Skip to main content

UiTM Penang 😍

Holla gais ! Mesti pelik en kenapa aku update sampai dua entry hahahahaha. Hal ini kerana aku nak show sikit laaa gambar kat UiTM Permatang Pauh tercinta aku. Aku ingatkan nak update dekat entry ni je tapi macam tak kena pulak sebab tu pasal PPT. Bukan pasal UiTMPP hahahahaha. Here is a few photos yang bukan aku shoot sendiri pun. Aku nampak gambar ni kat insta story kawan aku then aku minta dia send kan kat Whats App.





So ni lah few gambaq gais. Tak banyak tapi cukup laa untuk aku ingat balik kenangan aku kat UiTMPP tu. Aku kat sana sempat seminggu je duduk kolej. Katakan Sabtu ni masuk kolej , Sabtu depan dah kelam kabut kemas barang kena balik sebab Covid makin teruk kat Penang. So yeah sebelum ter stuck kat sana better balik en. Tapi aku rasa kalau kat sana aku ter stuck pun okay je sebab rumah aku memang area Penang. Yang kesian roomate aku laa seba dorang semua area area KL dengan Selangor. Tapi jujur aku cakap , seminggu aku dengan dorang tu is seminggu paling bermakna dalam hidup aku walaupun kitorang banyak habiskan masa main fon dalam bilik je. Rasa ukhwah tu kuat dan aku takkan lupa perasaan tu sampai bila bila. Kau imagine eh , aku someone yang susah nak tidur malam tau. Maybe sebab aku terlebih rehat kot. Ye laaa duduk rumah je en tak buat apa apa aktiviti berat. Tapi bila aku masuk kolej ni kan , senang gila tidur sedangkan dah laa tu tempat baru. Malam first aku kat sana is tidur aku yang paling nyenyak sekali dan yang aku takkan lupakan. To be honest kan , life kat university ni sangat best kalau korang jumpa kawan yang satu kepala ngan korang. Tapi sangat sangat laa dinasihatkan supaya korang pandai pilih kawan tau , jangan laaa salah pilih kawan. Ya , memang masing masing ada kebaikan dan keburukan masing-masing , tak dinafikan benda benda macam tu. Macam ni lah , kalau korang rasa korang kuat nak berkawan dengan someone yang perangai agak tak berapa nak elok , kalau korang yakin yang korang takkan terikut dengan perangai buruk dia malah korang yakin yang korang mampu ubah dia ke arah lebih baik , haaa dipersilakan dengan segala hormatnya berkawan dengan dia. Aku kat sini bukan nak halang korang ngan siapa siapa yang korang tapi berhati hati. Manusia ni macam macam sangat gais. Even yang kau anggap kawan baik tu laaa akan khianat kau sementara yang kau rasa dia sejahat jahat manusia tu , ada kemungkinan besar akan tolong kau dan ada waktu kau susah. Yang penting , be kind dengan semua orang. Cakap dengan sopan , jangan bagi orang rasa sakit hati dengan kau even kadang kadang kau tak buat apa apa pun orang dengki dengan kau. Its okayyy , teruskan menjadi seorang yang baik. Cuma hati hati dan jaga diri ya ! Ouh yaaaa lepas ni maybe bila aku in mood aku akan start tulis entry in English. Al maklum lah dak dak study course english kan HAHAHAHAHA. Aku confuse part grammar je sebenarnya tau. Aku doakan semoga aku direzekikan someone yang boleh ajar aku bi dengan mudah supaya aku tidak lagi confuse. For me , kalau vocab tu aku boleh go lagi. Aku akan dengar lagu ke , baca buku bi ke en tapi part grammar tu aku tak boleh bla do hahahahaha. Korang yang tersinggah blog aku dan yang baca entry ni , mohon doakan aku tabah dan kuat untuk berjaya dalam course yang aku nak ni ya. Mana tau Allah angkat doa korang kan 😘 okay laaaa , gerak dulu gaisssss , bye !


September 9, 2021.

Hello everyone ! It's me again (memang sampai bila bila pun aku je laaa again nya, kan ni blog aku πŸ˜›) Here is the update. Aku sebenarnya tengah clearkan gambar kat Google Photos aku. Al maklum lah next semester akan menjelma tak lama lagi. Tak silap aku bulan Oktober ni rasanya, cuma tak ingat laa pulak date nya bila en. So here, some photos of Uitm Permatang Pauh yang masih tersemat indah dalam Google Photos aku. Enjoy !


He and she cafe dekat Uitmpp. Sayangnya aku dengan geng roomates aku tak sempat pegi. Mana tak nya, seminggu je duduk sana lepastu dah balik sebab dengar cerita nanti nak pkp so takut sangkut. Lastly, memang tak balik sana terus dah. Tak sempat nak lepak mana-mana pun. Ouh yaa, orang kata makanan kat sini sedap. Harga pun boleh laa. Maybe mahal sikit daripada kat kafe biasa en.





Aaaaaa ni semua gambar dekat belah depan pintu nak masuk Uitmpp. Sebab aku rasa semua gambar ni okay, so aku nak upload semua.


Gambar ni bukan aku yang amik, aku mintak dekat someone ni, one of budak pradip yang aku pernah save number dia sebab aku rasa gambar ni lawa hihuw :)




Ni gambar washing machine dekat blok Kristal B tak silap aku, also bukan aku yang amik gambar ni. Biasa laa dulu ada group semua budak pradip perempuan, so apa apa update sana. Most of the photos pun aku dapat from the group lah, seperti yang dimaklumkan, saya duduk seminggu kat sana makan sahaja. Tapi gini laa jenis washing basuh yang digunakan kat tempat perempuan. Laki aku taktau + taknak amik tau.


Aaaaaa gambar ni one of my roomates, Pateha Azman yang amikkan. Lawa do langit dekat Uitmpp time maghrib 😍


Ni aku ngan roomates aku 4 orang makan aiskrim + lagi sorang taknak makan aiskrim so dia makan Apollo jerps.


Aku dengan roomates aku 2 orang + Pateha Azman tengah amikkan gambar kitorang.


Upacara baca Yassin. Sempat buat sekali je, al maklum lah duduk seminggu jerps. Elok malam Jumaat kitorang baru habis baca Yassin ni, dan dan rumah atas kitorang, eh ke bawah, entah tak ingat, kena kacau, so memang langkah kanan laa dorang kata nak tumpang rumah kitorang tu en sebab katanya kena kacau teruk kat rumah dorang.



Ni court, aku taktau court apa, jumpa gambar kat group.




Aku dengan roomates cantiques aku. Tudung hitam, aku yang cantik, tudung putih Pateha yang manis, tudung kelabu Dini Batrisyia yang comel dan tudung nude tu bestfriend aku merangkap awek aku, Fazlin Shaifulizan.


Time ni popular gila game Among Us. Mula mula aku tak install pun + malas nak belajar the way nak main game tu en. Masa mula mula main noob teruk ya aku HAHAHAHA after that dah few times main dengan roomates aku, maka aku sebagai seorang imposter yang telah menang dengan berjaya dan bergaya nya hshshshshs. Rindu do time main game ngan dorang ni. Time ni masing masing tak boleh percaya ekkk kuajaq hahahaha.


Kitorang time ni ada macam cabutan bertuah tak silap nama dia. Madam Suhaiza kata siapa yang komen dia terpilih, madam nak bagi hadiah, tapi that time taktau lagi laa dapat hadiah apa. Wehh serious aku taktau macam mana aku boleh jadi sebertuah itu ya. Aku takde tanya soalan apa pun IT JUST MADAM NAMA APA HAHAHAHA tak sangka ya saya.



So aku dapat sampul duit raya even time ni takde laa raya pun en. Aku tak ingat aku dapat berapa. Rm5 aku rasa, eh ke Rm10. Entah. Tak ingat. But still aku appreciate laa dapat hadiah from lecturer woii siapa tak happy HAHAHAHA. Time ni Dini dengan Lin yang teman aku, Patehah takde sebab dia ada kawan kat Uitmpp ni so saja laa pegi jumpa that girl. Aaaaa like that lah ceritanya.


Ni ruang belajar kat belah depan. Masuk masuk rumah kau terus sampai sini. Tempat study.


Ni masa first time scan nak masuk Uitmpp. Excited do masa ni serious πŸ˜‚ masa pradip ni boleh dikatakan aku kenal ramai laa jugak orang, saja saja mesej random people kat group pradip tu en, saja lah nak buat member konon sebelum masuk uni last last duduk seminggu je HAHAHA. Eh actually selain stay seminggu je kat sana, bila aku sampai sana, sorang pun aku tak cam muka dorang hahahaha. Yang mana pakat pakat dok contact sorang pun aku tak kenal hahahaha. Masa naik lif tu semua buat hal masing masing je do. Ada yang datang dengan member tu (dah buat member awal) dorang ada laa sembang sembang en.


Haaaaa ni dia yang aku kata masuk masuk pintu kau akan nampak tempat study, yang dekat tingkap tu macam mini kitchen laa. Ada sinki. Pintu kelabu tu toilet. Dalam rumah ada dua pintu kelabu ni, which is means dua toilet lah en. Tu toilet bilik sebelah. Meja study yang ada bag hitam tu, sebelah dia ada pintu also, tu pintu bilik. Also, ada dua bilik dalam satu rumah dan dalam satu bilik ada 4 katil single so 4 orang satu bilik.


Ni meja study aku dengan roomates aku. Yes, sebaris ni kitorang je. Belah sana punya meja baru bilik sebelah punya. Punya lah tak rapat dengan bilik sebelah eh kitorang hahahaha. Dia macam, bukan laa tak rapat, it just tak ngam tapi still boleh sembang sembang cuma tu lah tak rapat. Taktau lah cemana nak terangkan ya, cuma macam gitu lah. Tak rapat sangat, and also takde laa tak tegur, gitu gitu je. Kat sini je dah panjang eh explain, lol. Okay so meja study yang hujung sekali, tepi tingkap, kat kerusi ada telekung tu, meja aku. Sebelah meja aku, meja Fazlin. Sebelah meja Fazlin, ada pintu bilik en, haaa itu laa bilik aku dengan roomates aku. Sebelah pintu bilik kitorang, meja Pateha and sebelah meja Pateha meja Dini. Sekian, penjelasan panjang dari saya.


Haaa ini laa katil aku dengan Fazlin. Kitorang katil sebelah sebelah dulu. Yang ada beg oren tu katil aku, yang sebelah katil Fazlin lah for sure, takkan kitorang tidur sekali pulak en hihuw.


Ni masjid dekat UitmPP. Masjid ni ada nama tapi lupa do. Masjid ni pun tak sempat nak pegi even boleh dikatakan dia ni belah depan hostel aku jugak. Aku duduk Kristal B.


Ni side belah depan katil aku dengan Lin which is katil Pateha dengan katil Dini.


Ni keadaan meja study in πŸ’« tak proper way πŸ’«


Gambar ni bukan gambar dapur rumah aku. Ada laa kot dorang send gambar ni kat group, tapi nak bagitau, ni laa situation dapur dalam bilik Blok Kristal B. Kecik je ruang dia. Kat sini tak boleh masak yang gempak gempak tu. Aku pernah nampak status one of classmates aku yang duduk kat hostel, dorang ada masak dalam rice cooker. Entah laa, aku pun tak pasti macam mana. Aku rasa kalau masak yang guna api tu maybe betul tak boleh laa kot, japgi jadi apa apa kan. Kalau rice cooker ni, since dia guna electric, maybe tak bahaya sangat. Kot. Entah. Risiko tanggung sendiri ah, pandai buat pandai tanggung ya anak anak.


Ni pun taktau siapa kat cermin tu, gambar kat group agaknya. Ni situation dalam toilet. Okay gini, fahamkan ya. Dalam satu rumah, ada dua toilet. Dalam toilet, ada dua toilet dalam dia. Satu bilik air yang ada shower, satu lagi yang ada mangkuk jamban, pemisah toilet dua ni is sinki. Haaaa dapat apa yang aku nak bagitau ? Kalau tak dapat, baca banyak kali ya.


Ni view dari bilik mana tah for sure ni bilik kat Kristal B laa iya. #UitmppTheBest


Haaaaa ni locker zaman aku. Tak kecik dan tak besar, bagi aku laaa. Masa zaman aku asrama masa Form 4, lagi kecik ya locker dia. Bawak bawak bersyukur ya anak anak semua. Kalau kau rasa locker kau kecik, ada lagi orang lain yang pernah merasa locker yang lebih kecil. #DoneDakwah takyah nak bawak baju banyak banyak sangat laa okay ? eh tapi kalau kau rumah jauh, em bawak laa lebih sikit okay. Pandai pandai laa, jangan sampai tak muat locker sudah.


Haaaa ni view dari katil aku punya tingkap. Tadi kat atas aku ada tunjuk gambar katil aku dengan Lin kan ? Kan ada tingkap en ? Haaa ni view dia. Belakang blok kitorang ni, Kristal A nama hostel dia.


Haaaaa, tadaaaaaaaa ! Ni laaa meja study aku. Aku pilih tepi tingkap sebab senang nak hirup udara segar gitchuw. Tapi sayangnya tak sempat guna sangat pun meja study ni huhu.


Ni meja study kitorang, budak bilik aku laa. Time malam ni saja saja semua keluarkan laptop pastu tangkap. Saja saja laaa.
 

Okay sampai dah gambar yang nak syedih, nak nanges dah huhu. Ni aku tangkap masa dah nak balik, kitorang kena serah kunci hostel. Masa ni Lin, Pateha dengan Dini balik sekali dengan parents Lin. Tinggal laa aku sorang kat sini tunggu parents aku datang amik. Barang barang semua aku dah letak bawah siap siap. Tinggal nak bawak balik je. Tak tipu laa cakap, memang sedih gilaaaa. Serious sedih ya masa nak berpisah dengan dorang. Even baru seminggu kenal, tapi bonding kitorang memang gila gila ah. Kitorang tak keluar jalan mana pun seminggu tu tau, just keluar beli makan. Tu pun, boleh kata nak one week tu memang kitorang makan maggi je makan malam hahahaha sebab nya malas nak siap, turun gi kafe, beli makanan dua tiga kali. Kalau kitorang main fon pun, kitorang main sama sama. Memang buat kebanyakkan benda ber empat laa. Aku memang sayang do dorang ni. Sayang gila gila punya. Alhamdulillah pengalaman pertama aku masuk uni, Allah bagi yang terbaik untuk aku dan aku takkan lupa dalam hidup aku sampai bila bila.


Ni gambar masa nak hantar kunci tu, saja saja amik.



Okay so itu lah serba sikit gambar yang aku ada. Ada lain lain lagi laa yang pastinya. Ada apa nama dia, mart apa tah nama dia. Kat situ macam macam ada jual. Maggi ada, air kotak ada, pad ada dan lain lain laa, nanti kalau kau masuk sana, sila explore sendiri ya. Haaa gambar kafe pun ada takde, bukan he and she tau, ni kafe yang dok pi makan makan setiap hari tu. Harga dia, masa zaman aku laa, Sept 26, 2020 dan seminggu selepas itu, setakat ni makanan memang murah do kat situ. Kalau kau pandai jimat + nak diet, memang sangat berbaloi ah bagi aku. Pakcik makcik kat sana pun baik baik. Masa aku stay sana, ada dua kafe bukak. Satu yang boleh dikatakan depan blok aku, lagi satu kafe dekat hostel budak laki. Kafe kat situ makanan memang banyakkkk gilaaaaa, macam macam benda. Tapi aku dengan roomates aku pernah pergi sekali je situ, tu pun dah nak pukul 4 lebih nak asar macam tu, memang makanan takde apa sangat, so terus rasa kafe tu tak best. Malam malam taktau ah kafe tu best ke tak en, kena tanya budak laki, I is taktau. Ouh yaaaa, ada satu bank dekat apa eh nama dia, anjung kot tak silap aku. Dengar cerita budak uni selalu buat event kat situ, dia dekat dengan kafe budak perempuan, kafe yang dekat dengan blok aku tu lah. Kat situ ada satu bank, eh ke tiga empat macam tu, entah, tak ingat. Tapi point aku nak cakap is Uitmpp time zaman aku ni guna Bank Islam sahaja ya. Macam dulu aku dapat elaun uitm masa pradip, memang guna bank islam. SAHAJA. sahaja ya. Taktau lah tahun korang macam mana. 

Apa apa pun, Uitmpp tinggalkan kenangan yang paling dalam hidup aku. Maybe sebab tu first time aku masuk uni, so aku macam sayang gila Uitmpp tu en, nanti masuk Uitm Lendu taktau ah pulak macam mana en. Ouh marilah kita teruskan memuji Uitmpp. Aku sayang Uitmpp do. Ouh yaaa dah alang alang aku dok rajin menaip ni, meh nak cerita. So Uitmpp ni kan memang dekat sangat dengan rumah makcik aku. Makcik aku yang ni pulak, memang kitorang selalu tinggal rumah dia kalau balik Penang. Aku stay KL dulu, 

Popular posts from this blog

Pra Diploma UiTM πŸ’¦

Hi semuaaaaa ! Welcome back to my blog (macam biasa , aku akan buat macam ada fans sendiri hahahaha ). Harini aku nak cerita pasal Pra Pengajian Tinggi di Univeristi Teknologi Mara. Kiranya PPT ni merangkumi semua budak baru yang baru nak menempuh ke alam universiti iaitu budak Pra Diploma. Apa tu PPT ? PPT stands for Pra Pengajian Tinggi . Pengajian Tinggi tu apa ? Pengajian tinggi ni korang boleh assume budak-budak universiti laa. Kita kan ada SK (sekolah rendah / Sekolah Kebangsaan), SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) and after SMK we have IPT (Institut Pengajian Tinggi).  Result SPM teruk? Tak dapat UPU?  Habis Form 5 (habis SPM), ada banyak cabang yang korang boleh masuk untuk teruskan study korang di peringkat yang lebih tinggi. Jangan risau. Ni list tempat yang korang boleh pilih untuk teruskan study after SPM. a. Matriks b. Masuk uni (IPTA / IPTS) c. Masuk kolej kemahiran d. Politeknik e. Pra Diploma f. ILP ; Institut Latihan Perindustrian g. Sambung Tingkatan 6 (STPM / STAM)

Kolej Tun Fatimah UiTM Lendu, Melaka 🐣

  Hellooo everyone, assalamualaikum wbt. Entry kali ni diterbitkan (macam terbitkan buku pulak hsgshsgshsg) sebab aku nak cerita pengalaman masuk kolej Tun Fatimah di UiTM Alor Gajah (Lendu) di Melaka. Tujuan aku tulis ni sebab aku nak buat kenangan laa u first time masuk kolej selain Sabby (kolej Tun Sabariah dekat sini orang panggil Sabby). Other than that sebab bila aku Google, takde sangat blog cerita pasal Kolej Tun Fatimah ni. It is hard for me nak cari tahu pasal kolej ni since aku kan jauh stay Penang so memang aku Google je tapi takde sangat pun. Yang ada pasal Tasik Tun Fatimah, the haunted one. Belambak gilaa cerita hantu pasal tasik tu tapi aku tak baca laa nokkk, aku dah laa nak stay berdekatan sana jugak so aku tak rasa aku patut amik tahu benda-benda macam tu even aku ni suka jugak involve myself dengar / baca cerita-cerita hantu ni. Let us begin! Disclaimer: πŸ“ŒGambar-gambar ni diambil sendiri oleh aku masa aku stay kolej ni bermula daripada 9 Oktober 2022 hingga 27 Janu

Semester 3 Diploma ✅

 Hello everyone, assalamualaikum! Entry yang aku paling excited nak tulis tapi paaaaaaaaling lambat sekali nak tulis (taip) HAHAHAHAH. The reason why aku lambat sebab before this aku tulis 4 entries yang aku rasa macam kena update dulu before update entry semester 3 ni. Banyak benda nak cerita sebab semester 3 ni aku masuk college hehe. Nak masukkan gambar yang kat sana lagi, dengan gallery nya penuh 😭 so I need some times. Tapi for today aku nak update result semester 3 sebab aku nak dapat tarikh harini HAHAHAHAHA. Hi everyone. Harini 4/12/2022. Currently aku dekat Semester 4, week 7, harini ahad. Aku baru balik colour run ni hehe. Since emosi aku macam tak berapa nak okay so aku plan nak siapkan this entry. First thing first, memang semester ni (sem 4) dengan last sem (sem 3) sangat jauh berbeza ya. Sangat jauh beza. Apa yang jauh beza sangat tu? Layanan kawan kawan. Lain sangat. Oh sebelum tu, sorry kalau entry ni penuh 'emotion'? Haha taktau lah. Aku nangis dah tadi. Tak n