Skip to main content

Tak sangka hari yang aku paling takut sekali dah jadi. Aku dah luka kan hati kau. Hati kawan aku yang paling aku sayang. Satu satu nya kawan baik aku yang aku nak sangat masuk syurga sekali dengan dia tapi macam mana nak masuk syurga sekali dengan dia kalau aku ada buat dia kecik hati dengan aku. Aku mintak maaf sangat sangat. Aku takkan buat dah. Terima kasih sebab bagitau aku apa kau rasa. Terima kasih nak fix balik ngan aku. Aku tak terasa satu pun apa kau cakap, semuanya betul. Aku patutnya sedar aku tak boleh cakap macam tu kat kau. Kau cerita macam macam kat aku pasal family kau, aku dengar and aku faham tapi aku tak apply apa yang aku faham tu masa bercakap dengan kau semalam.

    Kalau aku hilang kau, aku dah takde siapa siapa dah kawan yang aku boleh jadikan teman and sahabat untuk masuk syurga sama-sama dengan aku nanti. Aku cuba deny perasaan aku pagi tadi tapi tak sangka semua yang aku rasa tu betul. Hancur hati aku dengar kau voice dengan suara yang macam tu and paling tak boleh terima, aku lah asbab suara kau jadi sampai macam tu sekali. Macam kena siat-siat hati aku dengar kau bercakap macam tu. Maafkan aku. Tak sangka benda akan jadi sampai macam ni. 


            Hari tu,

            hari tu dah datang.

            Hari di mana aku,

            manusia yang sayang kau sepenuh hati aku,

            dah kecewakan kau. 


            Hari dimana,

            aku lah manusia tu,

            manusia yang kecewakan kau.


🚩August 19, 2022

perasan tak lately ni semuanya pasal kau? few days ago kau ada tanya aku, aku tak cerita pape ke kat kau? bila aku cerita, tetiba daripada online, jadi one tick je bila sent message aku bercerita tu. lama lama camni, aku penat gak. memang laa kau keje, kau penat, aku faham. Tapi kau kena faham gak, aku kat rumah ni bukan goyang kaki. Kita ni sama sama penat dengan activity harian kita tapi kau, balik kerja je spam aku segala voice panjang panjang then messages yang aku send sebelum kau whats app aku tu, kau tak reply je. sama je seolah olah aku takyah message kau dulu cerita apa apa aku nak. tunggu kau je whats app aku lepastu dengar semua cerita kau. aku tak kisah pun nak dengar cerita kau panjang panjang sumpah tak kisah, aku suka. bila kau bercerita, aku dengar betul betul. aku reply one by one. bila sampai time aku? apa kau buat? kau response pun tak. beriya aku whats app kau nak cerita apa jadi semua tapi response kau takde apa pun. aku pulak tutup bluetick, lagi laa aku taktau kau dah baca ke belum whats app aku, dah dengar ke belum voice aku. lama lama camni, susah la weh. ye laa, hari kau lagi penuh dari hari aku. hari kau penuh dengan pergi kerja, cerita pasal workmates kau, aku ni hari hari sama je. mostly, point cerita aku sama je sebab tu kot kau dah malas nak dengar semua cerita aku. tapi akan ada satu hari ni benda yang lain sikit jadi and aku on the spot cerita kat kau tapi kau buat apa? reply pun tak. sekali lagi, ya aku faham kau kerja, kau penat. aku faham sangat. aku tak expect pun untuk kau balas on the spot messages aku semua tu, ye laa mana tau kau busy kerja ke apa ke en, aku tak kisah pun. Tapi takkan laa lepas lepas tu dah takde masa untuk aku? Haritu call masa nak cerita pasal senior pra diploma tu email aku, aku ni bukan main laa excited nak cerita kat kau. tapi kau? kau tak faham pun. Benda tu macam biasa je kat kau. Aku pun satu. Benda kecik je, nak excited buat apa en, benda takde apa pun. Tapi tu lah aku. Tu lah aku yang selalu excited nak cerita semua benda dekat kau even benda tu takde apa pun. Bila kau tak faham tu, aku pun macam, ouh ye laa kan, aku pun mesej kau cerita tak penuh, so kau tak faham laa. But, still. Bila aku cerita balik kat kau and fahamkan kau, kau punya reponse tu tak best ah. 1/10 pun tak sampai aku rate reponses kau tu. Tak best. Ye laa, kau penat kan kerja. Haih. Entah laa. Aku rasa aku yang sensitive lebih kot, sorry. Tapi tu lah. Throwback laa balik macam mana friendship kita sebelum sebelum ni macam mana and kau akan jumpa jawapan kat situ. Aku cuba untuk faham kau, aku cuba yang tersangat cuba. Tapi makin lama, friendship ni kita ni makin berkisar pasal kau je. Ada kau tanya aku ada apa apa benda penting ke nak cerita, mental aku okay ke tak apa semua tu. Takde nyah. Lama dah benda tu takde since kau kerja. Aku taknak laa jadikan kerja kau as alasan untuk aku terasa ngan kau. No, tak sama sekali. Again, aku cuba untuk faham kau. Aku happy nak jumpa kau, aku happy kau letak effort untuk nak datang Penang, spend duit kau nak jumpa aku, aku happy. Tapi is it benda benda ni yang aku kena hadap before aku dapat spend masa ngan kau? These kinds of things ke? Itupun jumpa 3 hari nyah and is it after those 3 days, aku kena hadap balik semua benda benda ni? Nampak gaya gitu lah. Aku bukan taknak cakap ngan kau benda benda camni tapi aku taknak ada perasaan tak selesa dalam friendship ni. Buat masa ni, biar aku hadap benda ni sorang sorang dulu sebab aku rasa macam, ah takpe lah. Aku boleh tulis kat draft ni, no one knows. If one day, kalau aku rasa macam, nope tak. Aku kena bagitau jugak kau then I'll do it. Aku tahu dulu kita pernah cakap macam, kalau tak puas hati apa apa dalam friendship ni, be honest with ourselves. Aku minta maaf sangat sangat sebab tak be honest dengan kau. Aku taknak kita ada perasaan awkward tu. Aku takut hilang kau. I mean, of course aku akan sentiasa takut aku hilang kau. Aku tak takut aku hilang kau sebab orang lain, aku takut aku hilang kau sebab sikap aku sendiri. Macam masa dulu kau tegur aku pasal tudung dulu tu pun, even sampai sekarang kita dah okay, tapi tak weh. Benda tu affect jiwa aku. Everytime aku nak melawak kasar sikit ngan kau, aku mesti terfikir macam eh no no tak boleh, benda ni tak boleh. Nanti lin salah faham, nanti lin terasa. Ouh aku tak boleh buat perangai macam ni, nanti lin terasa. Ouh aku tak boleh last seen masa lin tengah voice message kat aku, nanti lin terasa. Ouh aku tak boleh reply message kau lambat, nanti Allah tarik nikmat bestfriend yang Dia dah kasi kat aku. Macam macam aku fikir tapi it seems like aku je yang fikir semua ni and of course, kalau cerita kat sesiapapun, people akan cakap yang aku overthink and yes, I'm overthinking.

hari hari kau cerita pasal diri kau, kau excited sangat and aku taknak lepas lepas ni kau dah tak excited macam tu dah sebab tu aku choose untuk tak confess kat kau how i 'really' feels about our friendship nowadays.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n