Skip to main content

Planning πŸ’

 Helloo everyone! Korang sihat? Harap-harap semoga korang semua dibawah lindungan Allah Taala, aamiin! Tengok tajuk pun dah tau aku nak cakap pasal apa kan? Okay, jom letak cover entry ni.


Kahwin!

    Otak aku tiba-tiba come out with this topic sebab two days ago, cousin aku engaged. Ya. Cousin sebaya aku (20 years old) tunang 2 days ago. Aku? Aku kat sini tenang tenang dulu even ramai big family (pakcik, makcik, cousin) pakat-pakat dok tanya aku ada boyfriend ke tak, aku bila nak bertunang pulak and macam-macam. Aku boleh katakan, most of my batch (cousin yang lebih kurang umur macam aku; range 20 to 22 years old), dorang ni dah ada 'kawan lelaki'. Aku? Aku tenang tenang dulu tengok semua kdrama yang aku tak sempat tengok zaman asrama dulu hehe (aku tengah tengok Descendant of the Sun sekarang wkwkwkw).

    Bagi aku, kahwin ni benda besar. As we know, kahwin ni bukan nak hidup sehari dua dengan orang yang sama. Nak hidup dengan dia tu sampai akhir hayat (sampai mati laa senang cerita). So benda ni susah untuk aku. Aku ada high expectations dalam sebuah perkahwinan. Aku boleh katakan, aku akan bayangkan dalam perkahwinan ni, hampir semua benda perfect. Perfect in my definition bermaksud kedua-dua individu tersebut (lelaki dan perempuan) ready in terms of financial, behaviour and few things lagi.

    Kalau aku (kalau aku laa), aku target untuk kahwin agak lewat (25 above) sebab aku nak build my career first. Aku nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, boleh spent untuk apa sahaja yang aku nak in this world, kasi semua benda yang umi and abi wish baru laa aku nak fikir pasal kahwin. Benda tu amik masa mat. Nak bayar loan kereta. Nak kumpul duit beli kereta, rumah. Dah beli kereta, kena amik tahu maintenance dia lagi. Rumah tu. Dah beli rumah, takkan kau nak bersila kat lantai je? Macam-macam nak kena beli. Start dengan ruang tamu. Sofa, tv, jam dinding, hiasan dalaman, rak buku, aircond dsb. Masuk dapur pulak. Peti ais, stove, water heater, pinggan mangkuk cawan gelas sudu garfu dsb. Masuk dalam peti ais. Barang basah, barang kering dsb. Kat dapur, mesti nak ada kabinet. Kat bilik tidur, mesti nak ada aircond satu, katil lagi, cadar katil lagi, hiasan apa benda yang kau nak. Tandas. Clorox, sabun cuci baju, sabun mandi, syampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, listerine dsb. Tu baru satu bilik. Kalau rumah kau ada 3 bilik (tolak 1 bilik sebab tu bilik kau), lagi 2 bilik tu takkan nak biar kosong? Paling-paling katil kena ada. Kalau bilik tu ada tandas, barang mandi kat sana kena lengkap. Banyak benda yang kita nampak macam tu kehendak kita tapi sebenarnya tu keperluan. Washing machine. Rak kasut. Banyak. Banyak sangat benda untuk kau invest once dah ada rumah. Untuk kau invest, kau kena ada duit. Mana nak dapat duit? Kena kerja la u. Tak masuk lagi eh monthly bills. Bil telefon, bil air, bil elektrik. 

    Aku tak suka and kalau boleh memang taknak untuk husband aku sahaja yang kerja dalam rumah tu. Kau tau sebab apa? Kalau husband kau jenis kasi duit belanja rumah asing, duit untuk belanja anak-anak asing, duit untuk diri kau sendiri asing, then kau boleh lepak goyang kaki kat rumah. Tapi, kalau dia jenis kasi 3 benda yang aku sebut tadi lump sum, percayalah cakap aku, kau akan makan hati and tak tenang. Aku yakin 200 percent, duit tu takkan cukup untuk kau. Kita pulak perempuan en. Mesti la nak lengkapkan apa yang patut kat rumah tu. Laki balik, nak kena masak untuk makan dia. Ye laa mat, dah kau tak kerja. Apa lagi kerja kau selain jaga rumah tu kan?

    For me, tak salah untuk dua-dua kerja and cari masa untuk jaga rumah tu sama-sama. Cari masa untuk lipat baju sama-sama. Cari masa untuk masak sama-sama. Always ada kata sepakat. Kalau malas nak lipat baju, then malas sama-sama. Aku memang dah set dalam otak aku, kahwin ni always dua benda, dua kepala, dua badan, dua otak, dua jantina yang akan duduk dalam satu hubungan yang sama, satu rumah yang sama. Weh, fikir logik eh. Even nak dapat anak pun, dua individu kena 'kerjasama' untuk bentuk satu individu baru dalam life dorang. Meaning that, duit rumah kena bahagi dua. Bil telefon kau bayar, laki kau bayar bil rumah. Kau bayar bil elektrik, laki kau belikan barang-barang rumah. Sebelum kahwin kena clear siap-siap. Tahu financial masing-masing. At least kalau kau kerja, kalau kau tak sempat masak ataupun dah sampai rumah tu letih, then treat your husband. Belanja McD ke, belanja apa-apa yang dia nak makan. Kalau dia dah bosan asyik makan luar, and nak kau masak, then ask him nak makan apa, beli barang and masak. Simple as that. 

    Ya, memang betul duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Kau rasa, kau boleh ke nak happy-happy dengan suami kau tanpa duit? Kau rasa kau boleh ke nak celebrate birthdy dia tanpa duit? Iya, bahagia tu sederhana tapi macam mana kalau kalau dah sampai sekali sekala nak belanja suami barang mewah pun tak mampu? Aku bukan laa nak kata yang bila kita kahwin ni, takde ujian langsung yang Allah bagi kat kita but at least, kesusahan tu bukan datang dari masalah kewangan. Kewangan pun satu masalah dalam kahwin. Nak makan tapi takde duit. Nak beli itu, nak beli ini tapi takde duit. Ini baru bercakap pasal kau ngan laki kau ya. Belum lagi part ada anak. Anak pun satu masalah. Bukan satu masalah yang melecehkan. Maksud aku, untuk ada anak tu pun, perlukan duit. Basic needs dia macam baju, pampers, susu dsb tu perlukan duit right? Manusia weh memang laa. Itu tak kira lagi 'nafsu' kita as mak bapak yang nak belikan dia baju cantik-cantik, mainan best-best untuk rangsang pengetahuan dia. Nanti dah besar sikit, umur dah boleh masuk tadika, nak kena beli uniform sekolah dia lagi, nak bayar yuran sekolah lagi. Memang laa kau boleh kata sekolah kerajaan tapikau lupa ke setiap tahun mak bapak kita kena bayar yuran PIBG kat sekolah tu? Tak masuk lagi nak kasi duit belanja untuk makan kat sekolah. Tak masuk lagi nyah nak kena beli buku itu, buku ini. Memang laa buku teks tu pinjaman takyah bayar tapi kau lupa ke cikgu cikgu mostly guna buku luar yang mak bapak kena beli?

    Tak mudah ya untuk husband tanggung semua benda sorang-sorang. Mana nak bayar bil rumah lagi, nak beli barang rumah lagi, nak kasi nafkah kat kau lagi. Banyak benda dia nak fikir, lama-lama mampus member tu. Kau boleh untuk tak kerja hanya kalau laki kau gaji Rm15,000 sebulan. Itupun kalau komitmen korang tak banyak. Kalau banyak, habis duit pusing-pusing kat situ je lah tiap-tiap bulan. Fikir rasional, please untuk yang perempuan ni. Kau nak beli baju kau suka pun, kau akan segan bila terpaksa mintak semua ngan suami kau. Kalau kau pernah bekerja, kau akan rindu your ability to spend your money for your own desire. Percayalah cakap aku.

    Itu basic needs ya anak-anak. Basic needs. Belum lagi tiba-tiba emergency. Accident ke, kau / your husband tiba-tiba sakit ke. Sakit biasa-biasa pergi klinik pun dah beratus, apatah lagi sakit yang lebih teruk. Tiba-tiba pulak masa tu kereta buat hal tak boleh nak start. There's a lot of sudden yang boleh jadi dalam hidup ni and kita kena bersiap sedia. At least, kalau husband and wife bekerja, korang ada 2 simpanan which is really really good other than 1 simpanan sahaja. Barang-barang sekarang semua mahal-mahal dik. Kau jangan fikir seronok kahwin je. Berapa ramai yang harini bercerai sebab tak cukup duit? Ramai sangat.

    Ouh ya, satu lagi benda yang paaaaaling penting duit boleh buat untuk perempuan is bila cerai nanti. Lawyer tak murah dik and belum tentu lagi lepas kau cerai, laki kau akan continuously kasi nafkah kat kau. Kadang dia bagi tak sampai pun amount yang mahkamah dah tetapkan. Nak buat aduan pun, kau ingat mahkamah layan kau on the spot ke? After one year pun belum tentu mahkamah akan pandang kes kau ni sebab ramai lagi manusia yang bercerai and ada masalah yang lebih besar dan teruk nak banding dengan masalah kau ni. Ya, betul lepas kahwin ada rezeki masing-masing tapi tolong jangan lupa juga tentang ujian yang Allah sebutkan. Kahwin ni bukan tentang bahagia semata-mata. Ada yang diuji sampai terpaksa bercerai. 

    Itu baru dari segi duit. Tak masuk lagi dengan perangai kita dan pasangan. Memang laa aku kata tadi kan, apa-apa nak buat sama-sama. Tapi, cuba imagine kalau masa tu korang tak sekepala, maybe sebab masatu sama-sama penat ke apa ke kan. Mana nak tau kan. Ngam pulak masa tu tiba-tiba semua benda nak sensitive so korang pun gaduh. Personally, for me kan, benda ni memang tak boleh elak. Takkan laa kau kahwin tak gaduh langsung. Takkan laa (mustahil) untuk semua benda went well sahaja ya. Pada aku, kematangan untuk seseorang lelaki dan perempuan handle masalah yang akan mendatang dalam rumahtangga ni sangat pentig. Jangan salahkan isteri, jangan salahkan suami. Kalau base kita kukuh, In syaa Allah semua masalah dapat diselesaikan dengan mudah dan baik. 

    Bukan dari segi kewangan sahaja ya, perasaan, hormat pasangan dan lain-lain juga harus dipelajari. Benda yang suami tak suka, jangan buat. Benda yang isteri tak suka, jangan buat. 

Kerjasama. Always kerjasama.

Aku ada baca beberapa artikel tentang rumahtangga yang aku rasa patut dijadikan teladan dan menjadi point untuk korang fikirkan apa yang terbaik untuk perkahwinan korang. Credit; IIUM Confession

1. Semakin hilang percaya ; Luahan tentang suami yang bekerja untuk membahagiakan anak dan isteri sampai mengorbankan semua hobi yang beliau minat, yang pastinya menggunakan duit la. One sided income, isteri tak kerja. For this one, in summary, suami ni macam dah lost hope laa sebab dia buat macam-macam kerja tapi duit tak pernah cukup. Dia jadi sedih bila tengok isteri dia berkira-kira nak beli something. Korang boleh baca ya.

πŸ“ŒReview aku: Ni laa aku yang aku dok tekankan. One sided income. Ya, betul kau jaga anak anak kat rumah, layan suami di rumah, buat semuaaaaa kerja rumah tapi hidup ni memerlukan wang yang banyak. Ceh nampak macam aku materialistik en HAHAHAHA tapi tak weh. Duit yang banyak tu bukan bermaksud aku kaya. Maksud aku lebih kepada duit yang mencukupi untuk kau buat semua benda. Kasi nafkah kat isteri, belanja untuk rumah and even berbelanja untuk hobi kau. Jangan laa sampai kau cut semua benda yang kau suka. Jangan macam tu. Kau pun layak untuk hidup bahagia dengan duit yang kau dah usahakan. Penat-penat ulang-alik office hari-hari tapi ended up kau tak rasa happy pun dengan life kau sebab your unstable financial.

    Bagi aku, that's not fair. Banyak kali aku tekankan, kahwin ni dua jadi satu. Selain bagi nafkah yang mencukupi pada isteri, suami juga kena guna his own money untuk buat benda yang dia suka. Memang laa, aku faham kadang kita kena berkorban sikit tapi agak-agak la. Japgi tiba-tiba kau depression, sakit teruk, lagi satu hal susahkan anak bini. Better anak sorang tapi kau mampu untuk kasi semua keperluan daripada anak berderet tapi tunggang-langgang habis semua anak-anak kau. Nak beli buku pun payah, nak bayar itu ini pun payah Tu baru sekolah. Belum baju sekolah, kasut sekolah, pakaian harian dia, pakaian jalan dia, baju raya dia.

'Anak' ni mahal ya. Kau bela manusia weh, memang mahal la. What do you expect?

Tambah anak equals to tambah expenses. Ukur baju kat badan sendiri.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n