Skip to main content

Memasak Thingy 🍳

Helloooooo helloooo helloooooo semuaaaaa! Semua sihat ke? Harap harap korang semua sihat ya. Covid makin naik sekarang ni ya Allah 😣 Kalau takde sesiapa yang bagitau korang, meh aku bagitau. Jaga diri korang baik-baik, jaga makan minum semua. Minum air banyak-banyak. Ingatlah, walaupun korang single, aku tetap ada untuk bertanyakan khabar korang *peluk jauh (peluk perempuan je)

cover untuk entry ni mesti laa ada u

Okay so entry kali ni aku nak buat macam ala-ala compilation laa apa yang aku masak sendiri since macam yang aku dah cerita kat entry lepas, mak aku telah dipotong perutnya. Senang cerita, having an operation laa. Sementara nak tunggu sihat tu, aku laa yang dok masa-masak apa bagai, kemas rumah, sapu rumah, jemur baju mak ayah aku, basuh baju, mop rumah, cuci toilet dan sebagainya. Saja laa nak listkan semua benda yang aku buat HAHAHAHAHA. The reason why aku tulis semua ni sebab aku kat rumah bukan jenis yang selalu masak. Kalau aku tolong umi kat dapur pun, mostly tolong potong sayur ataupun basuh pinggan je. Jarang laa masak-masak ni. Tolong kacau tu ya HAHAHAHAHA. Okay, let us make it short. 

Entry kali ni, In syaa Allah pendek je, untuk hari ni laa. Aku akan update day by day sebab:

  1. Aku nak masukkan semua gambar makanan yang aku dah masak because imma proud girl
  2. Nak tulis semua recipe yang mak aku kasitau untuk makanan yang aku masak tu
  3. Kenangan laa aku first time masak sendiri tanpa mak aku pantau aku (beliau tak larat nak berdiri)
Jom start!

🌻 Day 1 ; August 2, 2022
Aku masak bubur ayam kampung. Kenapa aku mention ayam kampung tu? Sebab aku yakin kalau aku buat bubur ayam biasa, mesti dah jadi dah bubur tu. Bubur tu jadi je sebenarnya tapi ayam dia macam liat sikit. Bila aku tanya mak aku, dia kata ayam kampung memang macam tu. Therefore, aku beranggapan yang bubur aku tu jadi je sebenarnya cuma tu lah, ayam tu. Tekstur dia tak best. Masa aku buat bubur ni, umi kata masin sikit. Sebenarnya, bila aku rasa memang laa ada a bit masin, cuma lidah aku translate benda tu macam, ouh ni mesti sebab rasa dia agak kaw, thus, dia jadi camtu. Tapi, tidak ya. Memang masin sikit. Tambah pulak black pepper, lagi syahdu mat rasa dia.

Overall, aku rasa umi rate bubur ayam kampung tu 5/10 sebab agak masin. Plus, sayur sawi tu lepas tutup current periuk nasi tu (ya, aku masak guna periuk nasi), aku terus letak. Then, bubur kan bila dah lama-lama dia akan jadi pekat so aku pun dok tambah-tambah laa air. As a result, sawi tu macam overcook. Warna dia pun, daripada hijau sawi, jadi macam daun pandan kering yang ayah-ayah selalu letak dalam kereta untuk wangikan kereta tu. 

This is the result.

Bahan-bahan:
  • Beras 1/2 pot (pot nasi)
  • Air 2 pot (2 dan lebih)
  • Bawang kecil 1 biji
  • Bawang putih 1/2 ulas (depends; kecil letak 2, kalau besar letak 1)
  • Halis sekeping (hiris memanjang macam hiris carrot tu)
  • Masukkan ayam/ikan (bubur yang aku buat for 2 days ni basically sama je, cuma yang beza ayam ngan ikan sahaja)
  • Sayur: Carrot, sawi, daun ketumbar, daun bawang (sayur ni tak kisah sebenarnya. Ikut laa korang nak letak sayur apa pun tau)
  • Optional: Black pepper
♡♡♡♡♡♡♡ tumis bahan di atas & biarkan sampai dia menggelegak masak ♡♡♡♡♡♡♡

Lepas je button cook tu dah berubah ke warm, tutup current then masukkan sawi, carrot, daun ketumbar and daun bawang.

πŸ“Œ Tips:
  • Lepas bahan-bahan dari beras ke masukkan ayam/ikan tu, kalau nak hancur-hancurkan beras tu, keluarkan ayam/ikan tu untuk elakkan dia hancur selepas dikacau-kacau. Lepas dah settle kacau ikut kepekatan mana yang korang, nak baru masukkan sayur-sayur tu.
  • Bila masak dengan rice cooker, dia akan make sure air yang dalam tu kering tau. Al maklum laa nama pun periuk nasi en, memang masak nasi dia jadi gitu en. So, masa korang nampak air dah menggelegak tu, hancur-hancurkan nasi tu guna senduk kayu.
  • Kalau nak pekat, biar je. Kalau nak macam cair-cair, tambah air then biarkan dia menggelegak.
  • Sayur yang cepat layu macam sawi, letak hujung-hujung. Sayur yang lambat nak lembut, macam carrot, letak lepas dah habis menggelegak tu.
  • Sawi tu hiris halus. Senang nak hadam.
🌻 Day 2 ; August 3, 2022
🐟 Bubur ikan tenggiri. Cara-cara masak dia sama je. Bahan-bahan pun sama. Beza dia ayam/ikan sahaja.

 
aku baru tau kita boleh letak gambar sebelah-sebelah macam ni 😭😭😭

Korang boleh nampak perbezaan sayur yang masa Day 1 dengan Day 2. Warna dia tu lain. Tahap kehijauan dia tu. Ikan tu aku biar masak sekali dalam bubur tu pastu tu aku keluarkan then rincik-rincik isi dia. Nanti nak makan, baru mak aku tabur laa kat bubur tu sebab aku taknak nanti ikan tu tak rasa. Kalau dah halus sangat kan dia jadi macam tak rasa. 

🌻 Day 3 ; August 4, 2022
Harini aku masak nasi putih, sayur campur dengan telur je. Simple tapi first time aku buat tanpa pantauan umi wkwkwkwkw. Malam semalam sebelum beliau tidur, aku dah amik resipi. Benda-benda yang aku masak ni en, semua simple-simple je tapi sebab ni first time aku buat sendiri, tanpa pertolongan sesiapa so macam bangga sikit wkwkwkwkw. So, ni bahan-bahan dia.

πŸ₯¦ Sayur campur
  • Sawi (letak last sebab cepat layu) carrot & kubis bunga (letak mula mula sebab lambat sikit masak)
  • Bawang kecil 1 (hiris halus)
  • Bawang putih 1 (kalau kecil letak 2) (hiris halus)
  • Optional; Udang/sotong (amik beberapa je, takyah banyak-banyak)
  • Garam sikit (secukup rasa)
  • Optional; Sos tiram
Okay habis. Senang je sayur campur ni en. Mula-mula letak minyak sikit. Sikit je, agak-agak cukup untuk tumis bawang kecil, bawang putih ngan udang/sotong tu. Dah macam half cook tu, masukkan carrot ngan kubis bunga. Kacau sikit lepastu letak air sikit-sikit (Letak laa banyak mana korang nak. Kalau nak air sayur tu lebih, letak air banyak and vice versa). Dah agak-agak carrot ngan kubis bunga dah half cook tu, masukkan sawi pulak. Gaul-gaul lepastu letak garam secukup rasa. 

πŸ“Œ Tips
  • Macam mana nak tau dah cukup garam ke tak? Rasa laa u. Kalau tak rasa macam mana nak tau kan? 
  • Kalau terlebih masin nak buat macam mana? Adjust dengan tambahkan air. 
  • Kalau lepas tambah air tu jadi tawar? Letak garam balik. Letak sikit-sikit.
  • Kalau agak macam tak confident rasa masin dia tu, sebelum letak sayur yang cepat layu (tak kisah laa sawi ke apa ke, asalkan sayur yang cepat layu) rasa dulu sama ada sayur tu dah cukup rasa ke belum. Cukup masin ke kurang ke. So that nanti takde laa sayur yang cepat layu tu overcook.
🍳 Telur Kicap (telur dadar je sebenarnya for today sebab harini tak jadi buat telur kicap)
Takyah resipi kot wkwkwkwkw. Tapi plan nya harini nak buat telur kicap so aku nak tulis jugak the way to do it sebab last night aku dah tanya kat umi resipe, so yeah why not.
  • Bawang merah 3 (ikut kau laa nak potong dadu ke, bulat ke)
  • Bawang putih 1 / 2 (depends on size)
  • Sos tiram secukup rasa
  • Kicap (obviously)
  • Optional; Tomato & daun bawang
Nak buat dia simple je. Tumis je bawang merah ngan bawang putih. Then letak sos tiram and kicap pastu gaul-gaul. Letak air. Garam tak perlu sebab sos tiram ngan kicap tu dah ada rasa. Cuma, kena balance kan je rasa kicap ngan sos tiram tu. Dah mendidih (buih buih) tu, masukkan tomato. Kacau-kacau sampai tomato half cook pastu tutup api then tuang atas telur yang dah digoreng tadi. Selalunya telur kicap ni sedap makan ngan telur mata. Tapi ikut taste kau laa mat. Telur dadar pun cun gak.


Ni laa yang aku masak harini untuk aku, abi ngan bai makan. Disclaimer: Ikan masak merah tu semalam pakcik aku datang, so makcik aku bawakkan untuk kitorang. Thank you bapak & mami <3

Untuk umi, aku ada buat sup ikan haruan.

🐟 Sup Ikan Haruan
Since ni lauk orang pantang (count as pantang sebab mak aku kan baru habis operate) so sup dia pun basically simple je. Taktau laa cara buat dia memang camtu je ataupun mak aku taknak susahkan aku kena buat yang gempak-gempak. Al maklum lah, aku baru belajar masak en wkwkwkw. Okay, jom.
  • Ikan haruan (ikan yang masa aku masak ni kecik je, dah potong-potong so aku guna 3 ketul untuk sekali makan)
  • bawang kecil 1 (hiris macam biasa)
  • bawang putih 3 ulas
  • halia (hiris tebal sikit, dalam 3 keping)
  • daun bawang, daun ketumbar, tomato
  • air (nak buat sup kan so kena ada air laa u)
  • Garam
Tadaaa! Tu je. Memandangkan umi tak boleh makan benda-benda yang tumis ni (aku pun taktau kenapa) so mula-mula aku letak air dalam periuk. Air tu agak-agak je. Kalau tak cukup, nanti tambah. Then, nyalakan api. Api kecik je sebab kita kan nak reneh je benda alah tu. Masukkan bawang kecil and bawang putih and halia dalam tu. Kacau-kacau. Masukkan ikan then terbalik-terbalikkan laa ikan tu so that kedua-dua belah ikan tu akan masak. Nak rebus ikan ni kejap je so lepas nampak ikan macam dah masak, masukkan garam. Kacau-kacau. Then masukkan daun bawang, daun ketumbar ngan tomato. Dah siap! Senang en. Aku rasa, masak sup benda paling senang dalam kehidupan abad ini. Sihat pun sihat, sedap pun sedap. 


Ni first time aku masak sup ikan. Ikan haruan pulak tu ya Allah. As usual, aku masih geli dengan ikan mentah. Nak nak pulak ngan ikan haruan tu. Even pagi tadi abi dah cuci ikan tu elok-elok semua, buang kepala dia, aku still terbayang aku pegang ikan hidup wkwkwkwkw. Aku memang geli sikit siang-siang ikan ngan ayam ni. Ayam kalau bahagian dada aku cam takpe lagi sebab dia isi, dia macam tebal jugak laa. Sampai tang kepaka dia, Allahu. Geli mat. Ikan lagi laa langsung aku tak boleh. Geli teroxxx u. Tak sanggup i. So aku pegang ikan haruan tu guna plastik tadi. Effort laa jugak u nak siapkan makan kat mak i. Okay so tu je untuk harini. Jumpa lagi untuk hari-hari yang akan datang. Bye!

🌻 Day 4 ; August 6, 2022
🐟 Ikan Singgang
Hiii! Harini aku masak ikan masak asam rasanya? Entah. Aku pun taktau nak describe nama masakan ni apa tapi since ada letak asam kat dalam ni so just consider it as ikan (taktau jenis ikan ni apa) masak asam a.k.a ikan singgang. Let's go tengok bahan-bahan dia. 
  • Ikan (mesti laa kena ada ikan u)
  • Optional; Minyak zaitun & lada hitam
  • Bawang kecik (1/2 depends on size)
  • Bawang putih (1/2 depends on size)
  • Halia (nak dalam sekeping dua je, hiris memanjang)
  • Serai (1 batang. Serai tu kalau panjang sangat, potong 2)
  • Kunyit sikit
  • Asam Xtra adabi (ataupun kalau takde, korang amik sikit asam yang dalam paket tu, kau letak dalam tupperware pastu tambah air sikit then akan terjadi lah asam homemade)
  • Garam secukup rasa
Okay mula-mula, ikan tu aku bakar sebab umi macam dah jemu nak makan benda-benda yang rebus ni en. Mula-mula tu umi request goreng tapi aku malas sebenarnya wkwkwkwkw so aku recommend laa kat dia untuk bakar ikan tu. Aku malas goreng ni bukan apa. Dulu masa aku belajar masak ngan beliau, pernah laa aku goreng ikan tu tapi tak jadi do πŸ˜ͺ mak aku kata minyak tu tak panas sangat masa masukkan ikan tu so dia cam melekat tau. Kau imagine laa goreng ikan yang ada kulit tu pastu kulit dia melekat kat kuali πŸ’€ buruk ikan tu. Tu je laa first time aku goreng ikan pastu aku tak goreng dah. Aku nak elak laa do of course. Haritu masa mak aku ada pun ikan tu jadi gitu, apatah lagi time aku sorang-sorang kat dapur en.

Banyak pulak cakap.

So ikan tu mula-mula aku bakar. Masa nak bakar tu kalau iku mak aku, bakar je macam biasa tapi aku sempat google sebelum aku bakar tu. Aku baca tu ada yang kata macam dorang sapu sikit minyak zaitun ngan lada hitam kat ikan tu pastu baru dorang bakar. Since kedua-dua bahan tu ada kat rumah aku, so aku palatao ja laa buat semua tu. Lepas aku bakar ikan tu jadi laa macam ni.


Pastu aku tumis semua bahan-bahan tadi then letak air sikit-sikit then kasi pekat piaw sikit (actually takde laa piaq sangat. Ikut preferences korang. Macam mak aku, beliau taknak kuah sangat so aku buat laa macam kuah sikit. Kalau korang nak buat banyak kuah, then letak banyak air) pastu siap! Inilah hasilnya.


First time jugak aku rasa singgang ni. Okay laa not bad, aku suka. Aku baca Google orang kata ni menu untuk diet jugak so for me, okay jugak. Rasa dia best even pelik at first. Maybe sebab aku first time rasa + aku masak sendiri so maybe rasa dia tu just biasa. Kalau kat kedai aku taktau cemana. Next!

πŸ₯¦ Sayur Goreng
Ni simple je. Aku just tumis bahan-bahan yang perlu ditumis macam bawang merah ngan bawang putih. Dah tumis tu letak sawi, gaul-gaul pastu letak air sikit then last sekali letak tomato. Cam biasa laa pastu garam sikit nak kasi rasa. Dah tu je.
Sawi (suka hati nak letak berapa keping. Basuh elok elok)
  • Bawang kecik (1/2 depends size)
  • Bawang putih (1/2 depends size)
  • Tomato (suka hati nak letak banyak mana)
  • Garam (secukup rasa)
Sorry, takde gambar proper. Aku lupa nak snap lepas masak.

🍚 Nasi Goreng
Untuk kitorang pulak, aku buat nasi goreng. Nasi goreng ni simple je sebab aku guna nasi leftover semalam (Jumaat). Cousin aku datang so kitorang jamu dengan nasi arab tapi since nasi arab tu ada lebih, so aku buat laa nasi goreng untuk aku ngan bai tengah hari ni. 
  • Nasi arab leftover
  • Minyak sikit (nak masak cili boh)
  • Cili boh (sikit je since taknak pedas sangat)
  • Garam (secukup rasa)
  • Ayam leftover yang ada dengan set nasi arab semalam
  • Telur (1/2 biji depends)
Mula-mula panaskan minyak. Minyak tu takyah letak banyak sangat. Agak-agak cukup nak masak cili boh tu, haa tu dah okay. Then, masukkan cili boh tu. Masa ni aku masukkan satu sudu sebab taknak pedas sangat. Masak cili boh elok-elok sebab kalau tak masak betul, nanti sakit perut kalau makan. Also, jangan laa sampai overcook. Orang kata sampai pecah minyak gituw. Pastu letak telur then masukkan ayam yang dah dirincik-rincik (asingkan isi dan tulang untuk amik isi sahaja). Gaul dengan cili boh tu. Kacau-kacau sikit je sebab kalau terlebih kacau, nanti telur tu hancur + tak rasa masa makan nasi goreng tu. Sama macam ayam tu jugak. Jangan laa rincik halus-halus sangat, nanti tak rasa feel makan nasi goreng ngan ayam tu wkwkwkwk. Pastuw masukkanlah nasi. Gaul-gaul kasi sekata, kecikkan api pastu dah nampak berasap sikit kat kuali tu, dah boleh tutup dapur. Aku kasi rate 6/10 la untuk nasi goreng ni sebabnya nasi dia tu sendiri dah memang sedap so bila goreng biasa-biasa pun, rasa dia masih sedap. By the way, ya memang takde apa apa sayur pun sebab aku tak makan sayur wkwkwkw. Kalau boleh, bawang pun aku taknak masukkan dalam masakan aku. 


    Sebenarnya kan korang, aku ni tak terkira hari dah masak tau. Ceh, riak kahkahkah. Tak camni. Kalau baca dekat atas-atas, ya memang aku tulis day berapa aku masak + tarikh bila aku masak semua benda-benda tu. Tapi aku rasa macam lost count dah sekarang since ada hari yang aku masak lauk biasa je. Lauk biasa ni bermaksud lauk yang sama. Ada yang aku masak bubur, ada yang masak sup ikan. Kan aku dah tulis semua tu kat sini so aku memang takde tangkap gambar. Aku hanya tangkap gambar masakan yang baru first time aku masak sahaja. 

    Makanya, aku telah membuat keputusan untuk masukkan semua yang aku dah masak before this tanpa tulis tarikh sebab aku tak ingat weh πŸ˜ͺ Tarikh dia aku boleh dapat dekat photo's detail kat gallery. Cuma, aku tersangat lost count dah hari keberapa aku masak. Lepasni, memang aku akan masukkan tarikh aku masak je. Tak sempat do nak on laptop, update everyday. Ada hari tak sempat. Ada hari malas. Aaaa kau faham laa kan. Okay jom start. 


🌻 August 8, 2022
Harini aku masak ikan pindang. Dia macam masak lemak (sebab warna kuning wkwkwkw) tapi tak, dia bukan masak lemak. Aku pun macam taktau sangat. Umi kasitau nama + resepi, aku pun buat je la en.

🐟 Ikan Pindang
  • Ikan (mesti laa ada ikan en cuma aku tak sure aku guna tu ikan apa)
  • Bawang kecik (1/2 depends size)
  • Bawang putih (1/2 depends on size)
  • Serai 1 (potong kasi jadi dua pastu tumbuk-tumbuk sikit)
  • Kunyit sikit (nak kasi naik warna tu)
  • Santan (sikit)
  • Air asam (asam tu campur ngan air sikit. Nak senang, guna asam xtra adabi)
  • Garam (nak seimbangkan rasa)
  • Optional; Tomato & daun bawang
Okayyyyy. Nak buat dia macam biasa mula-mula, kita tumis bahan yang perlu ditumis macam bawang kecik, bawang putih dan jugak serai. Dah layu tu, letak ikan + air. Dalam 5 ke 7 minit macam tu, masukkan santan dan juga air asam beserta kunyit. Kacau-kacau. Masukkan garam. Kacau-kacau. Last sekali, masukkan tomato and daun bawang. Ni first time masakan aku yang umi puji sedap. Sebelum-sebelum ni pun macam biasa laa umi mesti puji sedap. Paling-paling pun ayat yang selalu keluar dari mulut umi ialah 'masak simple-simple macam ni sedap daripada beli kat luaq' gituw kata beliau. Kalau aku kat tempat umi pun, mesti laa aku redho je apa yang orang masak kat aku en. Orang nak tolong masak, tolong jaga kita masa kita sakit pun dah cukup bagus dah. Nak complain apa lagi? Itu kalau aku laa. Mak-mak kan feeling lain sikit gituw. Aku rasa beliau redho je makan semua yang aku masak sebab kalau beli kat luar ni kadang-kadang, first tak sedap. Second, msg penuh macam bubur mcd dengan marrybrown. Mula-mula umi balik tu, aku beli kat umi bubur marrybrown. Sebagai orang yang pernah rasa dua-dua jenis bubur, bubur mcd ngan bubur marrybrown, for me, bubur marrybrown tak rasa msg dia annd sesuai kat orang baru operate. Bila balik tu, umi makan, dia kata sama je. Rasa msg tu laa pastu aku pun macam ouh laa yeke. Then few weeks after beliau makan bubur marrybrown tu, Kak Noor ngan Anis (cousin aku), datang ziarah umi and dorang belikan bubur McD kat umi, kat kitorang belikan nasi lemak McD gak. Malam tu umi makan, umi kata marrybrown punya better than McD punya bubur (rasa msg tu laa). Okay back to umi's comment. Beliau kata sedap. 


🌻 August 10, 2022
Siang aku tak ingat laa masak apa. Rasanya mak aku punya aku masak, yang kitorang punya beli luar je. Malam ni aku masak nasi goreng tomyam. Aku agak excited nak masak nasi goreng tomyam ni sebabnya dulu aku pernah goreng nasi ni tapi tak jadi weh. Dia jadi masin. Mak aku dulu macam tu jugak sampai laa dia discover a tip untuk masak nasi goreng tomyam ni.

🍚 Nasi Goreng Tomyam
  • Nasi putih leftover
  • Bawang kecik (1/2 depends. Aku letak 1 je sebab malas nak asing masa nak makan nanti wkwk)
  • Bawang putih (1/2 depends. Macam biasa, aku letak satu je heheh)
  • Telur (1/2)
πŸ“Œ Tips
  • Gunakan nasi putih dah masuk peti ais. Nasi tu akan jadi cantik laa masa goreng tu nanti sebabnya kalau guna yang tak masuk peti ais lagi, nanti en dia macam tak lerai elok. Haaa faham tak? Ada orang kata, nasi sejuk ni nasi semalam. Guna lebihan nasi daripada hidangan sebelum ini atau sejukkan nasi yang baru ditanak terlebih dahulu. Selain senang digoreng, tekstur nasi juga lebih menarik dan tidak terlalu lembik. Kalau tidak, nasi goreng anda akan melekat lekat macam nasi yang digunakan untuk buat sushi. (copy kat Google sebab taktau nak explain macam mana wkwkwkwkw)
Harini aku masak dekat ayah ngan abang aku sekali. Mak aku sekali laa. Mak aku punya sup ikan. Untuk kitorang, aku buat ikan sweet sour ngan telur dadar jew.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n