tiba-tiba nak cakap kasar, tinggi suara sedangkan benda takde apa pun ataupun lagi satu yang aku selalu kena dengan mak aku en, tiba-tiba dia nak menengking macam, contoh air tumpah tapi tak lap en, pastu tiba-tiba tengking and asking like siapa buat ni?! Okay, ya benda ni normal kat mak-mak tapi entah lah weh, benda ni effect mental aku. Taktau lah. Kadang aku rasa, memang aku yang mental sebenarnya tau. Sikit-sikit nak koyak, sikit-sikit nak sentap, haih entah lah. Aku ni terlampau complicated sampai aku rasa aku tak boleh nak hidup dengan orang lain lebih-lebih lagi lelaki. Lelaki ni pulak kau faham-faham ah weh. Lepas kahwin, terus harap semua benda isteri buatkan. Aku pantang betul kalau lepas kahwin smeua benda A sampai Z perempuan kena buat tau. Geram aku. 

    So benda ni buat aku nampak teruk sebab orang akan yang aku cakap ngan orang macam tu boleh, sampai aku kena, aku nak terasa pulak. Tak weh, lain tau nada gurau ngan nada serious ni, kau kena faham tu.

5. Aku tak suka bila aku tak suka benda tu, orang claim aku suka benda tu.

    Ni mak aku suka gila buat ya Allah stress aku. Aku tak suka basub telur tau. Disclaimer; aku bukannya tak suka cuma aku tak suka bila mak aku masuk campur. Dia ni cerewet sikit. Dia nak aku buat style dia. Semua benda pun sebenarnya. Kemas rumah ke, basuh pinggan ke, apa ke, semua kena ikut style dia. Dia pernah do cakap aku dulu suka tiru orang. Contoh bila aku kawan ngan A, aku akan ikut perangai A. Manja ke apa ke. Bila aku kawan ngan B, aku akan ikut perangai B macam tergedik-gedik ke apa ke. Kadang aku macam lol, habistu nak ikut perangai kau ke? Memandai je cakap aku copy paste orang. Kau tu bagus sangat ke? Kau pun lebih kurang je ngikut orang. Lol. 

    Maaf, terluah perasaan. Okay sambung. Aku kalau kat rumah, bila ayah aku beli telur ke apa, memang amik mood sikit nak basuh tu. Entah lah, aku tak minat sangat basuh telur ni. Okay pastu aku dah settle laa basuh apa semua en telur kat rumah. Eh tiba-tiba bila aku gi rumah makcik aku, dia nampak telur sepapan tak basuh lagi, dia akan cakap macam 'haa takpa, Raudhah suka basub telur. Bagi ja laa dia buat' aku kadang kadang macam 😀πŸ₯΄ Haaa kau faham tak. Memang ya, betul makcik aku tu dah kategori berumur, kategori patut ditolong dalam menguruskan kehidupan tapi weh agak-agak ah. Kat rumah pun aku kumpul mood nak basuh telur, apatah lagi kat rumah orang. Aku pun terpaksa je laa basuhnya, taknak burukkan nama sendiri punya pasal. Tu pun makcik aku complain sabun pakai banyak lah masa basuh telur lah apa lah haih. Penat laa hidup orang asyik complain cara kerja aku. Aku tak suka. Kalau kau rasa cara aku buat kerja tak kena dengan spec kau, kau buat sendiri laa mat. Aku nak tolong buatkan pun dah cukup bagus eh. Aku ada style buat kerja aku sendiri, kau ada style kau sendiri. Kalau kau dah mintak tolong aku tu, buat cara 'minta tolong'. Tak perlu kot nak complain itu ini. Kalau aku buat tu salah ke apa takpe tau nak complain, yang problem sekarang ni, bila apa yang aku buat dengan apa yang kau buat, cara tu tak sama, tapi the result still same, kau nak complain asal? 

    See aku. Keras kepala.

6. Aku tak suka orang bahan/usik aku benda yang aku tak suka.

    Aku ni tak suka kucing tau. Aku sebenarnya geli. Aku geli dengan semua benda yang bertulang kecuali manusia. Aku taktau lah kenapa 😭 tapi aku yakin, kalau slowly teach lama-lama aku akan adapt jugak sebab aku memang jenis macam tu. Dulu, aku tak makan cendol tau. Cendol yang hijau tu. Kalau gi kedai, memang aku akan order cendol taknak cendol (ya aku tahu pelik πŸ™ƒ). Then, ada laa one day ni, aku tengah scroll kat twitter, masa ni otw gi kenduri. Ada satu video kat insider, dia tunjuk cara-cara buat cendol yang hijau tu weh. Aku macam weh what?! Nampak sedap siaaaa 😭❤ Sebabnya ingredients yang dia guna tu, semua benda yang aku makan. Sebabnya, aku ni jenis tengok dulu nak makan apa-apa tau (ya, aku sangat cerewet bab makan). Dulu, aku tak makan nasi goreng kat luar, aku makan mak aku masak je. Masa aku masuk asrama, kalau ada nasi goreng paling aku tak suka sebab aku tak makan and terjadilah one day ni aku try makan sebab nampak sedap, and yes, memang sedap so start tu aku start makan nasi goreng kalau kat luar, yang selain mak aku masak laa. Ouh sambung, since then, aku nampak cendol tu sedap gilaaaa! Ngam pulak masa tu kat kenduri tu ada cendol weh, rezeki betul and yes, cendol hijau tu memang sedap.

    Dari haiwan pergi ke makanan πŸ˜† Okay, cerita dia ada kawan aku ni suka usik aku dengan kucing. Letak kucing kat aku, bawak kucing datang kat aku. Mula-mula tu kalau ringan-ringan je takpe ah weh. Ini kalau dah sampai setiap masa nampak kucing nak ngusik aku, barai gak ah en. Cuba jangan guna weakness orang tu untuk usik dia boleh tak? Penat tau. Ada orang dia macam tak kisah en orang usik dia, tapi aku tak. Kalau sikit-sikit tu takpe, lebih-lebih siapa nak layan. Daripada mood semua okay tiba-tiba badmood tu, takyah tanya ah kenapa.

    Red flag dia is orang akan kata aku mengada. 

Conclusion dia is entah lah. Susah lah orang nak hidup dengan aku. Ni jugak salah satu sebab aku macam berat hati sikit kalau nak kahwin ni even aku ni bukan laa umur-umur yang dah wajib kahwin kan. Aku taknak aku terlambat and menyesal je nanti bila tak jumpa someone for my soul en. Tipu laa kalau aku cakap aku tak rasa nak kahwin langsung en. Boleh tanya do kawan kawan aku zaman-zaman sekolah dulu. Aku memang someone yang nak kahwin awal. Tapi, makin aku besar, makin aku sedar yang perkahwinan ni tak semudah lafaz akad nikah tu. Aku pun ada doa supaya Allah tak kasi aku perasaan yang asyik suka je mana-mana laki sebab aku memang someone yang cepat jatuh hati. Aku memang doa supaya one day if aku suka kat sorang laki ni, maksudnya dia memang jodoh aku sebab aku dah taknak buang-buang masa minat dekat orang yang tak pasti pun tu jodoh aku. Kau tahu apa jadi lepas aku start doa macam tu? Aku jadi tawar hati dengan cinta. Bagi aku, semua lelaki sama je. Aku macam takde rasa nak bercinta tu. Entahlah, mungkin ni yang terbaik untuk aku for now supaya aku terpelihara daripada buat zina yang bukan-bukan. Zina mata, hati semua tu lah yang paling susah nak jaga.

    Aku sangat berharap one day nanti, aku direzekikan untuk jumpa orang (basically, husband) yang sangat faham perangai mengada + tah pape aku ni. Aku ni boleh do kalau orang didik aku elok-elok, tak marah-marah, cakap elok-elok ngan aku. Aku just akan bengang bila dia tak layan aku elok, tu je aku rasa aku ni. By the way, kat atas tu banyak eh aku mengata mak aku HAHAHAHA. Tak laa weh, tu just macam contoh je untuk dapat bayangkan pov yang aku nak sampaikan kat korang. Most of the time memang aku banyak hidup ngan mak aku so banyak laa benda annoying jadi tu kan. Biasalah, mak ngan anak. 

    Okay lah, tu je kot aku nak cakap kat entry ni. Aku akan update laa kot kot ada yang nak ditambah en.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n