Skip to main content

Operation Day πŸ’‰

Hellooooo everyone! Entry kali ni pendek je kot (kot laa) sebab aku macam nak roughly update apa yang jadi kat aku few days ni which is benda ni jarang berlaku dalam life aku. Hari-hari aku yang lain selalunya biasa je tapi for these few days, dia macam lain sikit. 


        Lepas aku balik Melaka after habiskan cuti seminggu dekat rumah (tak ingat cuti apa, gawai camtu kot), umi abi hantar aku balik Melaka. Masa balik Penang, aku balik dengan mak roomate aku, Nina. So lepas aku dah balik Melaka tu, aku teruskan life aku macam biasa kat sana. Pergi kelas, balik kelas, makan, gossip ngan member member, pergi Sabahan's House. Bila aku balik lagi sekali untuk raya Haji pulak, aku baru tau cerita yang haritu ngam ngam lepas umi abi balik hantar aku kat Melaka tu, dalam few days after that hari Rabu camtu (dorang hantar aku Ahad), umi sakit perut. Macam sakit yang dalaman ni laa en. Masa tu pukul berapa pagi tah, so dorang berdua pergi klinik yang bukak 24 hours kat Tasek Gelugor untuk check laa en. Lepas pergi situ, dorang macam suspect something tapi dorang kasi je umi balik rumah. Kebetulan, pada hari yang sama, abi ada appointment nak check gigi kat Klinik Sungai Dua so dorang pergi laa sama sama. Dah pergi tu, umi memang selalu kalau abi jumpa doktor gigi, dia tak tunggu kat luar. Dia suka pergi klinik biasa dekat belah bawah tu. Saja-saja laa pergi seronok-seronok gituw. Then umi pun masuk laa bilik doktor tu. Umi kata laa umi sakit perut something camtu laa yang macam umi bagitau klinik 24 hours tu, tapi umi tak bagitau laa yang pagi tadi dia dah pergi klinik. Dia cakap kat doktor yang Klinik Sg Dua ni cakap nak check je. Btw aku taktau umi sakit perut tu macam mana. Pedih ke sakit nak senggugut ke apa ke, tak sure pulak. Pastu dr tu dah check dia kata, umi berkemungkinan ada fibroid pastu dia nak buat surat laa hantar gi hospital (ye laa, klinik boleh buat apa je en sebab selalu kalau kes dah jadi besar memang klinik akan buat surat untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut gitchuw) tapi masa tu umi macam 'Eh dr, takpe takpe. Nanti saya pergi dengan suami saya' pastu dr tu taknak lepas umi. Dia kata dalam perjalanan balik rumah and perjalanan nak ke hospital tu, kalau kata jadi pape kat umi pihak hospital taknak bertanggungjawab + kalau nak balik jugak tanpa naik ambulance dorang untuk ke hospital terus, umi kena sign satu surat ni (surat tu bahasa kasar dia macam 'pape jadi, kau tanggung sendiri. Aku taktau. Aku dah advice, kau taknak dengar' haa camtu laa lebih kurang). Umi pun macam cuak laa en so lepas abi habis jumpa dr gigi, umi cerita kat abi bla bla bla pastu dorang pun mencapai kata sepakat which is umi gi naik ambulance gi Hospital Seberang Jaya, meanwhile abi balik rumah dulu amik barang apa yang patut pastu abi follow gi hospital. Berikut merupakan gambar umi kat ambulance masa nak gi Hospital Seberang Jaya.


Umi selfie πŸ˜™

Tangan dah masuk jarum. Ouch! πŸ˜₯

Dah sampai Hospital Seberang Jaya tu, lama laa jugak process dia apa semua pastu tup tup tetiba umi tak jadi masuk ward sebab kat hospital tu ward gynae dah penuh. So jumpa dr je, dia kasi ubat untuk umi consume then nanti datang balik untuk check up. Ended up, keputusan check up umi show that umi ada ketumbuhan dekat rahim + ada kanser rahim tahap 1. Memang doktor nak cepat je semua sebabnya mak aku masih di stage 1 , which is stage yang boleh diselamatkan. Terus doktor buat macam aduh taktau laa nak cakap macam mana, tapi lebih kurang macam tempah bilik bedah kat mak aku laa untuk operation tu. Umi patutnya operate Rabu [3/8/2022] tapi masa Khamis [28/7/2022] tepat one week before operation date, doktor call umi tanya nak operate esok tak (29/7/2022), umi padahal masa tu tengah breakfast dengan abi dekat kedai and cakap macam 'next week time ni, Pah kat hospital dah laa, nak operate esok' gituw katanya. Ngam ngam tengah breakfast tu, doktor call umi tanya, free ke sekarang, nak operate ni aaaa gitu laa lebih kurang aku pun taktau ah nyah sebab aku tak ikut dorang gi breakfast tu (al maklumlah bukan morning person), tau tau je umi abi kejut aku pagi tu dalam pukul 9 lebih kata dr panggil gi hospital, esok nak operate dah. Aku pun penuh kemamaian pagi tu just macam aaa okay pi leklok umi.


Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n