Skip to main content

Sunscreen Review 🐣

Helloooooo everyone, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh annyeong ! Okay so entry kalini aku nak tulis review sikit about sunscreen products yang aku pernah try. Mesti korang pelik en kenapa aku tak greet korang lebih-lebih macam entry sebelum-sebelum ni hsgshsgshsgshgshsg. Hal ini kerana aku serba salah sebenarnya sebab entry aku sebelum ni yang cerita pasal aku kerja coolblog tu, aku tak habis edit lagi tapi dah gatai nak buat entry baru HAHAHAHAHA takde ah, dia macam ni, aku bukan taknak habiskan en, cuma aku perlukan satu masa yang agak panjang like cuti sehari dua ke (hello boss saya nak cuti sebab nak habiskan entry kat blog hsgshsgshsgs) sebab baaaaaanyaaaakkkk gilaaa benda nak cerita kat sana huhu. So meh intro gambaq dulu. Btw gambar gambar yang ada dekat front entry en (aku taktau ah apa orang panggil yang kinda dp entry ni en, ah pape je ah) aku edit sendiri ya di Canva (maceh Canva sebab bagi Canva Pro kat saya sebab saya register guna guna email student UiTM hsghsgshsgshsgs maceh Canva, macaeh UiTM, caranghae <3)


Let's get started !

Cerita dia macam ni. Aku mula-mula ada kesedaran untuk bersunscreen or specifically aku boleh cakap kesedaran untuk berskincare ni masa dalam 2020 camtu laa. Tak ingat laa macam mana mula-mula tu tapi macam 2020 kan aku kerja cikgu tadika (eh, aku tak pernah cerita eh ? nanti aku buat entry lain okieeee hsgshsgshsghsgs) so duit gaji yang aku dapat tu memang 100 percent aku guna untuk aku semata. Ada laaa jugak aku payung abang, mak ayah aku tiga empat barang. Long short story, aku takde apa-apa commitment lagi at that time. Pegi keje abi hantar, balik lunch kat rumah, pagi breakfast beli roti kat seven e guna duit abi so pendek cerita no commitment macam aku cakap tadi. Masa 2020 ni jugak kira macam first year aku kat Penang laaa camtu so aku explore laa tempat-tempat kat sini right after aku dah pandai bawak motor. So dok jalan-jalan, aku tau lah sini ada tesco (kini dikenali dengan nama Lotus hsgshsgshsgs) pastu banyak lagi laa tempat and the best part bila aku tau kat tesco ni ada watson. Dulu aku masuk watson ni, rasa pelik do srs since aku pun tak pakai makeup apa semua so masuk watson ke guardian memang rasa lost taktau nak apa semua even beli lipbalm dulu kat mydin yang brand silkygirl tu. Aku ingat lagi aku pakai yang ni dulu abi belikan (okay lah tak jadi nak attach gambar sebab aku ingat gambar dia tapi brand tu mungkin salah sebab bila aku google lipbalm silkygirl, dia tak keluaq gambar yang aku dok pakai dulu tu so aku rasa aku salah brand even aku ingat je packaging lipstick tu tapi taktau macam mana nak paste kat sini HAHAHAHA)

Okay so back to the topic, aku stary dok tau lah satu-satu basic skincare ni macam toner, moisturiser serum apa semua tu tapi masa tu memang aku tengok satu-satu lah. Takde lah skip terus pegi advance skincare nokkkk. First, aku ni kecik lagi time tu baru 19 + aku pun baru-baru je keje time tu, gaji pun 600 je nokkkk, half basic kottt ko ghase ? apa sangat je aku nak beli untuk skincare thingy ni en so memang cari yang basic + murah + sesuai + tak irritate my sensitive skin. Actually en aku tak faham pun yang orang dok kata buat test kat kulit untuk tau kita punya skin type ni apa. Kan ada normal, combination, oily pastu apa lagi tah tapi ada jugak orang berpendapat yang sensitive skin ni macam tak wujud laa dalam skin types ni sebab dia benda yang boleh diubati something ah gitu, entah do aku taktau, tak pasti. Taknak bagi korang salah info en hsgshsgshsgs tapi bagi aku, semua orang ada ilmu yang berbeza so kita amik ilmu dorang semua-semua tu and then buat keputusan mana yang terbaik untuk diri gitchuw so aku pun takde laa kata sensitive ni tak wujud sebab en dulu aku ingat aku sensitive skin sebab masa aku start dok kat asrama, kulit aku naik macam panau tau. Mula-mula tu ye lah kot en pastu dah dok pakai ubat kat amik kat klinik, memag doktor tu kata aku panau. Kau imagine laa dari ubat kat kl sampai ubat kat penang aku dok pakai (kinda ubat cream yang macam dalam tiub tu) semua macam tak jadi tau. Bila aku pakai, dia hilang laa kejap dalam 3 ke 4 hari pastu dia ada balik. Aku macam pelik ah en, siapa je weh tak pelik, bukannya kita tak try nak recover, mak ayah aku pun sampai tak larat dah nak melayan panau aku ni. Aku pun penat gak hshshshshs ye lah weh dari ubat sapu sampai lah ke ubat makan, aku pernah makan semata-mata nak panau ni hilang. Bagi aku kalau benda luaran ni (kulit kan luaran, kalau sakit perut sebab salah makan, tu benda dalaman) kalau dah sampai tahap makan ubat, memang agak teruk ah gak en. Muka aku pun takde lah panau yang teruk gila sampai satu muka tau, dia macam kat certain place. Jap aku kasi illustration so that korang nampak.

Haaaa ni laaa hotspot muka aku yang selalu kena panau. Paling annoying kalau kena atas mulut macam misai tu weh ya Allah srs geram aku. Dah laa aku memang jenis ada kumis-kumis manjah kat situ. Ouh pastu satu lagi disclaimer, dia takde laa dok kat semua tempat tu dalam satu masa tau, selalu macam kat tengah dahi je pastu bila dah letak ubat dah baik, dia naik tempat lain pulak. Paling teruk dia naik kat tiga tempat at one time, tu memang koyak ah. Korang ingat pakai ubat tu terus baik ke ?! Tak nyahhh takkkk do srs dalam one week lebih macam tu baru start kulit rasa licin macam takde gatal-gatal semua tu. Pernah sekali kat sekolah masa form 5 aku rasa, ke form 4, kat atna ah yang pasti, warden aku, Cikgu Sarah, dia dok baca jugak kat google macam mana nak hilangkan panau ni sebab dia tegur gak muka aku kekadang, nampak lain ah weh, nampak semacam tau. Macam discolouration pun ada pastu ada sekali masa tu terpaling teruk, masa tu kat kuis. Eh btw okay confirm dah masa tu aku form 5 sebab masa program sekolah kitorang kena gi kuis ni masa form 5. Okay sambung. Masa program kat kuis ni, masa tu adalah lah banyak gak program dorang yang melibatkan activity luar tau tau macam apa orang panggil treasure hunt something camtu, cari-cari barang yang faci dah sorok ah camtu tapi pendek cerita memang masa tu memang fully dok bawah matahari je (adalah berteduh bawah pokok tapi ko faham je lah, nama pun outdoor activity). Aku masuk tempat yang macam tertutup full ni pun masa solat kat masjid dorang, tu je. Ouh ya ada laa jugak kitorang jalan bawah bangunan kat kolej dorang, al maklum lah taknak kena cahaya matahari, panas nokkk. Haaaa time-time tu je lah yang tak kena matahari, yang lain semua fully matahari. So back to the story, aku memang dah rasa muka aku macam panas tau, ni bukan panas sebab matahari tau, ni panas yang lain. Aduh cemana tah nak explain, tapi gut lah, bukan panas sebab matahari. Kalau panas matahari kan rasa kulit luar tu panas, ni aku rasa dari dalam kat bahagian muka tu, panas weh tapi aku macam biar je lah lagi sebab aku dok fikir macam alah takde apa kot rupanya bila macam dah petang-petang tu, junior macam ada tegur dorang kata, 'Eh kenapa muka Raudhah tu ? Raudhah okay ke ?' aku cakap laa aku okay sebab memang aku okay selain yang muka aku rasa panas tu, tu je. Pastu dah start ramai perasan, kawan-kawan aku termasuklah warden aku, Cikgu Sarah ni tau. Pastu cikgu macam 'ah takpe takpe, nak balik dah. Balik ni awak rehat' meanwhile aku kat situ still confuse + curious dengan muka aku. Aku macam eh muka aku kenapa en, ada kaitan ke dengan aku rasa panas kat muka ni. Pastu balik asrama tu aku tengok cermin, rupanya muka aku macam merah merah tau. Aku kan macam ala ala tanned skin so bila muka kau merah setakat sikit sikit tu, takde laa siapa nampak yedokkk tapi time tu aku rasa memang muka aku lain ah, merah jugak.

Maka nya malam tu Cikgu Sarah pun macam dok cari-cari laaa jugak cara how to cure merah-merah kat muka aku ni kan so she found a website told that guna bawang putih dengan halia aku rasa. Bawang putih tu confirm, halia tu tak ingat tapi yang aku ingat masa Cikgu Sarah suruh beli dua barang tu kat kedai petang tu lepas habis sekolah cuma aku tak ingat apa dua barang tu. So malam tu bermula lah experiment aku dan Cikgu Sarah disaksikan beberapa member-member asrama aku. Cikgu dah deal awal awal dengan aku. Dia kata kalau kata muka aku baik esoknya, nanti kita bukak business sama-sama jual ubat panau tapi kalau muka aku makin worst, dia taknak tanggungjawab. Aku pun macam, ah cun cikgu. So kiranya benda ni pun atas persetujuan aku jugak kan, so aku fikir macam buat apa nak salahkan cikgu. Aku sendiri dah penat ngan panau ni masa tu. Dok pakai macam-macam krim tapi macam tak jalan tau. Dia hilang kejap lepas aku pakai for few days pastu pap ! *muncul balik. Tapi today, aku dah redho dah dengan condition kulit aku. Mungkin memang takdir aku memang cepat berpanau dan memerlukan perhatian khusus daripada saya (nak manjew-manjew lettuw kulit muka ni hsgshgshsgshsgs). Back to the experiment yang cikgu buat kat muka aku. Mula-mula tu okay laa tak rasa pape. Dalam 5 minutes macam tu muka aku macam panas + gatal ko tau. Tapi cikgu macam dok sedapkan hati aku laa. She said, alah Raudhah, awak tahan laa sikit, pakai ubat memang sakit sikit. Pastu aku pun rilek je ah even muka aku sakit en. Dia bukan sakit tau actually, more too pedih laa camtu. Then aku rasa aku tidur macam biasa kot pastu esoknyaaaaaaaa


Inilah result nya. Honestly, memang makin teruk laa. Tapi aku macam ah biar lah. Redho je. Aku tangkap gambar ni guna fon ustaz amir masa tu. Lepas few days, then hari Jumaat muncul and minggu tu kebetulan minggu balik. Masa tu umi gi rumah kak asiah so memang balik tu kena beletiaq laa ngan umi sebab umi kata halia ngan bawang putih tu dah memang jenis benda yang panas. Letak kat kaki pun rasa pijar, apatah lagi kat muka. Memang terbakar laa kulit. Begitu katanya. Sampai rumah kak asiah, kebetulan kak asiah ada tanam aloevera kat rumah dia so sampai je rumah time tu, terus letak aloevera tu. Weekend pulak tidur situ kebetulan so memang 3 hari dok rumah kak asiah, memang dok menempek je laa aloevera nya. Alhamdulillah makin better than before and umi oso said jangan dok try dah benda-benda pelik kat muka hg haaagituw so aku pun macam yelah yelah then end up bergantung ngan ubat doktor je la.

Okay, enough dengan cerita panau kat muka aku. Right now, meh kita masuk ke sunscreen yang aku pernah try kat muka aku.

1. SUNPLAY Skin Aqua Sarafit UV Tinted Base SPF50+ PA+++ (30g)


Inilah dia. Sunscreen pertama yang aku pernah try kat muka aku. Aku silap beli sebenarnya sunscreen ni tapi aku tak perasan. Nanti kat bawah sunscreen keempat tu baru sunscreen yang sebenarnya aku nak beli dari awal awal aku kenal apa tu sunscreen sebenarnya. Okay berbalik kepada sunscreen ni, aku mula mula pakai macam tak minat sangat sebab :

1. Cair
Texture dia macam air srs. Macam bedak ni texture dia.


2. Warna oren. 
Memang muka kau akan totally macam ni bila kau pakai sunscreen ni.


Aku kan jenis tanned skin. So bila blend dengan kulit aku, nampak memang obvious ya warna oren tu ya Allah stress aku. Tapi aku dok pakai jugak laa since aku dah beli en. Ouh okay jap cerita dia aku tersalah beli sunscreen ni sebab aku ni konon nya nak jimat laa duit beli botol yang kecik dulu konon. Yang besar masa tu rm40 lebih meanwhile ni dalam rm30 lebih camtu so nak jimat punya pasal aku amik tanpa mengetahui yang aku dah salah amik sunscreen yang aku memang cari. Aku ingatkan dorang dua benda yang sama cuma beza saiz besar ngan kecik je srs aku memang tak perasan sampai laa one day aku dok chat-chat ngan kak ulya ngan kak iman rupanya ya, memang aku salah amik. 

2. Axis-Y Complete No Stress Physical Sunscreen SPF50+ PA++++ 10ml / 50ml


Sunscreen ni terbeli sebab aku ter racun dengan hasutan rakyat tiktok untuk try Axis Y punya dark spot serum. Ini kerana aku rasa macam ada few dark spot kat muka aku so aku pun macam risau laa en so aku beli. Dah alang-alang beli tu, aku beli sekali sunscreen Axis Y ni tapi yang kecik punya. Bila barang sampai Ya Allah sumpah kecik ya anak-anak. Harga dia belas-belas jugak ah so aku rasa memang tak berbaloi. Bila aku try pakai, dia okay. Not bad. Aku suka. Better than sunscreen oren tu. Bau dia macam tak boleh blah sikit. Nak describe susah sebab dia takde bau yang specific macam lavendar ke apa tau, dia ada bau sendiri, maybe sebab dia takde fragrance so all the ingredients mixed up and membentuk satu bau yang aku sendiri tak boleh nak describe aaagithuw. Masa ni memang aku rasa aku dah jumpa sunscreen yang ngam laa konon ngan kulit aku. Tapi as rakyat tiktok, pasti dan pasti nya aku ter racun untuk beli sunscreen yang lain. Tapi of course, ambik masa laa nak beli nya dik. Akak ni tak kerja lagi.

3. Nivea Sun Super Water Gel SPF 50 PA+++


Sunscreen ketiga yang aku beli and aku sangat sangat sangat suka sunscreen ni srs. Texture dia memang macam air (even my bestfriend, Fazlin oso said macam hingus cair) senang absorb, langsung takde whitecast, memang mantapz, aku suka gila nak mampus. Lepas pakai sunscreen ni memang aku akan pakai bedak so that takde laa nampak berminyak sangat muka kan. 

4. Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++


Tadaaaaaa ! Ni laa my current sunscreen ya. Best gilaaaa srs. Sama level ngan Nivea Sunscreen. Ni macam ala ala losyen sikit, yang third one Nivea tu memang ayaq cayaq punya, mantapzzzz <3 Ouh btw ni laa yang aku cakap nak beli mula-mula tu tapi disebabkan nak jimat punya pasal maka aku bazirkan duit untuk the first sunscreen huhu. Ni pun aku tengok review sebenarnya, sebab abang tu kata the new one ni dorang dah upgrade sunscreen dorang. Abang ni cakap, aku tengok video dia kat youtube so boleh lah pegi sana ek guys kalau nak tau lagi detail.


Best jugak channel abang ni. Dia banyak review barang laa. Macam-macam, sila singgah.

Aku also tengok channel dorang ni for my skincare-ing ilmu.


Macam yang korang sediri nampak, Kak Mai dah lamaaaaa gila tak upload video kat youtube dia tapi she active dekat ig dengan twitter. Search je Maisarah Mahmud, mesti jumpa. Banyak ilmu kat youtube dia yang aku dapat. Mula-mula, yang terpaling mula aku start nak belajar basic skin care ni aku tengok youtube dia laa. Best best semua. Silakan tengok ya.


Ni pun mantapz jugak. Best. Macam ala-ala Noel Faizal punya channel. 

Ni yang aku selalu tengok laa. Korang boleh je search kat youtube or google kalau nak tau apa-apa. Banyakkan baca pengalaman orang okay.

Okay dah tu je promote saya. Paling penting sebelum nak beli apa-apa skincare, please study dulu kulit korang. Kadang product tu sesuai dengan muka orang tu, tapi tak sesuai ngan muka kau. Jangan salahkan orang tu pulak. Sebab tu la banyakkkkkk pilihan dalam dunia skin care ni sebab semua kulit semua manusia adalah berbeza.

Disclaimer : 
πŸ”΄ Gambar kredit daripada Google dan Twitter (malas nak bangun tangkap gambar, I'm sitting on my beanbag hsgshsgshsgs)
πŸ”΄ Produk adalah hasil cubaan aku sendiri on my own skin
πŸ”΄ Saya tidak ditaja oleh mana mana produk untuk promote sunscreen mereka (al maklumlah tak famous + kalau famous pun tapi kalau produk tu tak sesuai ngan muka aku, buat muka aku breakout ke apa, takde nya aku nak promote)
πŸ”΄ Semua yang aku try ni sesuai dengan sensitive skin (aku assume aku sensitive skin sebab panau tu laa, sebagai langkah berjaga-jaga orang kata)

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n