Skip to main content

Coolblog Experience ! πŸ€”

Helloooooo everyone, assalamualaikum. Harini hari ke 14 saya bekerja di coolblog. Sekarang pukul 12:29 a.m. kat laptop aku on February 28, 2022. Aku nak stop menulis (menaip hsgshgshsgshsghsgs) pukul 1 sebab japgi nak lepak-lepak kat katil en, tengok tiktok apa semua dulu baru nak tidur. Dah laa esok kerja huhu. Tapi before that, amarilah kita tengok gambar yang aku nak letak as cover entry ni laa aku boleh panggil. Gambar ni aku ingat nak edit tapi end up macam ah malas lah. Macam kena pulak dengan benda yang aku nak cerita ni so aku macam let it be~


Okay so aku ingat macam nak sambung tulis entry ni masa cuti masalahnya aku macam tak cuti cuti. Haritu aku cuti jap masa aku buat entry habis diploma tu en tapi sehari je lah cuti nya. So okay marilah kita start cerita. So masa entry haritu aku ada cerita pasal first day aku kerja en. So sini aku nak sambung laa serba sedikit beberapa cerita yang aku masih ingat.

So masa tu second day em takde pape jadi, aku tak ingat sangat. Second day tu opening ngan Siti, dia macam qenyah sikit laa. Hampa tau dak qenyah tu apa ? Qenyah tu macam banyak benda laa kena buat, macam something leceh camtu ? entah laa, nak terang pun tak pandai sangat satgi hat orang utagha baca entry aku depa kata aku dok buat palatao pulak so okay abaikan that part.

Second day ni aku dok perasan beberapa benda laa actually tau. 

🚩First, aku perasan yang ada satu besen bawah tempat ais ni en, malam malam sebelum balik kena buang air dalam besen tu (air tu asal dia dari ais yang cair yang turun daripada dalam peti tu laa, nanti aku attach gambar) lepas dah buang tu kena rendam kain buruk + air panas sikit (tak penuh besen tu pun laa) + letak clorox sikit pastu bawah tempat air ais yang dah cair tu lari en boleh tutup and bukak so patutnya ko balik malam tu kena tutup laa en, baru tak melimpah air dia tapi ni tak, memang kena bukak biar mengalir camtu. Masa hari selasa tu aku fikir macam ouh takpe lah kot, mungkin esoknya masa pagi kitorang datang tu, nanti sempat laa benda tu tak penuh lagi dalam besen tu so sempat laa tukar konon en tapi tak do. Pagi rabu aku datang tu, kebetulan Siti ws aku, dia kata dia lambat sikit, aku pun macam ah okay je lah since aku pun baru, buat kerja pun lembab-lembab lagi en so boleh laa aku tengok kan nak kena buat apa-apa benda semua en + aku jenis tak suka sikit kalau buat kerja apa-apa pastu orang perhati / orang tengok aku buat kerja. Kenapa ? sebab semua orang, setiap orang ada cara yang selesa masa dorang buat sesuatu kerja. Same goes to me. So aku rasa macam bila aku buat kerja dengan style aku sendiri then when people judge aku rasa macam nak bebai tau dak sebab aku rasa macam, kau suruh aku buat kerja ni en, bagi laa aku buat A sampai Z, bukannya aku baru buat dari A sampai D kau dah macam 'eh bukan buat macam ni'. I mean like, kalau cara aku buat tu salah takpe kalau tegur, tapi kalau cara aku buat tu tak ikut cara kau buat (like everything aku buat kena ikut style kau even style aku buat tu okay je tapi kau tak puas hati sebab tak ikut cara kau, ah memang aku tak suka, please). Okay, so berbalik kepada cerita tadi, esoknya bila aku datang, pagi Rabu tu aku tengok, ayaq melimpah nuh daripada besen tu so aku macam, aii takkan every morning dorang hadap benda ni (ayaq melimpah pastu kena mop) sedangkan benda tu boleh je tutup kat belah bawah tu tau. So aku macam, ah lantak ah, mop je lah. Lagipun memang pagi, aku selalu mop masa opening tu so alang-alang dah basah, aku mop jelah satu kedai gitchuw.

🚩 Second red flag is bila nak closing tu, kitorang tak lap pun macam meja / kaunter tu. Memang laa ada je aku dok lap-lap tau kalau kotor cuma aku pelik lah kenapa masa closing tu tak lap secara fully lah gituh en (eh btw sekarang dah 1:14 a.m, gerak lu esok esok aku sambung tau)


Ceritanya bermula bila aku nampak iklan keje kosong dekat Coolblog Tesco Bertam, Kepala Batas masa aku gi sana ngan umi. Tak ingat ah pulak pegi sebab apa, rasanya sebab nak beli kasut. Masa tu selipar aku putus so dok cari-cari laa mana yang berkena. Kebetulan pulak dalam tesco tu ada kedai kasut so saja singgah. Pastu masa nak balik tu (takde kasut yang aku berkenan pun btw) umi beli waffle sebelah kedai coolblog and disini lah detik di mana aku nampak job vacancy kat sini. 


Maka nya aku pun saja lah nak try. Masa ni tak berharap pun sebab kan aku nak keje kejap je dalam sebulan macam tu, saja isi masa untuk cuti sem kan. Aku pun tak bagitau umi abi lagi masa nak mesej orang tu so sangat laa tidak berharap. Then bila aku dah start mesej dia, dia kata amik je part time. Beza part time dengan full time ni, first kalau part time gaji everyday. Second, cuti boleh apply suka hati cuma kena inform awal laa kalau nak cuti sebab nak arrange schedule en. So, masa dia kat boleh and suruh gi interview so aku tanya um abi and umi abi onz jew pastu aku pun pegi laa interview. So far so good, after few days dia kata nak bagitau result and it turns out aku dapat, Alhamdulillah. Tak susah mana pun soalan-soalan dia, aku boleh kata macam dia bincang pasal gaji, pasal kenderaan nak datang tempat keje and keje-keje yang nak kena buat laa. Tapi aku cakap laa dekat dia aku habis sem 13/2 so kalau aku tak masuk 1 haribulan takpe ke en pastu dia onz dia aku pun cun cun so start 14/2 aku start keje kat sini.

First-first day aku masuk tu, aku dapat full day dah aigoooo penat woo. Ya Allah dah laa aku tak pernah keje f&b en, ni first time. Sebelum ni aku keje cikgu tadika masa habis spm pun penat dia tu ya Allah, balik balik keje petang pukul 2 lebih tu, aku dah koyak dah. Penat do + ngantuk. Ni kau bayang laa aku masuk keje pukul 10 pagi balik 9:30 malam. Fuhhh. First day tu je aku dah koyak tapi tak sekoyak hari rabu first week tu. Tu sumpah terpaling koyak. Japgi aku cerita.

First day - aku dapat syif dengan sorang perempuan ni nama dia Siti. Siti ni budak baru jugak, dia masuk 1 Februari tak silap aku tapi in this situation kiranya dia senior sikit aa daripada aku so aku dapat dengan dia. Ouh btw dia ni ada sekali masa aku pegi interview tu. Kira macam dia interview dua orang sekali dalam satu masa laa camtu. Okay so pagi-pagi pukul 10 tu, Siti dah ajar aku buat air favourite aku kat coolblog which is vanilla smoothies. Disclaimer : aku dah laa memang jenis minum vanilla sahaja. Either vanilla blended / vanilla smoothies + pearl + oreo / vanilla smoothies pearl / vanilla smoothies oreo. Ya Allah srs memang vanilla sahaja sebab chocolate aku tak minum sangat, kalau strawberry pun aku macam tak minat sangat. Tapi time sebelum dia nak ajar tu ko tau, aku boleh sakit perut pulakkkkk. Pagi-pagi buta tu aku dah pegi yakyak kat tesco tu. Tandas aku masuk tu pulak aku tengok macam asal okay, takde tisu kat dalam tersumbat aku masuk je. Sekali masuk dah yakyak semua, bau busuk gila. Aku terfikir laa en yakyak aku ke busuk sangat ni rupanya tak weh toilet tu memang bau. Dia jenis jamban tau, dia punya belah dalam jamban tu yang bau teruk πŸ’€ ya Allah stress betul waktu tu. Dah laa first day do pastu dah macam tu. Memang sakit perut gila waktu tu. Itupun sebab nya umi ngan abi yang start sakit perut pastu aku okay lagi mulanya, esoknya isnin tu baru aku dok merasa yang aku sakit perut. Kau imagine laa pagi tu sebelum aku nak pegi keje tu, selalu lepas subuh aku akan tidur tau, kebetulan pulak nak pegi keje ni puku 9:50 pagi so memang lagi lah aku rasa aku nak tidur en tapi tidak berlaku pada pagi itu. I thought aku nervous so sebab tu aku sakit perut tapi aku rasa dah sakit perut pagi tu memang lain macam. Then aku dok fikir-fikir laa aku nervous ke en. Mesti laa ada cuak sikit sebab aku taktau lagi siapa kawan aku kat sana, baik ke tak dia apa semua en. Tu je lah, takde nervous yang teruk. Pagi tu memang sakit perut kaw kaw punya, tapi masa Siti nak ajar aku tu kelakar hsgshsghsgsghsg berpeluh-peluh aku tahan sakit peur tu wuish tak boleh lupa betul laa. Aku siap tanya si Siti tu, kalau nak keje half day boleh ke en sebab memang tak tahan bethol hsgshsghsgshsg tapi alhamdulillah aku manage to stay there sampai habis waktu keje malam tu pukul 9:30 malam. Okay so first day tu aku dah buat air sendiri, dok tunggu laaa customer. Agak pisyang gak ah sebab taktau nak buat apa tau. Siti tu pulak takde nak sembang apa apa pun dengan aku, memang semata colleague. So aku pun diam je ah tak cakap apa dengan dia. Memang rancak ah dia dok main fon, pastu kejap-kejap keluar jumpa kawan lah, beli makan lah dsb. Aku keluar solat je dengan lunch dia bagi masa sejam, pilih je pukul berapa nak so kebetulan lunch tu umi masak so aku balik rumah makan laa for lunch hour.

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n